download Jom Explore app
Jangan Tekan Butang Ini, Ia Mampu Selamatkan Nyawa Anda!

Jangan Tekan Butang Ini, Ia Mampu Selamatkan Nyawa Anda!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 19 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Masih ramai diantara pengguna kereta di negara tidak memahami setiap fungsi dan simbol ada pada kereta. Perkara ini jelas terlihat apabila majoriti pemandu akan menghiraukan segala simbol selagi kenderaan masih boleh berjalan.

Memandu kereta sudah menjadi kebiasaan bagi warganegara tempatan. Sekurang-kurangnya setiap isi rumah pasti memiliki sebuah kereta bagi pelbagai tujuan dan kecemasan.

Hampir seitap rumah di negara mempunyai sebuah keretaPhoto from FB | Malaysia Channel

Kenderaan pada zaman sekarang mempunyai banyak fungsi dan ciri-ciri tidak diterangkan oleh jurujual. Fungsi tersebut bukanlah hiasan semata-mata, ia mempunyai tujuan dan membantu memastikan anda selamat ketika memandu.

Oleh itu, menurut seorang netizen bernama Fahmi berkongsi mengapa anda tidak sepatutnya tutup butang fungsi Traction Control System (TCS).

Pernah perasan tak butang simbol ini? Kalau ye jangan tutup tauPhoto from Training Wheels Driving School

Kadar Kemalangan Di Malaysia Meningkat Sejak Tahun 2022

Kadar kemalangan di negara meningkat akibat banyak faktorPhoto from Kurnia-Insurance

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, beliau berkata "terdapat peningkatan kemalangan jalan raya sangat tinggi pada tahun 2023. Jumlahnya sebanyak 598,635 kes.

Terdapat peningkatan hampir 10% berbanding kemalangan jalan raya pada tahun 2022," ujarnya. Statistik ini menunjukkan bahawa keadaan boleh berubah serta merta apabila berada di jalan raya.

Kemalangan selalunya berpunca dari kesilapan pemanduPhoto from AsiaOne

Manakala menurut Kurnia Insurance mereka menyentuh antara faktor utama penyebab kemalangan jalan raya di negara. Antaranya seperti, pemanduan cuai, infrastruktur jalan raya yang teruk, menggunakan telefon ketika memandu dan cuaca buruk.

Bagi mereka yang kerap memandu. Cuaca buruk seperti hujan lebat sangat bahaya kerana boleh menyebabkan jalan raya lebih licin. Tetapi ramai pemandu tidak sedar bahawa kenderaan kita sebenarnya sedang menyelamatkan kita?

Cuaca buruk seperti hujan menyebabkan jalan raya di negara sangat berbahayaPhoto from Malay Mail

Sebab Itu Penting Anda Fahami Setiap Simbol Ada Pada Kereta Anda!

TCS sangat bagus membantu kita daripada tergelincir terutama semasa hujan lebatPhoto from Rainbow muffler

Tidak dinafikan kadang kala boleh pening kepala kalau cuba memahami dan ingat apa fungsi setiap simbol ada pada kereta kita. Namun, anda hanya perlu fokus kepada butang Traction Control System (TCS) dan Traction Control (TRC) sahaja.

Menurut Fahmi menerusi video TikTok akaun miliknya. Dia berkata, "butang TCS ada dalam semua kenderaan moden dan fungsinya berjalan secara automatik tanpa memerlukan campur tangan pemandu.

Setiap kereta moden mempunyai butang TCS supaya tidak tertekan secara tidak sengajaPhoto from Auto Express

Kedudukan butang ini berbeza mengikut model dan jenama kereta anda miliki. TCS membantu menstabilkan kenderaan anda ketika melalui kawasan selekoh dan memandu di permukaan jalan licin.,"

Contohnya seperti min sebutkan, ketika cuaca hujan lebat. "TCS juga akan mengesan jika terdapat tayar kehilangan cengkaman ketika sedang memandu. Apabila dikesan, TCS secara automatik akan mengaktifkan break atau memutuskan penghantaran kuasa daripada enjin kepada tayar itu.

Ini dapat membantu kereta seimbang semula dan mencegah daripada tergelincir semasa memandu," tambah Fahmi.

Gambaran bagaimana fungsi TCSPhoto from Dubizzle

Jangan Degil Nak Pergi Tutup Pulak Kalau Bukan Pemandu Profesional

Jika anda bukan seorang pemandu profesional, jangan tutup TCS!Photo from Evans Halshaw

Sistem TCS berjalan secara automatik untuk setiap jenis kereta. Anda juga boleh mematikan fungsinya menerusi butang yang disediakan oleh pengilang kereta. Setelah ditutup fungsinya, kereta anda akan mengeluarkan isyarat TCS OFF.

Namun perlu ditegaskan bahawa jika anda bukan seorang pemandu profesional. Jangan gatal tangan nak cuba tutup fungsi ini kerana akan meletakkan anda dalam situasi berisiko tinggi.

Sistem TCS dapat membantu kereta daripada tidak tergelincirPhoto from SEAT

Apabila tayar hilang cengkaman dan TCS dimatikan. Kereta anda boleh hilang kestabilan dan menyebabkan kemalangan maut. Walau bagaimanapun, andai kata anda tersekat dalam kawasan berlumpur atau tersangkut dalam lubang.

Mematikan TCS sangat membantu untuk memastikan tayar tersangkut mendapat bekalan kuasa secukupnya untuk melepasi situasi tersebut. Justeru itu, lepas ni pastikan kereta anda sentiasa menggunakan TCS!

Tetapi jika anda tersekat dalam stiuasi ini, berbaloi untuk tutup TCSPhoto from RAC

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok