download Jom Explore app
Heroin Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Sah Jadi Isteri!

Heroin Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Sah Jadi Isteri!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 21 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Bagai pinang dibelah dua, pelakon wanita utama filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada anak Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.

Bagi peminat filem nusantara, anda pasti pernah menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang keluar di pawagam pada 19 Disember 2013. Ia merupakan adaptasi sebuah novel berjudul sama ditulis oleh Hamka.

Gambar yang dikongsi oleh Pevita bersama suami tersayangPhoto from IG | pevpearce

Menurut laporan dari Astro Awani, Pevita telah disahkan sebagai isteri dan diraikan dalam majlis resepsi pernikahannya dengan Mirzan Meer minggu lalu. Majlis tersebut diadakan dalam suasana sederhana sahaja.

Sama Padan, Sama Cantik Kepada Pasangan Bahagia Ini

Majlis yang dikatakan dilakukan secara sederhana dipenuhi oleh keluarga dan rakan terdekat pasanganPhoto from IG | pevpearce

Berita penyatuan pasangan ini dikongsi oleh Pevita sendiri melalui Instagram rasminya. Beliau mempunyai lebih 18 juta orang pengikut terkejut dan turut berkongsi perasaan gembira membaca pengumuman tersebut.

"Hari ini, dengan cinta damai dan kehadiran orang tersayang, kami menjadi satu," menjadi kapsyen ditulis olehnya sambil berkongsi beberapa kepingan gambar majlis.

Ia juga difahamkan bahawa majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu sahaja.

Bagai pinang dibelah dua, memang cucuk sungguh pasangan iniPhoto from IG | pevpearce

Watak Hayati Membuatkan Pevita Antara Pelakon Wanita Terkemuka Indonesia

Memiliki wajah jelita merupakan keturunan british indonesia tauPhoto from IG | pevpearce

Kesan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk telah memberi impak besar dalam karier Pevita. Menerusi watak Hayati, namanya telah lonjak dalam industri hiburan di negara tersebut.

Jadi ini beberapa fakta menarik tentang pelakon jelita in, seperti:

  • Nama sebenarnya adalah Pevita Cleo Eileen Pearce telah dilahirkan Di Jakarta pada 6 Oktober 1992
  • Beliau berketurunan British-Indonesia dan merupakan anak kedua kepada Bramwell Peace.
  • Namanya mula dikenali selepas kemunculan pertama dalam filem Denias, Senandung di Atas Awan pada tahun 2006
  • Tambahan pula ini beberapa anugerah yang telah berjaya dimenangi oleh Pevita,
    • Yahoo OMG! Anugerah (2013) - Wanita Paling Bergaya
    • Festival Filem Bandung (2014) - Pemimpin Wanita Terpuji dalam Filem Pawagam (Tenggelamnya Kapal Van der Wijck)
    • Anugerah Pilihan Indonesia (2014) - Pelakon Wanita Terbaik
    • Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon Indonesia 2014 - Pelakon Wanita Kegemaran
    • Anugerah Infotainment 2016 - Selebriti Wanita Paling Memikat

Memegang watak Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck telah melonjakkan namanya menjadi antara pelakon tersohorPhoto from IG | pevpearce

Tahukah Anda, Kapal Van der Wijck Bukannya Kisah Fiksyen?

Untuk pengetahuan umum inilah rupa Kapal tersebutPhoto from IDN Times Jatin

Walaupun filem yang diadaptasi merupakan kisah fiksyen berkisahkan tentang Zainudin dan Hayati. Sepasang kekasih yang cintanya terhalang oleh adat Minangkabau cukup kuat.

Namun, kapal Van der Wijck bukanlah rekaan semata-mata. Ia merupakan orang yang sebenar tau!

Menurut laman Kompas, Van der Wijck ialah seorang Gabenor Jendela Hindia yang memerintah dari tahun 1839-1899. Kapal tersebut merupakan kapal penumpang yang mewah dan cantik pada waktu itu.

Sehingga diberikan gelaran Titanic dari Indonesia. Van der Wijck ialah seorang warga Belanda yang lahir pada 29 Mac 1840 dan meninggal dunia pada 8 Julai 1914.

Tambahan pula, inilah Gabenor yang memiliki kapal tersebutPhoto from Wikipedia

Tetapi Kapal Van Der Wijck Telah Pun Karam Ketika Belayar

Sayangnya, kapal tersebut telah karam ketika berlayar, gambar ialah contoh sahajaPhoto from CBS News

Menurut laporan ditulis oleh de Telegraaf, pada 20 Oktober 1936 kapal ini telah karam ketika belayar dari Bali ke Semarang dan ingin menyinggah di Surabaya. Tibanya di Surabaya, kapal tersebut direkodkan membawa muatan 150 tan besi dan 5 kondor seberat 3 tan setiap satu.

Pelayaran kapal mewah ini berakhir di Perairan Lamongan, Jawa Timur, tepat 12 batu dari Pantai Brodong, Lamongan. Tambahan pula, kapal ini disyaki membawa barang berharga.

Watak Hayati kekal membuatkan mengapa Pevita terkenal di duniaPhoto from Vocket

Selain itu, ia direkodkan 153 penumpang terselamat, 42 hilang dan 58 telah meninggal dunia seperti yang dilaporkan.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok