download Jom Explore app
Inginkan Percutian Hujung Minggu Panjang Yang Selesa? Ini 5 Pakaian UNIQLO Wajib Anda Pilih

Inginkan Percutian Hujung Minggu Panjang Yang Selesa? Ini 5 Pakaian UNIQLO Wajib Anda Pilih

Hot & Viral
By Anthony Teo on 11 Apr 2025
Deputy Managing Editor

Pernah stres bawa beg berat masa cuti hujung minggu? Kalau beg penuh sampai susah nak bergerak, mood bercuti pun boleh hilang. Dengan pakaian travel yang betul, anda bukan saja rasa lebih ringan, malah kekal bergaya dan selesa sepanjang perjalanan.

Sama ada bercuti di bandar atau bersantai di pantai, koleksi pakaian UNIQLO Malaysia ini wajib ada dalam beg anda!

Ringan, bergaya, selesa. Ini rahsia cuti hujung minggu yang best!Photo from Uniqlo Malaysia

Daripada pakaian kalis UV hingga innerwear yang mengurangkan ketidakselesaan peluh, ini 5 pilihan pakaian UNIQLO yang perlu dibawa untuk cuti hujung minggu panjang!

1. Pocketable UV Protection Parka – Mudah Dilipat dan Melindungi Kulit

Ringan, kalis air, dan muat dalam beg. Travel-friendly sangat! Photo from Uniqlo Malaysia

Kalau bercuti ke destinasi panas atau melakukan aktiviti di luar, Pocketable UV Protection Parka memang penyelamat. 

Baju ini mempunyai teknologi perlindungan UV yang melindungi kulit daripada sinaran UV yang terik.

Reka bentuknya kalis air, tahan air, dan mudah dilipat menjadi saiz kecil, senang disimpan dalam beg. Pilihan warna moden yang pelbagai menjadikannya sesuai untuk pelbagai gaya percutian.

2. AIRism Bratop – Kekal Segar dan Selesa Sepanjang Hari

Pakai AIRism Bratop — kekal sejuk, kering dan selesa sepanjang hari! Photo from Uniqlo Malaysia

Jika anda risau berpeluh ketika bercuti, AIRism Bratop  ialah jawapannya.

Bratop AIRism ini direka dengan teknologi khas yang membantu pengaliran udara, menyerap peluh dengan pantas, dan memastikan anda kekal sejuk serta kering walaupun dalam cuaca panas. Dengan rekaan bra terbina dalam, anda akan m erasa lebih selesa, dan kekal segar sepanjang hari!

Dengan rekaan minimalis dan pilihan warna yang pelbagai, ia mudah dipadankan dengan apa jua gaya kasual anda.

 

3. AIRism T-shirt – Rahsia Kekal Segar Sepanjang Percutian Anda

Nak kekal segar sepanjang hari? AIRism T-shirt jawapannya! Photo from Uniqlo Malaysia

AIRism T-shirt ialah pilihan terbaik untuk kekal selesa sepanjang hari.

Bajunya ultra ringan, cepat kering, dan mampu menyerap peluh serta menyejukkan badan — sesuai untuk iklim panas dan lembap. Sebagai pakaian dalaman atau sebagai pakaian utama.

4. Seluar Ringan – Untuk Langkah Yang Lebih Bebas

Active Pants UNIQLO — ringan, anjal, dan super selesa untuk semua perjalanan anda.Photo from Uniqlo Malaysia

Perjalanan jauh lebih mudah dengan seluar ringan dan fleksibel seperti Active Pants daripada UNIQLO. Kainnya nipis, anjal, dan mudah dilipat, selesa dipakai serta mudah meregang, sesuai untuk aktiviti berjalan di bandar, menaiki penerbangan, atau bercuti santai.

5. DRY-EX UV Protection Full Zip Hoodie  Pro DRY-EX UV Protection Full Zip Hoodie Pro – Lapisan Bergaya Untuk Perlindungan Tambahan

Gaya on point, kulit pun terlindung dengan UV Protection.Photo from Uniqlo Malaysia

Kalau anda mahukan perlindungan tambahan daripada sinaran matahari sambil kekal bergaya, DRY-EX UV Protection Full Zip Hoodie ialah pilihan terbaik.

Ringan, mudah bernafas, dan senang disimpan dalam beg, hoodie ini sesuai untuk cuaca panas atau tempat berpenyaman udara seperti lapangan terbang dan pusat membeli-belah.

 

Kenapa Perlu Pilih Pakaian UNIQLO Untuk Percutian Hujung Minggu Panjang?

UNIQLO: Pilihan bijak untuk percutian hujung minggu panjang.Photo from Uniqlo Malaysia

Mudah Dibawa dan Jimat Ruang
Kebanyakan pakaian UNIQLO direka ringan, mudah dilipat, dan cepat kering, sesuai untuk anda yang mahu travel dengan beg kecil.

Perlindungan Sepanjang Hari
Dengan pakaian kalis UV dan teknologi penyejukan AIRism, anda dapat perlindungan optimum dan keselesaan berpanjangan sepanjang cuti.

Gaya Moden dan Urban
Reka bentuk ringkas dan moden memudahkan anda bergaya untuk suasana santai atau formal tanpa perlu membawa banyak pakaian.

Pilihan Untuk Lelaki dan Wanita
UNIQLO menawarkan pakaian serbaguna untuk lelaki dan wanita, memenuhi keperluan semua jenis percutian.

Dengan koleksi pakaian daripada UNIQLO Malaysia, anda boleh menikmati hujung minggu panjang dengan penuh keselesaan, bergaya, dan bebas daripada tekanan.

Layari laman rasmi UNIQLO Malaysia untuk mendapatkan pakaian travel anda hari ini!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok