Kenapa Ethiopia Baru Sambut Tahun Baru 2017 Eh??
Tinggal lagi beberapa bulan sebelum kita menutup tirai untuk tahun 2024 dan bersedia untuk memasuki tahun baru. Namun negara Ethiopia baru sahaja menyambut tahun baru bagi tahun 2017 pada bulan ini.
'Mereka tertinggal bas ke min?' pasti bermain dalam fikiran anda setelah membaca ayat tersebut. Di mana kita sibuk mengejar masa untuk menghabiskan tugasan harian, masyarakat Ethiopia dengan tenang menyambut kedatangan tahun baru.
Photo from Africa Rebirth
Ini bermaksud jika anda terbang ke negara Afrika ini. Anda akan jadi tujuh tahun lebih muda dan telah berjaya menjadi manusia pertama melakukan perjalanan masa (time travel).
Ethiopia Menggunakan Sistem Kalendar Tersendiri
Photo from Depositphotos
Ethiopia merupakan sebuah negara terletak di timur benua Afrika. Negara ini tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa kolonial. Oleh itu, mereka masih dapat kekalkan majoriti budaya serta tradisi lama masyarakat mereka.
Kesannya dapat dilihat seperti perkara ini. Masyarakat Ethiopia menggunakan sistem kalendar tersendiri yang terhasil daripada gabungan kalendar Julian dan Coptic (Kristian Ortodoks) dikenali sebagai Ge'ez.
Perbezaan antara kalendar Gregory (tahun 2024) dan Coptic ialah penentuan tahun kelahiran Nabi Isa (Birth of Christ).
Photo from The New York Times
Perbezaan Sistem Kalendar Gregory Dengan Kalendar Ethiopia
Photo from Reuters
Mengikut sistem Gregory, tarikh kelahiran Nabi Isa antara tahun 1 Sebelum Masihi dan 1 Selepas Masihi. Kalendar Ethiopia pula dikira antara tujuh hingga lapan tahun kemudian.
Sebab itu kiraan tahun mereka lambat berbanding kalendar sekarang. Menariknya, kalendar Ethiopia juga mempunyai 12 bulan tetapi setiap bulan mempunyai tepat 30 hari.
Photo from Woman's Day
Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai 365 hari dalam setahun tau! Tapi terdapat bulan ke-13 dipanggil Pagumē.
Bulan ini mempunyai lima hari dalam tahun biasa dan 6 hari dalam tahun lompat.
Photo from Reddit
Walaupun Berbeza Tetapi Sangat Unik Dalam Dunia
Photo from CNN
Menurut Kedutaan Ethiopia, bulan pertama mereka diberikan nama Meskerem bermula pada 11 September hingga 10 Oktober tahun ini.
Meskerem biasanya jatuh pada penghujung musim terkujuh di negara itu. Pada waktu ini, bunga mula tumbuh sebagai simbol Tahun Baru yang seiring dengan permulaan musim bunga.
Photo from World Council of Churches
Seterusnya bulan kedua (Tikimt), ketiga (Hidar), keempat (Tahsas). Apabila dunia kita sudah memasuki tahun baru, kalendar Ethiopia baru sahaja memasuki bulan kelima (Tir) tau.
Bulan terakhir mereka (Pagumē) akan bermula pada 6 September hingga 10 September tahun hadapan. Sedikit berbeza daripada kalendar kita tetapi antara yang unik dalam dunia!
Tahukah Anda Ethiopia Ialah Negara Yang Berjaya Temui Biji Kopi?
Photo from Britannica
Selain daripada sistem kalendar yang begitu unik. Ini adalah beberapa fakta menarik yang anda mungkin tidak pernah dengar tentang negara ini.
- Negara ini pernah menjadi rumah kepada salah satu tamadun tertua di dunia, Kerajaan Aksum. Berkembang antara abad ke-1 dan ke-7 Masihi, terkenal dengan antara empayar perdagangan yang kuat
- Kopi telah dijumpai di negara ini. Katanya seorang pengembala kambing menjumpainya setelah melihat haiwan ternakannya menjadi bertenaga selepas makan buah beri tertentu
Photo from history
- Ethiopia ialah satu-satunya negara Afrika yang tidak pernah dijajah sepenuhnya. Ia berjaya pertahankan diri dalam Pertempuran Adwa pada tahun 1896 menentang Itali sekaligus memelihara status kedaulatannya
- Negara ini juga merupakan salah satu negara Kristian tertua di dunia. Agama Kristian telah diisytiharkan sebagai agama negara pada abad ke-4 oleh Raja Ezana
Photo from The Daily Beast
Oleh itu, jika anda teringin nak rasa muda semula. Boleh sahaja beli tiket penerbangan ke negara ini dan ikuti sahaja sistem kalendar mereka.
Mungkin korang suka: