5 Tempat Seram Di Kuala Lumpur, Orang Selalu Lalu Pulak Tu!
Makhlus halus atau lebih senang disebut hantu memang wujud dalam kalangan kita cuma kita tak boleh melihatnya sahaja. Namun, ada juga yang hijab matanya terbuka bagaimanapun orang-orang istimewa ini jarang nak berkongsi kisah apa yang mereka nampak.
Photo from Instagram khairulanwarq
Dan semestinya, bila ada makhlus halus mestilah ada tempat 'kediaaman' mereka kan? Jom kita lihat tempat-tempat seram yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Paling menarik apabila ada juga kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai.
? Bukit Tunku
Walaupun Bukit Tunku atau sebelum ini dikenali sebagai Kenny Hills adalah kawasan perumahan mewah namun tempat ini sangat popular dan tempat seram pilihan paranormal atau ghostbuster untuk mencari entiti ghaib.
Photo from Instagram aazmeeriskndr
Malah, pernah lah viral beberapa kali apabila orang ramai berkongsi terserempak dengan entiti asing semasa melalui kawasan itu. Bagaimanapun, Bukit Tunku juga menjadi satu destinasi pilihan ramai untuk 'healing' atau berjogging juga.
Photo from Instagram joharahmad46
?Hospital Lady Templer
Nama asal tempat ini adalah Hospital Lady Templer yang dinamakan bersempena nama isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer ketika itu. Biasalah bila hospital kan, banyaklah kematian yang terjadi di situ lebih-lebih lagi ia pernah menjadi pusat jantung negara sebelum IJN wujud dan juga tempat merawat penyakit batuk kering. Malah rumah mayat di sini juga pernah menempatkan mangsa-mangsa tragedi 13 Mei 1969.
Photo from Blog The Early Malay Doctor
Kini, kawasan ini juga telah ditutup sepenuhnya pada tahun 1995. Pada akhir tahun 2008, bangunan hospital ini telah dirobohkan dan dibina Pusat Rehabilitasi Cheras.
Photo from Facebook HRC
?Muzium Negara
Kalau anda semua rakyat Malaysia, mesti sekurang-kurangnya anda pernah menjejakkan kaki ke Muzium Negara sekali seumur hidup kan? Kalau anda perasan, keadaan sekitar di Muzium Negara kelihatan macam suram sahaja kan?
Photo from Instagram suzura
Ada beberapa kisah menceritakan bagaimana mereka diganggu dengan entiti asing semasa berada Muzium Negara. Mungkin kerana terdapat banyak artifak dari zaman dahulu kala maka ada juga lah benda yang menumpang.
Photo from Instagram aimizawiyah
?Penjara Pudu
Penjara Pudu boleh dikatakan antara tempat paling seram di Kuala Lumpur. Banyak betul kisah-kisah seram yang kita dengar di sana. Pertama sekali, ia dibina di atas tapak perkuburan jadi sebab itulah elemen seram dia bertambah sedikit. Pernah terjadi wabak kolera yang membunuh banyak banduan di sana. Ini semua disebabkan sistem perparitan yang tidak betul.
Photo from Instagram dokna.k
Selain itu, berlaku juga rusuhan pada tahun 1986 di mana beberapa banduan dan seorang doktor sebagai tebusan. Penjara pudu ditutup sepenuhnya pada tahun 2009 dan pada Januari 2022, Lalaport iaitu sebuah pusat beli-belah mula dibuka untuk orang ramai.
Photo from Instagram @hafizuddindollah
?Victoria Institution
Sekolah ini merupakan sekolah menengah tertua di Malaysia (1893) dan antara yang terseram sekali kerana ia pernah menjadi markas tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di negara kita dahulu. Malah, ia juga menjadi tempat tentera matahari terbit itu menyeksa orang bagi mendapatkan maklumat.
Photo from Instagram elamjamal84
Banyak penampakan dilihat di sini seperti tentera jepun berkawad, mereka yang pernah diseksa dan banyak lagi kes yang terjadi. Namun sehingga kini sekolah ini masih beroperasi seperti biasa.
Photo from Instagram sunshine0.11
Anda mungkin suka: