Kenapa BYD Seal Dynamic RWD Dianggap Berbaloi?!
Diumumkan pada pameran Sime Darby Motors Automania 2024, syarikat kereta BYD telah mengejutkan peminatnya dengan varian baru dalam barisan automotifnya. BYD Seal Dynamic RWD dianggar sebagai kereta elektrik paling mampu milik di Malaysia.
Mungkin anda masih skeptikal tentang fungsi, kualiti dan keseluruhan kemasan kereta elektrik. Anda masih setia dengan kereta petrol yang tidak dapat dinafikan mendominsi pasaran autmotif negara.
Photo from Amanz
Namun, majoriti jenama kereta semakin agresif dalam peralihan kepada kereta elektrik. Perkara ini lebih jelas dapat dilihat dengan jenama tempatan, Proton yang mengumumkan varian elektrik mereka sendiri.
Oleh itu jenama BYD bukanlah nama asing dalam negara kita. Walaupun masih baru dalam pasaran, kereta merekal laris terjual kerana memiliki tanda harga kompetitif dalam pasaran. Jadi apa yang menarik tentang varian baru ini?
Photo from NZ Autocar
Harga & Varian Untuk BYD Seal Di Malaysia
Photo from paultan
Menurut laporan Soya Cincau, BYD Seal Dynamic RWD dilancarkan dengan harga RM163,800. Untuk perbandingan, varian lain iaitu Seal Premium RWD dan Seal Performance AWD dijual dengan harga RM179,800 dan RM199,800.
Untuk pengetahuan umum, setiap model BYD Seal dilengkapi dengan pakej waranti yang komprehsif, menawarkan:
- Waranti untuk:
- kenderaan 6 tahun/150,000 km
- bateri voltan tinggi 8 tahun/150,000 km
- unit pemanduan 8 taun/150,000 km
Photo from paultan
Tambahan pula, buat 100 pembeli terawal varian ini, anda berpeluang menerima Wall Box Home Charger secara percuma.
Seperti dinyatakan, kereta ini dianggap paling mampu milik dalam kategorinya. Ini kerana pesaingnya GWM Ora 07 (RM169,800). Tidak lupa juga, cukai jalan untuk varian ini hanyalah RM160 sahaja berbanding varian lain iaitu RM335 dan RM965.
Photo from paultan
Spesifikasi BYD Seal Dynamic RWD
Photo from BYD
Varian terbaru BYD merupakan model peringkat permulaan dalam barisan BYD SEAL, ia memberikan output kuasa terendah. Selain itu, ia merupakan sedan pacuan roda belakang yang dikuasakan oleh motor elektrik 150kW (201 hp) mengeluarkan tork 310Nm.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan varian baru ini hadir dengan bateri lebih kecil, berbanding abangnya. Sebanyak 26% perbezaan membuatkan varian Dynamic RWD mampu menawarkan jarak pemanduan maksimum sehingga 460km.
Menyentuh bab pengecasan pula. Dynamic RWD menerima pengecasan pantas pada 110kW dan AC pada 7kW.
Perbezaan Varian Baru Dan Yang Lama
Photo from BYD
Perbezaan di antara varian BYD Seal Dynamic RWD dengan abangnya tidaklah begitu jauh. Dari perspektif estetik, cara paling mudah untuk bezakan varian baru ialah melalui saiz tayarnya.
Varian Dynamic hadir dengan tayar bersaiz 18-inchi. Manakala Premium RWD dan Performance AWD menggunakan saiz 19-inchi.
Membuka Pintu Untuk Lebih Ramai Beralih Ke Kereta Elektrik
Photo from SoyaCincauBM
Umum mengetahui kebanyakan kereta elektrik datang dengan tanda harga premium. Keputusan BYD untuk mengeluarkan varian mampu milik dapat membuka lebih banyak pintu untuk lebih ramai beralih ke kereta elektrik di negara kita.
Kemudian kereta ini bersaiz sedan penuh bakal menjadi faktor untuk dipertimbangkan oleh pelanggan. Ini kerana saiz tersebut dapat memberi ruang lebih panjang serta luas.
Tak lupa juga, harga cukai jalan lebih rendah, jarak pemanduan baik akan menarik lebih ramai untuk beralih kepada kereta elektrik.
Photo from Driven Car Guide
Mungkin korang suka: