Patutlah Ramai Orang Suka Betul Minum Air Matcha
Walaupun memiliki warna hijau, ia tidak menghalang ramai orang menikmatinya sebagai minuman! Matcha semakin melonjak popularitinya menjadi antara minuman trendy yang digemari ramai.
Selain daripada minuman, ia juga boleh digunakan sebagai bahan makanan. Tetapi min rasa semuanya tahu bab ini kerana anda pasti sudah biasa menikmati biskut dan kek diperbuat daripada bahan ini.
Photo from Eater
Namun tahukah anda bahawa di sebalik rasa pahit tersebut. Teh hijau ini mengandungi banyak manfaat bagus untuk kesihatan anda? Haa.. baca sehingga habis untuk ketahui semuanya.
Dari Mana Datang Minuman Matcha Ini Sebenarnya?
Photo from Mattsfitchef
Sebelum tu dari mana datangnya bahan ini? Matcha sebenarnya ialah sejenis teh hijau tetapi berbeza daripada teh hijau lain melalui cara tanam dan pemprosesan.
Menurut EatingWell, 3 minggu sebelum meuai, daun teh hijau akan dilindung daripada cahaya matahari. Ini akan memperlahankan pertumbuhan bagi meningkatkan klorofil membolehkan daun tersebut menghasilkan warna hijau gelap yang mendalam.
Photo from Matcha Outlet
Proses ini turut meningkatkan theanine, sejenis asid amino yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Memberikan aroma tersendiri.
Setelah selesai dituai, daun dikukus untuk kekalkan warna semula jadi dan mengelakkan pengoksidan sebelum ia disejukkan, dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk hijau halus. Matcha datang dalam gred yang berbeza.
Photo from Britannica
Contohnya, gred upacara digunakan dalam upacara minum teh, gred masakan untuk minuman dan makanan.
Bagaimana Pula Rasa Minuman Teh Hijau Ni?
Photo from Munching
Bagi mereka yang kurang gemar minum air ini mesti tertanya bagaimana rasanya betul? Matcha mempunyai profil rasa kompleks dengan elemen rasa seperti tumbuhan lembut, kacang manis semulajadi.
Serta sentuhan pahit pada penghujung memberikan rasa enak. Kemudian sedikit sentuhan rasa dikenali sebagai umami melengkapkan minuman ini sebagai sempurna.
Photo from Teak & Thyme
Berikut ialah manfaat kebaikan jika anda mengamalkan minuman ini.
Dapat Mengurangkan Risiko Berlakunya Kanser
Photo from The New York Times
Sebahagian besar reputasi minuman teh hijau ialah menggalakkan kesihatan. Minuman ini dapat bantu mengurangkan risiko kanser dengan menghentikan pertumbuhan sel serta stres oksidatif.
Sekaligus sangat efektif untuk kurangkan keradangan dan mencegah pertumbuhan kanser.
Meningkatkan Daya Ingatan Dan Kecerdasan Otak
Photo from Medium
Matcha juga mengandungi sedikit kandungan kafein dan menjadi sumbar L-theanine sangat baik. Gabungan 2 bahan ini dapat tingkatkan daya ingatan dan kewaspadaan mental anda.
Selain itu, jika anda sering cemas, gelisah dan kerap anxiety akibat minuman kafein. L-theanine sangat bagus untuk membuatkan anda tenang, berada dalam keadaan relaks dan terkawal.
Photo from TheAsianParents
Tak lupa juga, minuman ini sangat bagus mengurangkan stres oksidatif yang berbahaya! Kerana ia dapat merosakkan bahagian di otak yang berkait dengan penurunan kognitif dan gangguan memori.
Menurukan Kadar Glukosa Dalam Darah
Photo from Redcliffe Labs
Sesiapa menghadapi masalah diabetes, kencing manis dan sebagainya perlu amalkan minuman ini. Matcha dapat bantu menurunkan kadar glukosa darah melalui kemampuannya untuk meningkat sensitiviti insulin.
Selain itu minuman rendah kalori yang tidak akan menjejaskan diet anda sepanjang hari. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa minuman ini juga mempunyai sumber seperti kafien, katekin, klorofil.
Photo from Foodshibe
Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Photo from Alodokter
Epigallocatechin gallate (EGCG) yang terkandung dalam Matcha telah dikaji secara menyeluruh untuk ketahui kesannya terutama pada jantung. EGCG dapat melindung daripada penyakit kardiovaskular dengan menurunkan lipid darah seperti kolestrol.
Menurut jurnal ditulis pada tahun 2019, ia juga menstabilkan tekanan darah, mengurangkan tekanan oksidatif sekaligus memberi kesan kesihatan lebih baik. Menariknya jumlah EGCG jauh lebih tinggi dalam teh hijau matcha berbanding jenis teh lain.
Bagaimana Nak Menikmati Minuman Matcha?
Photo from Tezumi
Ada banyak cara menyelerakan untuk anda cuba bagi menikmati minuman istimewa ini. Secara tradisional dengan menggunakan mangkuk teh, anda boleh minum dengan melarutkan serbuk dalam air panas.
Photo from kxinyi
Jika anda seorang yang gayanya moden, boleh sahaja tambah susu untuk menghasilkan minuman latte. Resipi pula banyak dan mudah untuk bantu anda menikmati pelbagai rasa teh hijau ini.
Patutlah ramai betul suka minum ini kan?
Mungkin korang suka: