Piza Nasi Kerabu Ayam Percik Jadi Kegemaran Ramai?!
Dinobatkan antara kedai piza gaya New York terbaik di negara. Mokky's Pizza & Coffee mengeluarkan dua hidangan terbaru bagi menyambut Kemerdekaan ke-67.
Sempena bulan kemerdekaan kebanyakan premis perniagaan mengambil peluang untuk menghasilkan produk berunsur kebangsaan. Perkara ini sekaligus dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik.
Photo from FB | Mokky's Pizza & Coffee
Itulah yang ingin dicapai oleh kedai piza yang cukup terkenal di kalangan peminat makanan itali di negara. Apa yang mereka cipta?
The Kerabu Pizza dan Tempeh Melt Sticks.
Photo from FB | Mokky's Pizza & Coffee
Nasi Kerabu Dijadikan Piza?
Photo from TWO SONS BISTRO
Menu unik yang dihasilkan dari dapur Mokky's menggabungkan rasa Nasi Kerabu dengan sentuhan moden.
"Alami warisan tradisi dengan sentuhan moden dengan piza Mokky's," ujar mereka mempromosikan hasil ciptaan menu baru. Bagaimana mereka menghasilkannya?
Menurut Mokky's, "Dengan mengunakan bunga telang, kami dapat menghasilkan doh berwarna biru yang menarik dan lembut. Hidangan ini tidak menggunakan sos tomato, sebaliknya kami menggunakan ayam panggang diperap dengan campuran rempah serta santan.
Tambahan pula ia dihias dengan kubis putih, kacang botol, bunga kantan, kacang panjang dan kelapa parut," Sehubungan dengan itu, hidangan ini boleh dipesan dalam saiz 12 inci sahaja dengan harga RM33.
Photo from FB | Mokky's Pizza & Coffee
Orang Malaysia Kan Suka Makan Keju, Sebab Itu Ada Tempeh Melt Sticks!
Selain daripada piza kerabu, Mokky's turut menghasilkan makanan ringan yang menjadi padanan sesuai dengan hidangan berat tadi. Memandangkan majoriti orang Malaysia gemar makan keju mozzarella.
Mokky's menggabungkan mozzarella sticks dengan tempeh untuk mencipta Tempeh Melt Sticks!
"Salutan tempe rangup denga keju mozzarella lembut di dalam. Digoreng sehingga keemasan disempurnakan dengan serbuk roti untuk menghasilkan tekstur ranggup. Dihidangkan bersama sos bawang karamel berempah," kata Mokky's menceritakan makanan ringan ini.
Photo from Emily Johari
Bagaimana Pula Dengan Rasanya? Ini Komen Yang Pernah Mencubanya
Photo from Muez Abdul
Minda anda pasti tengah membayangi agaknya bagaimana rasa dua hidangan ini. Menggabungkan dua budaya makanan berbeza pasti akan menghasilkan rasa cukup menarik kan?
Menurut Farahin Fadzli yang berpeluang untuk mencubanya berkata, "Gigitan pertama piza perisa nasi kerabu membuatkan anda teringat kepada hidangan tersebut. Gabungan kesemua bahan termasuklah sos ayam bakar percik memberikan rasa sempurna.
Photo from Armizatul
Menariknya jika anda lihat dengan terperinci. Doh yang digunakan berwarna biru dan bukannya warna putih seperti biasa kita makan." ujarnya tentang Kerabu Pizza.
Manakala untuk Tempeh Melt Sticks. Farahin berkata, "Kalau makan dua atau tiga ketul sudah cukup untuk buat perut rasa kenyang. Sos Celup Bawang Karamel Pedas menjadikan hidangan ini lebih sedap.
Photo from Nur Amira
Bila anda cicah tempeh dengan sos tersebut. Kerangupan dan keju cair menghasilkan rasa cukup 'umph'. Tambahan pula hidangan ini mengingatkan saya kepada 'corn dog',"
Haa.. bagaimana terliur tak mulut anda membayangi dua hidangan ini? Oleh demikian, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya sempena bulan kemerdekaan ini.
Photo from FB | Mokky's Pizza & Coffee
Mungkin korang suka: