download Jom Explore app
5 Tips Yang Boleh Digunakan Travel Secara Solo, Supaya Perjalanan Tidak Membosankan.

5 Tips Yang Boleh Digunakan Travel Secara Solo, Supaya Perjalanan Tidak Membosankan.

Lifestyle
By Ayunie Husna on 20 Dec 2022
Digital Editor

Pernahkah anda terfikir untuk bercuti seorang diri tetapi tidak pernah mempunyai keberanian untuk memulakan solo travel? Maka ini adalah petanda buat anda untuk pergi melancong seorang diri. Sejak kebelakangan ini, solo travel sudah menjadi satu trend yang semakin tular di media sosial.

Sering dikaitkan dengan proses healing apabila pergi melakukan percutian seorang diri tetapi anda perlu mengutamakan keselamatan juga untuk mengembara.

Supaya perjalanan pengembaraan anda tidak membosankan, anda boleh menggunakan 5 tips ini supaya pengambaraan anda menjadi lebih menarik.

 

  1. Mencari kenalan baru 

  • Kembara solo tidak bermaksud anda hanya melakukan pengembaraan seorang diri semata-mata. Terdapat pelbagai cara untuk mencari sesiapa yang boleh menyertai anda semasa mengembara. Mempunyai teman baru boleh membuatkan anda berkongsi pendapat dan pengalaman baru. Anda juga boleh membuat carian di Facebook khas buat pengembara solo atau tinggal di hostel di mana boleh berjumpa kenalan baharu

2. Membaca Buku / Novel

  • Pilih buku yang seronok dan mempunyai keseronokkan apabila membaca contoh seperti buku yang mempunyai  tentang cabaran dan buku yang tidak pernah korang baca sebelum ini. Jangan baca buku sedih pulak, nanti susah nak move on.

3. Manjakan diri

  • Lengkapkan pengembaraan dengan perkara yang anda suka dan melakukannya dalam keadaan yang tenang. Aktiviti memanjakan diri lebih diperlukan sekiranya anda gelisah atau merasa kesunyian. Lakukan aktiviti yang boleh menenangkan anda bagi mengembalikan mood anda yang lebih ceria.Perkara tersebut sangat mudah untuk dilakukan seperti menghirup secawan teh, bersantai di tepi sungai, atau menempah slot di spa. Gembirakan hati anda dengan cara tersendiri!

4. Cari kebiasaan 

  • Apabila anda berada di destinasi yang baru dikunjungi, adalah lebih baik mendalami budaya tempatan seperti mencuba makanan tempatan, bercakap dengan penduduk setempat dan eksplorasi ke tempat baharu.Walaupun anda suka mencuba perkara baharu, kadang-kadang anda hanya memerlukan suasana seperti di negara atau negeri sendiri untuk mengurangkan rasa bimbang.

5. Mengambil gambar Pemandangan dan Kenangan yang indah

  • Kenangan di dalam satu pengembaraan sangat bermakna dan tidak boleh diulangi lagi, jadi tangkaplah gambar sebanyaknya dan menghayati keindahan matahari terbit dan tenggelam serta gunung - ganang, air terjun yang anda telah lawati. Jangan risau jika tiada kawan untuk mengembara korang boleh terokai  secara solo dan membuat kenalan baru tetapi kena menjaga keselamatan juga.

Dengan mengembara anda boleh menguji kekuatan diri dan kelemahan anda. Jangan takut untuk mencuba benda yang baru dan akan mematangkan diri anda dengan mengembara secara solo 

 

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok