download Jom Explore app
Tarikan Terbaru Di Penang 'The Lake Cafe' Dengan Mini Zoo dan Kebun Sayur

Tarikan Terbaru Di Penang 'The Lake Cafe' Dengan Mini Zoo dan Kebun Sayur

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 29 Dec 2022
Digital Editor

Kafe terbaru telah dibuka di Balik Pulau, Penang berkonsepkan di tepi tasik dan mempunyai tarikan mini zoo dan ada pelbagai kebun sayur yang boleh dilawati. Iaitu  The Farm @ The Lake Cafe, Pantai Acheh.

Mereka baru sahaja beroperasi pada bulan Disember tahun ini. Pelbagai Menu dari sarapan hingga waktu petang. Makanan yang disajikan adalah lebih kepada menu barat. Jangan risau ianya Muslim-Friendly. Dan menggunakan sayuran mereka sendiri.

Muslim - Friendly dan tidak hidangkan alkohol ( Laman Rasmi Facebook The Farm)

Selain daripada menikmati makanan, pengunjung juga boleh melawat mini zoo, mereka mempunyai haiwan seperti burung merak, kambing, itik dan lain- lain.

Mereka juga mempunyai kebun sayur yang konsepnya lebih kepada sayuran Aquaponics. Pengunjung juga boleh membeli sayuran yang merekan tanam sendiri. Sangat menarik, konsep kafe ini dan tidak membosankan. 

Untuk melawat ke sini The Farm@ The Lake Cafe mereka mempunyai caj untuk masuk, boleh rujuk di bawah. Aktiviti ini sangat sesuai untuk ahli keluarga dan bersantai bersama di musim cuti sekolah.

?465, Pantai Acheh, Mukim 1, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

 10am–6pm (Hari minggu) | 9am–6pm (Hujung minggu) | Tutup: Selasa

☎️  012-639 0729

?️ Dewasa: RM12 | Kanak-kanak: RM8 | Percuma - Penduduk Balik Pulau

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok