download Jom Explore app
Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat Memang Padu Dihidangkan Dengan Lamb Shank

Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat Memang Padu Dihidangkan Dengan Lamb Shank

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 22 Feb 2023
Digital Editor

Siapa kat sini penggemar kambing? Jom pergi makan dekat Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat yang paling sedap dan digemari ramai yang terletak di Batu Pahat, Johor. Sebut mengenai Lamb Shank, sememangnya Nasi Pakistan Lamb Shank di Batu Pahat, Johor ini menjadi sebutan orang ramai.

Advertisement
Advertisement

Kedai Nasi Pakistan No 1 Batu PahatPhoto from Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat

Lamb Shank Yang Padu

Kalau ke sini mesti orang tercari- cari Lamb Shank yang di masak resepi tersendiri tau! lamb shank ni di makan bersama nasi pakistan. Saiz yang besar dan boleh dikongsikan bersama dua orang untuk makan. Set Nasi Lamb Shank berharga Rm 50.00.

Set Nasi PaksitanPhoto from Set Nasi Paksitan

Menu paling menarik di restoran Nasi Pakistan No 1, Batu Pahat ialah Baryani Lambshank. Dikatakan menu ini mendapat sambutan paling tinggi di restoran ini. Dimiliki oleh Azrul Hisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Arab.

 

Lamb ShankPhoto from Lamb Shank

Advertisement
Advertisement

Menu Yang DisediakanPhoto from Menu Yang Disediakan

Selain daripada lamb shank, mereka juga mempunyai pelbagai menu dari kambing iaitu kambing briyani, Sup Tulang Merah Singapore dan Set Ayam Briyani. Bagi yang tak makan kambing mereka juga menyediakan Ikan Siakap Madinah.

Set Ikan SiakapPhoto from Set Ikan Siakap

Set Kambing BriyaniPhoto from Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat

Kedai Yang Viral

Kalau nak tahu kedai ni sentiasa penuh dan beratur panjang tau, disebabkan viral di Tik Tok. Kalau korang nak datang sini memang kena sabar dan beratur, tapi kalau nak cepat boleh beratur awal untuk makan di sini.

Kawasan Tempay Makan Photo from Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat

Jadi, untuk korang yang nak pergi cuba rasa lamb shank ni, bolehlah berkunjung ke sana dan rasai sendiri kenikmatannya.

?29, Jalan Soga, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

⏰9.30am-4pm ( Isnin - Rabu ) | 9am-5pm ( Jumat- Ahad ) Khamis Tutup

?013-555 5604

Anda Mungkin Suka:

Anda Mungkin Suka: