download Jom Explore app
3 Individu Ini Tidak Perlu Bawa Pasport Jika Pergi Luar Negara

3 Individu Ini Tidak Perlu Bawa Pasport Jika Pergi Luar Negara

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 20 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Perkara paling menyeramkan dalam dunia ialah apabila kita tertinggal pasport setelah tiba di kaunter imigresen. Memang menangis tak berlagu jawabnya.

Itu sahaja menunjukkan betapa pentingnya nilai pasport apabila kita ingin berjalan ke luar negara. Tular negara Indonesia telah memperkenalkan reka bentuk pasport baru yang memaparkan warna kebangsaan merah dan putih.

Kenapa warna merah sering digunakan untuk pasport eh?Photo from Bernama

Tindakan ini dilakukan ketika mereka menyambut Hari Kemerdekaan ke-79 dengan matlamat meningkatkan semangat nasionalism. Walau bagaimanapun, anda pernah tak terfikir individu yang tidak perlu membawa dokumen ini ketika melancong ke luar negara?

Untuk pengetahuan umum, terdapat 3 individu yang menepati kriteria tersebut. Siapakah mereka, anda perlu baca sehingga habis.

Cuba bayangkan pergi ke luar negara tidak perlu bawa dokumen iniPhoto from The Vibes

Maharaja & Maharani Jepun

Maharaja Jepun dan Maharani tidak memerlukan sebarang dokumen jika pergi ke luar negaraPhoto from AP News

Ada segelintir warga tempatan tidak mengetahui sebenarnya negara Jepun masih mempunyai maharaja tau! Tambahan pula, pasport Jepun merupakan antara dokumen terkuat dalam dunia.

Rakyat yang memegang dokumen ini boleh melawat 173 negara tanpa memerlukan visa menurut Passport Index. Oleh demikian, Maharaja Jepun tidak memerlukan sebarang dokumen untuk pergi ke luar negara.

Maharaja Naruhito merupakan Maharaja ke-126Photo from Tatler

Maharaja Naruhito, pemerintah Rumah Diraja Jepun yang ke-126 bersama isterinya Maharani Masako mempunyai kebebasan untuk melancong ke luar negara tanpa sebarang dokumen.

Alasannya ialah prosedur imigresen, visa dan pasport tidak wajar untuk seorang Maharaja. Perkara sebegitu hanya untuk rakyat biasa sahaja. Jadi, jika pasangan Diraja ingin pergi ke mana-mana negara.

Pemegang pasport Jepun boleh dianggap antara terkuat dalam duniaPhoto from Engoo

Kementerian Luar Negara Jepun akan memberitahu negara tersebut terlebih dahulu mengenai kehadiran Maharaja mereka.

Raja Charles III

Selain Maharaja Naruhito, Raja Charles III pun tidak memerlukan pasport jika pergi ke luar negaraPhoto from Tatler

Raja United Kingdom, Raja Charles III tidak memerlukan pasport untuk melancong ke luar negara. Menariknya keistimewaan ini turut dimiliki oleh mendiang Ratu Elizabeth II ketika menguruskan United Kingdom.

Alasannya, mengikut norma kerajaan United Kingdom. Pasport British diberikan atas nama raja mereka jadi mengikut logik raja tidak memerlukan sebarang dokumen. Selain itu, juga tertulis.

"Setiausaha Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Britannie meminta dan menghendaki atas nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada semua pihak yang berkepentingan untuk membenarkan pembawa pas ini untuk bergerak bebas tanpa sebarang halangan dan memberi bantuan dan perlindungan kepada pembawa pas ini sekiranya perlu."

Namun pemaisuri Camilla memerlukan pasport kerana tidak memilikan hak istimewa seperti suaminyaPhoto from Reuters

Sehubungan dengan itu, isteri Raja Charles III, Permaisuri Camilla tidak mempunyai hak istimewa seperti suaminya. Beliau perlu membawa pasport sah sekiranya beliau ke luar negara.

Manakala Setiausaha Sulit Raja Charles III, Sir Clive Alderton telah dipertanggungjawab untuk memberitahu negara yang bakal dikunjungi terlebih awal tentang kehadiran raja mereka.

Pasport United Kingdom kini memiliki nama Raja Charles IIIPhoto from People

Selain itu, sejak tahun lepas set pasport baru telah dikeluarkan atas nama Raja Charles. Sebelum ini semuanya membawa nama Ratu Elizabeth.

Justeru itu, macam seronok pula bila fikirkan melawat negara tidak memerlukan sebarang dokumen. Tak perlu nak beratur tunggu untuk dicop oleh pegawai imigresen.

Tidak dinafikan memang seronok pergi ke luar negara tak perlu bawa pasport kan?Photo from Maskulin

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok