Temui Keunikan HOGA Gaharu Tea Valley - Destinasi Pelancongan Terbaik di Gopeng!
Tahukah anda di Gopeng, Perak mempunyai satu ladang teh yang sangat luas? Namanya adalah Hoga Gaharu Tea Valley dengan keluasan 300 ekar yang mempunyai jenis pokok Gaharu yang mahal dan jarang ditemui.
Photo from Instagram cikkbellaaaa
Uniknya, pokok ini ditanam 100 peratus secara organik. Nama Hoga berasal dari dua ayat iaitu 'Holistik Gaharu' dan setakat ini ladang ini mempunyai lebih 200,000 pokok pelbagai jenis ini dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit.
Photo from Instagram ayuatisyaa._
Taman ekspo pertanian ini mula dibuka untuk menerima kunjungan pengunjung pada tahun 2011. Dan ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini. Paling best, hanya 40 minit sahaja dari bandar Ipoh tau.
Photo from Instagram sy4fiqsunny
Pusing-pusing ladang naik van!
Jika anda berminat untuk mendalami lebih lanjut mengenai ladang teh ini, anda boleh pusing-pusing satu ladang ini dengan menaiki van pelancong yang disediakan. Tiada bayaran masuk dikenakan namun jika nak menaiki van ini ada bayarannya.
Photo from Instagram ramlah_mdnoor
RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Perjalanan di dalam van adalah antara 20-45 minit di mana anda akan dibawa ke tiga bahagian di dalam ladang tersebut iaitu Pentas Pemandangan yang membawa anda melihat seluruh pemandangan ladang, kemudian Taman Pelukan di mana anda boleh memeluk pokok bagi melepaskan stres dan Taman Kekasih iaitu sebuah pokok besar yang mempunyai penceritaan yang menarik.
Photo from Instagram ienaeliena
Lalui trek untuk lihat pemandangan!
Terdapat juga trek sepanjang 850 meter di mana anda perlu mendaki sedikit untuk lihat pemandangan keseluruhan ladang teh ini. Tak begitu susah namun pastikan anda mempunyai stamina yang cukup. Takut nanti pancit pula. Kanak-kanak pun sesuai untuk trek ini tau.
Photo from Instagram haniffharun
Sampai di atas, terdapat platform pentas pemandangan yang dibina khas untuk pengunjung. Ada tiga tingkat tau.
Photo from Instagram chepachan
Penceritaan pokok di Taman Kekasih
Di sini, ada dua pokok besar yang seakan-seakan memeluk sesama mereka, menampakkan seperti pasangan kekasih. Kerana itulah ia diberi nama Taman Kekasih. Suasana di taman ini juga agak romantik kerana terdapat tasik kecil berserta jambatan kecil di sekeliling pokok itu.
Photo from Instagram huwaina.halmi
Dan tak jauh dari taman ini terdapat air terjun kecil juga. Semestinya taman ini menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang hangat dilamun cinta!
Photo from Instagram cikkbellaaaa
Rasai teh Hoga yang autentik!
Kunjungan anda tidak lengkap jika tidak merasa teh hoga di sini. Anda juga boleh membeli teh namun harga teh adalah berbeza mengikut jenis dan gred. Selain itu, ada banyak juga barangan lain yang dijual seperti ais krim, losyen, biskut dan banyak lagi lah.
Photo from Instagram ramlah_mdnoor
Psst, tahu tak teh gaharu ini ada banyak kebaikannya tau. Ia dipercayai boleh membantu dari segi tidur, darah tinggi, gout, asma dan banyak lagi!
Photo from Instagram rafedahtravels_
Dalam pada itu, teh di sini juga turut diimport ke luar negara seperti negara timur tengah, Jepun, Korea Selatan, Taiwan.
Photo from Instagram ramlah_mdnoor
?Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
⏰9.15am - 6pm (Selasa tutup)
Anda mungkin suka: