download Jom Explore app
Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri di Malaysia Panduan Lengkap Untuk Bakal Pengantin

Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri di Malaysia Panduan Lengkap Untuk Bakal Pengantin

Lifestyle Hot & Viral
By Ayunie Husna on 14 Aug 2025
Digital Editor

Jenis Mas KahwinPhoto from Elsamy

Mas kahwin adalah pemberian wajib daripada suami kepada isteri sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang. Nilainya berbeza mengikut negeri kerana ia dipengaruhi oleh adat setempat dan peraturan Majlis Agama Islam negeri.

Mas kahwin juga tidak sama dengan hantaran — jumlah hantaran biasanya lebih besar dan diberikan sebagai pelengkap majlis, manakala mas kahwin menjadi hak milik mutlak isteri.

Ada juga suami yang memilih untuk memberikan jumlah lebih tinggi daripada kadar minimum negeri supaya isteri mempunyai simpanan yang boleh digunakan pada masa diperlukan

Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri 

Berikut adalah senarai nilai mas kahwin yang ditetapkan di seluruh Malaysia:

1. Melaka

  • RM100 untuk gadis

  • RM80 untuk janda

2. Johor

  • RM22.50 untuk gadis

  • RM22.50 untuk janda

3. Selangor

  • RM300 untuk gadis

  • RM150 untuk janda

Mas Kahwin Melaka, Johor Dan SelangorPhoto from Jomexploremy

4. Kelantan

  • Tidak ditentukan

5. Terengganu

  • Tidak ditentukan

6. Pahang

  • RM100 untuk gadis

  • RM100 untuk janda

Mas Kahwin Kelantan, Terengganu & PahangPhoto from Jomexploremy

7. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • RM80 untuk gadis

  • RM40 untuk janda

8. Perak

  • RM101 untuk gadis

  • RM101 untuk janda

9. Kedah

  • Tidak ditentukan

10. Pulau Pinang

  • RM24 untuk gadis

  • RM24 untuk janda

Mas Kahwin Wilayah Perseketuan, Perak & KedahPhoto from Jomexploremy

11. Negeri Sembilan

  • RM200 untuk gadis

  • RM100 untuk janda

12. Perlis

  • Tidak ditentukan

13. Sabah

  • RM200 untuk gadis

  • RM200 untuk janda

Mas Kahwin Pulau Pinang , Negeri Sembilan & PerlisPhoto from Jomexploremy

14. Sarawak

  • RM120 untuk gadis

  • RM120 untuk janda

15. Wilayah Persekutuan Labuan

  • RM80 untuk gadis

  • RM80 untuk janda

Mas Kahwin Sabah , Sarawak & Wilayah Persektuan LabuanPhoto from Jomexploremy

💡 Tip untuk bakal pengantin:

  • Semak dengan Majlis Agama Islam negeri untuk maklumat terkini kerana jumlah ini boleh berubah dari masa ke masa.

  • Walaupun kadar minimum ditetapkan, tidak ada halangan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut.

  • Mas kahwin adalah hak milik mutlak isteri — ia tidak boleh diambil kembali oleh suami.

Sekarang anda sudah tahu kadar mas kahwin ikut negeri. Sama ada anda memilih mengikut kadar minimum atau mahu memberi lebih sebagai tanda kasih, yang penting adalah ikhlas dan mengikut kemampuan.

Jadi, kalau belum ada pasangan — anda nak bakal isteri dari negeri mana? 😄

Korang Mungkin Akan Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok