download Jom Explore app
The Bread Shop: Syurga Untuk Pencinta Pastri!

The Bread Shop: Syurga Untuk Pencinta Pastri!

Jom! Makan
By Nurul Khaleeda on 22 Feb 2023
Digital Editor

Masalah pada pencinta pastri adalah mereka sukar nak jumpa kedai bakeri yang sedap dan mempunyai banyak pilihan. Asyik-asyik jumpa yang roti ataupun pastri yang sama sahaja.

The Bread ShopPhoto from Instagram thebreadshop

Psstt, tau tak ada satu kedai bakeri hidden gem di Bukit Damansara? Sangat popular di kalangan masyarakat setempat dan mempunyai variasi roti dan pastri yang sedap! Namanya adalah The Bread Shop.

The Bread ShopPhoto from Instagram thebreadshop

Saat melangkah masuk ke dalam kedai ini anda akan terbau bauan segar roti yang menyelerakan, kemudian mata anda akan disajikan dengan pelbagai jenis pastri yang pastinya membangkitkan nafsu makan anda.

The Bread ShopPhoto from Instagram thebreadshop

Mesti anda jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.  Kedai ini terkenal kerana cara tradisional roti-roti ini dibuat. Ini bagi memastikan rasanya kekal autentik!

The Bread ShopPhoto from Instagram thebreadshop

Jangan tak tahu, bahan-bahan untuk membuat pastri di kedai ini juga mestilah yang terbaik bagi menjaga kualiti mereka supaya sentiasa chef-kiss.

Pastri yang ada Photo from Instagram thebreadshop

Selain ciabatta dan milk-loaf, anda kena cuba juga roti sapu di sini kerana bukan sahaja rasanya yang sedap malah roti ini juga membantu membersihkan bahagian kolon anda tau.

The Bread ShopPhoto from Instagram thebreadshop

The Bread Shop juga mempunyai banyak pilihan buat pencinta pasti. Ada banyak variasi tart terdiri daripada lemon tart, raspberry cheese tart, salted caramel choc tart, coffee choc tart, walnut tart. Kemudian ada juga cruffin, molten salted egg dan lain-lain.

Antara pastri yang ada di siniPhoto from Instagram thebreadshop

Selain pastri, anda juga boleh cuba sandwic mereka. Menu mereka turut merangkumi untuk veggie-lovers juga tau dan semestinya minuman mereka pun sedap!

The Bread ShopPhoto from Instagram thebreadshop

Anda boleh makan di sini atau pun bawa pulang makanan anda, tapi pastikan anda datang bukan waktu puncak kerana kedai ini sering dipenuhi pelanggan.

The Bread ShopPhoto from Instagram thebreadshop

?11, Jalan Setiakasih 5, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Isnin- Jumaat: 8am-7pm, Sabtu: 8am-6pm (Ahad tutup)

Anda mungkin suka:

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok