The Iram By Qidot,Kafe Gaya Eropah di Klang Yang Wajib Dicuba. Sesuai Untuk 'Date Night' Atau 'Family Time!
Selalunya, kalau nak merasa tempat yang ada stail 'European' ni kenalah pergi ke Bukit Tinggi. Sekarang ni tak perlu nak pergi jauh kerana anda boleh merasa makan di kafe dengan gaya yang sama hanya di Banting, Klang sahaja!
The Iram by Qidot, kafe aestatik yang mempunyai gaya eropah ni memang ada banyak tempat bergambar tau. Jika dilihat dari bahagian luar pun dah terserlah dah temanya. Malah, terdapat juga pondok telefon berwarna merah yang dikhaskan untuk para pengunjung bergambar.
Kafe aestatik gaya Eropah!
Di bahagian dalam kafe ini pula direka mengikut kafe Inggeris dengan warna klasik hitam dan putih. Ruangan yang besar juga membolehkan anda makan dengan selasa bersama pasangan atau famili!
Dari segi menu pula, walaupun konsep kafe ini adalah gaya eropah namun begitu mereka mempunyai variasi makanan dari western, lokal, Korea, pencuci mulut dan juga pizza! Ini menunjukkan bahawa kafe ini menyediakan pilihan yang pelbagai dan boleh memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza.
Semua harganya adalah berpatutan dan mempunyai portion yang banyak. Jika anda tak banyak makan sangat maka dinasihatkan untuk berkongsi makanan. Bak kata orang, sharing is caring! Kelebihan kafe ini juga adalah kemudahan surau dan juga parking yang luas!
Dua kafe bersebelahan
Anda tidak perlu terkejut jika melihat ada dua kafe bersebelahan, The Iram dan Qidot Cafe. Kedua-dua kafe ini mempunyai pemilik yang sama, tetapi konsep dan suasana kedua-dua kafe ini berbeza.
The Iram lebih sesuai untuk "date night" atau "family time" dengan suasana yang lebih romantik dan sesuai untuk berkumpul dengan keluarga atau pasangan. Manakala Qidot Cafe pula lebih sesuai untuk mereka yang ingin bersantai dengan rakan-rakan
Ha.. sekarang dah ada sebab untuk anda ke Banting Klang. Cubalah rasai sendiri pengalaman makan di kafe ala Eropah tanpa perlu pergi jauh! Pastikan anda telefon untuk buat tempahan dahulu kerana tempat ini sering dipenuhi dengan pengunjung!
?Lot 1658, Batu 9, Jalan Klang - Banting, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
⏰Selasa - Ahad (12pm- 10pm)
? 013-3368688
Anda mungkin suka: