Wanita Kecewa Makanan Di Kedai Viral, Tak Sedap!
Ibarat indah khabar dari rupa situasi dialami oleh seorang wanita apabila berkongsi pengalaman pahit bercuti di Port Dickson. Menurutnya, dia bersama keluarga terpaksa tanggung harga makanan yang sangat mahal.
Port Dickson memang terkenal sebagai lokasi pelancongan bagi warga tempatan. Selalunya dijadikan sebagai 'weekend getaway', memang lazim untuk melihat kawasan ini dipenuhi keluarga ketika hujung minggu.
Photo from Lexis Port Dickson
Umum mengetahui kawasan pelancongan mempunyai harga yang berbeza daripada kawasan lain. Contohnya, harga makanan boleh berubah mengikut musim cuti sekolah.
Walau bagaimanapun ini tidak bermakna peniaga boleh sesuka hati caj harga ikut sedap. Kerana yang bayar ialah pengunjung seperti wanita tersebut meluah rasa geram setelah membayar makan malamnya.
Photo from Foodpanda
Bayar Mahal Tapi Rasa Makanan Tak Sedap, Tak Berbaloi Betul
Photo from X | minaazaini
Wanita yang dikenali sebagai (minaazaini) merungut bahawa dia perlu membayar sejumlah wang untuk makanan dipesan. Perkara ini kelihatan seperti biasa di mata kita betul?
Namun semua makanan yang dipesan rasanya sangat menghampakan di sebuah restoran di Port Dickson. "Ni review sakit hati sebab makanan tak sedap, harga pulak rasa macam bayar installment rumah," ujarnya.
Seekor Pari Bakar Dicekik Harga Sehingga RM93.50?!
Photo from Ang Sarap
Menyambung perkongsiannya, dia berkata telah pesan pari bakar bersaiz medium dengan harga RM93.50. Nasib malang tidak terhenti di situ kerana pari bakar tersebut datang dalam keadaan terlebih masak.
Ini menyebabkan isinya hangus serta keras. Sambal pula tiada rasa langsung menjadikan ia hidangan yang gagal. Seterusnya, wanita ini turut pesan kerang bakar untuk dua pinggan dengan harga RM63.76.
Photo from X | FoodMalaysia
Rasanya pula biasa-biasa sahaja menurutnya. Hidangan istimewa Siakap Stim juga tiba dengan tiada sebarang keistimewaan. Walaupun begitu, dia memuji sotong goreng tepung kerasa rasanya cukup sedar tetapi sukar ditelan.
Servis Pun Hauk, Harap Gah Pada Nama Sahaja!
Photo from X | minaazaini
Kemudian wanita ini turut berkongsi dari segi servis restoran ini. Menurutnya, tiada beza dengan kualiti makanan kerana setelah nasi sudah habis beberapa lauk pun tidak sampai ke meja makan.
Tambahan pula, ini bukan kedai biasa malah antara kedai terkenal dan memiliki jumlah pekerja yang ramai. Hampir semuanya gagal berfungsi dan memberi servis bagus kepada pelanggan.
Photo from Source Co
Wanita tersebut persoal mengapa harga makan terlalu mahal. Pekerja dengan selamba memberi jawapan sebagai perkara biasa di situ. Bukan itu saja, resit yang diberikan hanya ditulis dengan perkataan depo.
Perkara ini menyukarkan pihak pelanggan untuk memeriksa harga pesanan bagi setiap makanan dan minuman di restoran tersebut.
Photo from ResipiKita
Jangan Percaya Bulat-Bulat, Banyak Kedai Makan Scam Je Lebih
Photo from Reddit
Rasa kesal diuturkan oleh wanita tersebut setelah menikmati makan malam di kedai ikan bakar yang tular ini. Ia lebih indah khabar dari rupa dan bukannya kerana kualiti makanan yang dihasilkan.
Selain itu, beberapa netizen turut berkongsi pendapat tentang perkara ini. Kebanyakkan setuju dan terkejut melihat perubahan harga tersebut membuatkan ramai tertipu kerana kedai tersebut menjadi sebutan ramai.
Photo from Slurp! POS
Sehubungan dengan itu, ramai berkongsi lokasi kedai lain yang lebih berbaloi dari segi harga serta rasa. Menjadi berita baik disebalik nasib malang yang ditimpa oleh wanita ini.
Oleh itu, adakah anda pernah menjadi mangsa harga makanan terlalu mahal dan tidak sedap?
Photo from Foodpanda