download Jom Explore app
6 Tempat Menarik Untuk Nikmati Di Andalusia, Sepanyol

6 Tempat Menarik Untuk Nikmati Di Andalusia, Sepanyol

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 02 Oct 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Apabila kita bercakap tentang destinasi percutian yang cantik. Andalusia wajar menjadi salah satu pilihan kerana begitu cantik dengan pelbagai tarikan unik tidak terjumpa di tempat lain.

Kenapa min sebut pasal sebuah kawasan terletak di Selatan Sepanyol? Kerana tarikan seperti Warisan Islam, pemandangan menakjubkan pasti akan menarik perhatian anda.

Andalusia apa yang best? Jom baca duluPhoto from Recyourtrip

Lupakan tempat perkara tumpuan pelancong seperti Barcelona untuk menikmati tarikan seni bina seperti Sagrada Familia, Madrid contohnya.

Tetapi min tak nafikan bahawa pemandangan serta pengalaman di negara ini cukup menarik. Walau bagaimanapun, apa kata kita fokus pada Andalusia sahaja dan ini sebab mengapa anda perlu melawatnya.

Mempunyai pelbagai hidden gems untuk diterokaPhoto from Explored by Marta

Tapak Warisan Empayar Islam Lama

Dahulu dikenali dengan Al-Andalus, menjadi rumah kepada antara empayar IslamPhoto from Parametric Architecture

Sebelun namanya menjadi Sepanyol, Andalusia terkenal sebagai Al Andalus dalam dunia Islam. Ia pernah diperintah oleh orang Islam Sepanyol (Moor) selama lapan abad serta pernah menjadi pusat dunia Islam.

Antara yang wajib anda pergi lawat seperti:

  • Kompleks Kubu Istana Alhambra
  • Mezquita de Cordoba
  • Madinah Az Zahra

Kini menjadi peninggalan snei bina dan budaya lamaPhoto from HitoCultural

Pekan Lama Putih & Perkampungan Andalusia (Pueblo Blancos)

Segalanya putih, bersih berseri, Cantik je !Photo from Voyagefox

Selain daripada Tapak Warisan Islam, Andalusia juga terkenal dengan kawasan perkampungan lama bercat putih yang sangat cantik!

Majoritinya boleh dijumpai di kawasan bernama Cadiz dan Malaga. Di sini anda boleh jadikan sebagai titik permulaan untuk mulakan pengembaraan anda serta mengetahui lebih lanjut tentang gaya hidup dan budaya masyarakan tempatan.

Menampilkan seni bina Andalusia yang sukar untuk dijumpa di tempat lainPhoto from La Razon

Kampung ini dipenuhi dengan seni bina tradisi seperti, "bintik putih pada landskap didominasi oleh pokok pain, oak dan cemara Sepanyol," menurut lembaga pelancongan Andalusia.

Tambahan pula ketika menjelajah kampung ini, anda pasti akan perasan setiap rumah dihiasi dengan bunga terang di jalan lama ini.

Tapi jalanya sangat sempit, tolong berhati-hatiPhoto from A Ticket To Take Off

Melihat & Mengenali Warisan Budaya Tradisional Masyarakat Tempatan

Tarian flamenco sinonim dengan budaya masyarakat tempatanPhoto from World Atlas

Untuk pengetahuan umum, Andalusia ialah tempat untuk dikunjungi untuk warisan tradisional Sepanyol tau.

Haa.. jika anda teringin nak mempelajari beberapa warisan terkenal seperti tarian Flamenco, pertarungan lembu dan tapas. Di sini ialah tempatnya! Tambahan pula, wilayah ini ialah tempat kelahiran tarian flamenco yang berasal dari gipsi nomad.

Jangan lupa tentang pertarungan lembu! Ia merupakan sukan kebangsaan Sepanyol yang bermula sejak zaman pra-sejarah. Di Andalusia sahaja terdapat sekurangnya 70 gelanggang lembu jantan,

Antara yang terkenal di Seville merupakan antara yang tertua pulak tu.

Pertarungan kerbau yang popular di negara merekaPhoto from Britannica

Cuaca Cerah & Panas Mediterranean

Cuaca nyaman memudahkan untuk kita bercuti tanpa sebarang masalahPhoto from Andalusia

Takkan kita nak bercuti ke luar negara semasa musim panas kan? Mestilah nak musim salji sebab nak feel sejuk dingin macam dalam drama korea.

Namun percaya cakap min, cuaca di Andalusia memang best! Walaupun panas ia tidak akan menghalang anda untuk meneroka keseleuruhan tarikan yang ada. Tetapi jangan lupa untuk bawa payung dan kipas apabila berada di sini.

Jika terlalu panas, anda boleh sahaja cari kedai runcit di jalanan untuk membeli makanan menyejukkan untuk kurangkan suhu badan.

Jangan lupa bawa payung esktra tauPhoto from SunPope

Kat Sini Pun Ada Pantai Cantik Macam Negara Kita?

Terdapat beberapa pantai menakjubkan rugi tak singgahPhoto from Tour Radar

Disebabkan iklim Mediterranean, Andalusia mampu memberikan pengalaman bersantai serta berehat di pantai cukup menakjubkan!

Selatan Sepanyol dikenali sebagai Costa del Sol. Bermaksud 'Pantai Matahari' dalam bahasa tempatan dan terlalu banyak pantai untuk dipilih bagi memuaskan perjalanan anda ke sini.

Contohnya seperti Marbella menawarkan resort pantai mewah. Atau Costa de la Luz, terletak di antara Cadiz dan Huelva.

Landskap Menakjubkan Untuk Peminat Treking

Haa.. bagaimana cantik kan?Photo from Art Chapiz Apartments

Mesti anda tidak tahu sebenarnya Sepanyol mempunyai landskap menakjubkan tau. Terdapat banyak kawasan lereng gunung untuk mendaki serta berehat melihat suasana tenang dan damai di kawasan pergunungan.

Antara landskap yang terkenal di Andalusia ialah:

  • Sierra Nevada, Granada
  • Alpujarras Mountains, Granada
  • Pergunungan Atlas Gaya Berber, Afrika Utara
  • Zahara de la Sierra di Cadiz

Memang seronok betul dapat bercuti di Andalusia bersama rakanPhoto from Ilim Tour

Haa.. bagaimana menarik kan kawasan Andalusia? Ia mempunyai kecantikan tersendiri yang dapat menarik perhatian anda setelah melihatnya. Jangan lepaskan peluang untuk bercuti di sini tau.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok