download Jom Explore app
Umur Tidak Halang Yusuf Hashim Jelajah 120 Buah Negara

Umur Tidak Halang Yusuf Hashim Jelajah 120 Buah Negara

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 11 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tahun 1991, Yusuf Hashim mengambil keputusan untuk bersara pada usia 53 tahun. Seterusnya beliau menghabiskan masa dengan mengembara seluruh dunia bersama sebuah kamera di sisi.

Jika anda diberikan peluang untuk bersara awal dan mengejar minat yang berada dalam diri. Adakah anda akan merebut peluang tersebut?

Atau masih mempunyai perasaan teragak-agak dalam diri anda. Mungkin selepas membaca kisah beliau, anda akan berubah pendapat dan mula mengejar impian dalam diri.

Mengambil keputusan untuk bersara pada 53 tahun dan mula mengembaraPhoto from The Sun Daily

Daripada Jawatan Pengarah Kepada Seorang Pengembara

Dalam diri Yusuf sudah tertanam jiwa untuk mengembaraPhoto from Free Malaysia Today

Setelah berada dalam industri minyak dan gas selama 30 tahun. Yusuf merasakan terdapat sesuatu yang memanggil dalam dirinya untuk menjadi seorang pengembara.

Impian tersebut tidak lagi boleh dikawal. Maka pada tahun 1999, Yusuf meninggalkan jawatan pengarah untuk menyahut cabaran baru dalam dirinya.

Katanya, "Ia bukan keputusan terburu-buru atau impulsif,"

Antara negara yang dijelajah oleh YusufPhoto from Yusuf Hashim

Berjaya Merentasi 120 Negara Dalam Masa 24 Tahun

Dalam 24 tahun, beliau telah jelajah 120 buah negaraPhoto from Free Malaysia Today

Setelah tanggungjawab kepada ibu bapa dipenuhi dan merancang status kewangan dengan penuh teliti. Yusuf mula memenuhi segala perkara yang ditulis dalam senarainya dan pergi mengembara.

Dia berkata, "Badan saya rosak dan kehidupan berlalu pergi,". Sepanjang 24 tahun beliau menghabiskan masa dengan menikmati perjalanan seperti tiada penghujung.

Beliau telah memandu merentasi 120 negara dengan trak 4x4, belayar ke Antartika dan Artik berpuluh kali dan berjaya menangkap lebih 3 juta gambar permandangan.

Beliau juga telah belayar ke AntartikaPhoto from Tatler Asia

Akhir sekali, kisahnya juga telah memberi peluang untuk menulis 10 buku yang diterbitkan sendiri. Bagi beliau ini adalah perjalanan peribadi.

"Wang Anda Bukan Kepunyaan Selagi Tidak Membelanjakannya" - Yusuf Hashim

Beliau turut pernah memberi ceramah tentang kisah hidupnyaPhoto from Tatler Asia

Dalam ceramah yang diberikan pada 10 Oktober 2023, beliau berkata, "Wang anda bukan kepunyaan selagi tidak membelanjakannya,"

Yusuf memberi peringatan untuk tidak mati dengan kekayaan yang tidak dibelanjakan untuk menikmati kehidupan. Beliau turut merasakan secara purata warga Malaysia menghabiskan 42 tahun hidup dengan berkerja dan bersara pada usia 65 tahun.

Ketika itu, kesihatan tubuh badan mula merosot dan banyak perkara tidak lagi boleh dilakukan.

Antara gambar yang diambil oleh BeliauPhoto from Yusuf Hashim

Sejak Kecil Sudah Biasa Mengembara

Minat terhadap bidang fotografi telah menyebabkan beliau ambil 3 juta gambarPhoto from The Sun Daily

Menurut Yusuf, nafsu untuk menikmati pengembaraan sudah tertanam sejak kecil. Kerana pada tahun 1960-an beliau merupakan pelajar Royal Military College.

Di sini Yusuf belajar untuk meredah hutan dan ekspedisi luar. Kemudian, minat terhadap fotografi juga berkembang untuk selama beberapa dekad, "Fotografi sentiasa menjadi minat sejak zaman persekolahan," katanya.

Sebab itu beliau dengan cepat menguasai fotografi digital yang muncul pada awal 1990-an. Tambahan pula disebabkan kepakarannya, Yusuf turut menjadi seorang penulis pakar untuk majalah Chip Foto Video, perunding dan pensyarah di Open University Malaysia dan pengasas komuniti fotografi, PhotoMalaysia.com

Pengembaraan Yang Tidak Dapat Dilupakan

Terlalu banyak pengembaraan yang sukar dilupakan oleh YusufPhoto from Tatler Asia

Berkongsi pengembaraan lalu, Yusuf tidak mampu untuk senaraikan tiga destinasi yang paling mencabar. Baginya, "Setiap tempat saya telah pergi adalah benar-benar unik.

Bagi saya, setiap tempat mempunyai daya tarikan tersendiri, 152 tarikan unik dan kenangan sangat istimewa." Beliau turut berkongsi perjalanan ke Antartika, Artik dan Patagonia untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan.

"Antartika sangat indah," katanya. Selain itu dia menggemari pemandangan Gunung Himalaya dan budaya puak Afrika, trekking dalam suhu 52°C ke kawah gunung berapi, Mt Erta Ale.

Setiap perjalanannya sungguh istimewaPhoto from Tatler Asia

Memandu di 'Death Road' di Bolivia dan merentasi Himalaya China. Setiap perjalanan mempunyai kisah dan parut yang masih segar dalam ingatan Yusuf.

Usia Bukan Penghalang Untuk Menikmati Cabaran

Beliau turut mempunyai lesen untuk menerbangkan paramotorPhoto from Yusuf Hashim

Walaupun sudah menjangkau usia 70-an, Yusuf tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mencari cabaran baru dalam hidupnya. Beliau berjaya mendapatkan lesen untuk menerbangkan paramotor.

Selain itu, dia juga pernah membawa anak sulung dan bongsu ke Antartika untuk mengembara bersama. Kisah beliau menjadi inspirasi kepada ramai individu yang ingin mencabar diri sendiri.

Setiap satu kisah yang dikongsi oleh Yusuf ialah emas yang lebih bermakna daripada segala ratusan duit yang diperolehi.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok