download Jom Explore app
Menang Besar Di AJL37, Ini Fakta Menarik Mengenai Pemilik Nama Aina Abdul!

Menang Besar Di AJL37, Ini Fakta Menarik Mengenai Pemilik Nama Aina Abdul!

Hot & Viral
By Nurul Khaleeda on 13 Feb 2023
Digital Editor

Keupayaan vokal pemilik nama Aina Abdul memang tidak dapat disangkal lagi. Malahan, dia juga merupakan peserta pilihan untuk menang di Anugerah Juara Lagu ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.

Momen indah dalam hidup Aina AbdulPhoto from Instgaram ainaabdul

Justeru, saat namanya diumumkan sebagai juara boleh kedengaran penonton bersorak riang meraikan momen tersebut dengan penyanyi lagu Terus Hidup itu. Dia juga turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik untuk kali kedua berturut-turut di dalam anugerah berprestij itu.

Persembahan mantap Terus Hidup dari AinaPhoto from Instagram ainaabdul

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Aina Abdul dan mengapa dia menitiskan air mata kegembiraan saat kemenangannya itu. Jom kita lihat fakta menarik mengenainya.

MV Terus HidupPhoto from Instagram ainaabdul

?Asal usul Aina Abdul

Nurul Aina Abdul Ghani dilahirkan pada 25 Oktober 1993. Dia berasal dari Seremban dan merupakana seorang penulis lagu, penerbit dan pelakon. Bapanya meninggal dunia ketika usianya 15 tahun dan dia menjadikan kehilangan itu sebagai penguat semangat menjadi anak seni.

Aina AbdulPhoto from Instagram ainaabdul

"Perjuangan saya di dalam industri seni adalah dedikasi buat abah," katanya dalam satu temubual bersama Sinar Harian.

Aina AbdulPhoto from Aina Abdul

? Graduan bidang muzik

Aina melanjutkan pengajian di dalam bidang muzik di Universiti UCSI dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari pada tahun 2021. Vokalnya adalah Mezzo Soprano dengan julat vokal Bb2-Eb5(F5)-A5(F#5). Penyanyi lain yang mempunyai vokal yang sama sepertinya adalah Adele, Yolanda Adams, Sara Bareilles, Beyonce dan ramai lagi.

Aina AbdulPhoto from Instagram ainaabdul

? Permulaan karier seni

Bermula sebagai penyanyi di kelab malam, lounge dan restoran. Aina terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran RTM pada tahun 2010. Dia kemudiannya memenangi tempat kedua di  Bintang Idola Berita Harian 2011 dan seterusnya tempat pertama di Golden Voices of PJ.

Aina AbdulPhoto from Instagram ainaabdul

Dia menyertai pertandingan Mentor Legend pada tahun 2014 sebagai anak didik Ella dan mendapat tempat kedua.

Aina AbdulPhoto from Instagram ainaabdul

?Sertai banyak pertandingan

Tamat Mentor Legend, dia terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat dan merupakan pemenang Vocalist of the World. Dia juga ada menyertai pertandingan The Masked Singer dan muncul juara. Dia juga berkolaborasi dengan Aisyah Retno dan muncul juara dalam program Vokal Mania.

Menang The Masked Singer MalaysiaPhoto from Instagram ainaabdul

?Karier seni

Walaupun muncul dengan beberapa single namun sambutannya beshe-beshe sahaja. Malah Aina juga mencuba nasib di dalam bidang lakonan untuk drama Seindah Takdir Cinta.

Aina AbdulPhoto from Instagram ainaabdul

Namun begitu, lagu Sumpah merubah segalanya, dia terpilih sebagai finalis AJL ke-34 dan memberikan persembahan penuh dramatik. Ada yang mengecam namun ada juga yang kagum. Kemudian, Aina sekali lagi finalis untuk AJL 25 menerusi lagu semalam dan muncul Naib Juara.

Aina AbdulPhoto from Instagram ainaabdul

?Turut dikenali di luar negara

Aina terpilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Time Square, New York sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL. Dia juga sering menjadi dipilih oleh orang luar negara seperti Amerika, United Kingdom dan Korea Selatan untuk review nyanyiannya baik di platform YouTube ataupun TikTok. Ramai orang luar memuji keupayaan vokal yang dimiliki Aina.

Aina AbdulPhoto from Instagram ainaabdul

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok