“Warong Western”, Restoran Masakan Barat Termurah di Malaysia, Hanya RM1.90 Sahaja!
Murahnya! Hanya RM1.90!? Di Warong Western, anda boleh mendapatkan makanan barat yang lazat dengan harga yang sangat berpatutan. Warong Western yang terletak di Arau, Perlis ini mungkin adalah satu-satunya restoran di Malaysia yang menawarkan hidangan Barat pada harga semurah RM1.90.
Chicken Chop, Chicken Grill, Kulit Ayam Crispy Kriukk Krapp dan Chicken Finger pada harga RM1.90! Memang best, kan? Tidak perlu risau tentang harga yang tinggi kerana anda boleh mendapatkan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan di restoran ini.
Selain itu, terdapat pilihan lain dengan harga yang berbeza, tetapi… MASIH MURAH! Seperti Fish & Chip + Lemon (RM5.90), Chicken Spicy Korea (RM3.90), Burger Daging (RM2.00) dan lain-lain. Lamb Chop, Cheezy Chicken Chop Leleh dan Ramen Spicy Korea juga ada dengan harga RM6.90 setiap satu.
Untuk menu yang lebih hemat lagi, cubalah Mix Platter A (RM13.90), B (RM14.90) dan E (Seafood) (RM12.90). Sungguh berbaloilah makan di sini! Selain itu, terdapay menu khas Khamis, Jumaat & Sabtu pula ada mentarang bakar dengan Sos Thai yang sedap, hanya RM15 satu set sahaja!
?141, R137, 02600 Arau, Perlis
⏰5pm-11pm (Tutup Ahad)
?011 1337 8995
Anda mungkin suka:
❤️Mari Santai di Rumah Mawart, Studio Batik & Cafe di Pulau Langkawi
❤️Jom! Terokai 5 Air Terjun Paling Best Di Terengganu