Peminat Kambing Dimana? Jom Terjah House Of Kambing Di Serdang
Masih tak jumpa nak makan mana, nak makan apa? Terasa nak makan kambing? tapi tak tahu kat mana apa kata jom cuba makan di House Of Kambing, Serdang Selangor yang menyediakan pelbagai menu berasaskan kambing.
Photo from House Of Kambing
Pelbagai Pilihan Menu Kambing
Kalau kambing je, mesti korang teringat kambing bakar je kan? tapi kat sini ada pelbagai jenis menu kambing iaitu kambing bakar, kambing goreng crispy, nasi goreng kambing, sup kambing dan banyak lagi.
Photo from House Of Kambing
Menu utama mereka adalah kambing crispy yang jarang dijumpai di tempat lain. Kalau ke sini, boleh cuba tengok padu ke tak padu kambing crispy mereka.
Photo from House Of Kambing
Tapi jangan risau, kalau kawan korang tak makan kambing, House of Kambing juga ada menyediakan ayam bakar seperti nasi kukus ayam bakar.
Photo from House Of Kambing
Selain itu, mereka juga menyediakan dessert dan pelbagai jenis minuman untuk korang minum.
Photo from House Of Kambing
Lokasi Yang Menarik
House Of Kambing dekat dengan ladang kambing tau, kat sini lepas korang makan boleh korang melawat binatang ternakan yang ada kat sana seperti biri-biri, unta dan kambing. Lepas makan kambing, tengok kambing pulak.
Photo from House Of Kambing
Tempat makan pon bersih dan selesa. Kawasan yang disediakan juga besar sesuai untuk ahli keluarga menjamu selera di sana.
?Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor
⏰11am-6pm( Jumaat Tutup)
?012-282 3430
Anda Mungkin Suka:
❤️Bersantai Di Eden Cafe, Kafe Tersorok Dengan View Yang Menakjubkan!
❤️Nikmati Keindahan Flora Dan Fauna Di Tengah-Tengah Bandar KL. Jom Hiking Di Taman Tugu!