download Jom Explore app
Keindahan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Tertua Di Malaysia!

Keindahan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Tertua Di Malaysia!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 02 Feb 2023
Digital Editor

Tahukah anda bahawa Taman Tasik Taiping merupakan taman awam pertama dan tertua di Malaysia? Kalau anda nak tahu, taman ini dibina di atas lombong bijih timah dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1880. Cuba kira dah berapa ratus tahun dah tu.

Taman Tasik TaipingPhoto from Instagram ainulnadhirahsnz

Dengan keluasan 64 hektar, kini taman tasik ini sentiasa menerima kunjungan pengunjung baik pada hari bekerja mahupun semasa hujung minggu. Apa taknya, suasana di sini bukan sahaja tenang malah banyak port lawa untuk bergambar tau.

Taman Tasik TaipingPhoto from Instagram rohimie_

Banyak port bergambar

Antara tempat popular untuk bergambar di taman tasik ini adalah di kawasan yang mempunyai rimbunan pokok-pokok lama. Untuk pengetahuan anda, pokok-pokok ini semuanya berusia lebih 100 tahun tau!

Taman Tasik TaipingPhoto from Instagram ruyii_7

Kaya dengan flora dan fauna, terdapat 10 buah tasik dan kolam indah di sekitar taman tasik ini. Ada pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini. Sama ada berkelah, mengayuh bot, berbasikal, paddle swan bot, jogging dan lain-lain.

Aktiviti berbasikal di siniPhoto from Instagram anissyazwaniiii

Keindahan tasik yang masih terpeliharaPhoto from Instagram khai_azuan88

Taman tasik yang diiktiraf

Taman Tasik Taiping juga merupakan antara taman tasik yang terindah di Malaysia dan turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara. Malah, apa yang membanggakan apabila taman tasik ini turut tersenarai 100 Destinasi Lestari/ Hijau Terbaik Dunia oleh Green Destination Award serta Best City & Town Park .

Taman Tasik TaipingPhoto from Instagram kacamatahani

Taman Tasik TaipingPhoto from Instagram kacamatahani

Terletak di bandar Taiping, ada banyak tarikan lain berdekatan dengan taman tasik ini iaitu Zoo Taiping, Night Safari Taiping dan juga Bukit Larut. Psstt... tak susah pun nak naik Bukit Larut, anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan jalan tar atau hiking.

Bukit Larut TaipingPhoto from Instagram rozekruzaini

Oh wow! Jika anda mencari aktiviti hujung minggu yang 'sihat' maka pergilah Taman Tasik Taiping! Sekurang-kurangnya boleh juga menenangkan fikiran dengan melihat keindahan flora dan fauna di sana.

Anda mungkin suka:

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok