download Jom Explore app
Pencipta Famous Amous, Menghembuskan Nafas Terakhir

Pencipta Famous Amous, Menghembuskan Nafas Terakhir

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 15 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Wallace 'Wally' Amos, pencipta biskut yang terkenal telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun. Terkenal dengan empayar biskut juga merupakan penyokong hak pembelajaran kanak-kanak.

Anda pasti mengenali jenama ini apabila bersiar di pusat membeli-belah di negara kita. Bau wangi semerbak akan memenuhi setiap pelusuk setelah siap dibakar menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu disebelahnya.

Anda pasti mengenali muka ini betul?Photo from History

Berita ini dilaporkan oleh anaknya yang mengatakan bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit dementia. Bapanya dianggap seorang wira Amerika yang sejati!

Meninggalkan Legasi Nama, Topi Dan Resipi Tidak Boleh Dilupakan

Wally Amos cukup terkenal dengan empayar biskut ciptaannyaPhoto from The Morning Call

Menurut keluarganya, Amos meninggal di rumahnya di Honolulu, dengan isterinya Carol berada di sisi. "Dengan topi Panama, kazoo dan keyakinan yang tidak terbatas, Famous Amos ialah kisah kejayaan Amerika yang hebat serta sumber kebanggaan orang berkulit hitam," kata anaknya.

"Ayah telah memberi ilham kepada pelapis generasi usahawan apabila dia mengasaskan kedai biskut pertama di dunia" tambah mereka. Amos telah membuka kedainya yang pertama di Sunset Boulevard di Los Angeles pada tahun 1975.

Belajar Buat Biskut Melalui Ibu Saudaranya

Ini ialah gambar kedai pertama yang berjaya dibuka WallyPhoto from FB | VIntage Los Angeles

Wally telah dilahirkan di Tallahassee, Florida dan berpindah ke bandar New York pada usia 12 tahun kerana ibu bapanya bercerai. Disebabkan itu, beliau tinggal bersama ibu saudaranya, Della Bryant yang mengajarnya cara menghasilkan biskut coklat.

Kemudian, Wally berhenti dari sekolah menengah untuk menyertai Tentera Udara sebeluma berkerja sebagai kerani di Agensi William Morris. Di sini ia mengajar Wally menjadi ejen berbakat.

Beliau gembira menghasilkan produknya untuk dinikmati oleh para pelangganPhoto from Buttermilk Pantry

Dengan pinjaman sebanyak USD25,000 daripada Marvin Gaye, Simon & Garfunkel dan The Supremes untuk melancarkan perniagaan biskutnya.

"Ayah mengajar kami nilai kerja keras, percaya pada diri sendiri dan mengejar impian kami," ujar anaknya. "Kami juga tahu dia akan menyukainya jika anda menikmati biskut coklat ciptaannya hari ini," tambah mereka.

Bisckut ciptaan Wally sentiasa menjadi kegemaran ramaiPhoto from IOI City Mall

Selain Empayar Biskut, Turut Mengasas Jenama Mufin

Selain biskut, beliau turut menghasilkan kek mufinPhoto from Famous Amos Singapore

Ramai tak tahu bahawa Wally bukan sahaja mengasaskan empayar biskut. Beliau turut mengasas jenama Uncle Wally's Muffin CO. menjual kek mufin yang tidak ada di negara kita.

"Menjadi terkenal bukanlah satu kemewahan," kata Wally. Syarikat muffin yang dihasilkan kerana beliau telah kehilangan hak milik Famous Amous, yang masih menggunakan namanya secara meluas pada produknya.

Wally turut berkata biskut dihasilkan menggunakan tangan jauh lebih sedap berbanding buatan mesin. Selain itu, baginya resipinya mengandungi banyak coklat, mentega asli dan ekstrak vanila tulen.

Biskut yang beliau hasilkan lebih sedap daripada lainPhoto from Jaja Bakes

"Saya Menghasilkan Biskut Untuk Cari Rezeki Dan Gembira Melakukannya" Ujar Wally

Beliau gembira menghasilkan biskut di bawah namanyaPhoto from Facts.net

Menurut Wally, beliau tidak memulakan perniagaan kerana untuk mendapatkan lebih banyak duit. Katanya, "Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang saya suka, dengan cara yang saya inginkan sambil berseronok melakukannya.

Walaupun saya mula membuat biskut hanya untuk mencari rezeki. Tapi saya gembira dengan apa yang saya lakukan," ujar beliau.

Babak cameo yang melihat Wally sendiri muncul di rancangan The OfficePhoto from Frank Abraham

Tambahan pula, Wally juga terkenal dalam budaya pop Amerika Syarikat. Beliau telah melakukan banyak penampilan cameo dalam rancangan, The Office yang disambut meriah oleh pelakonnya.

Beliau turut muncul dalam rancangan "The Jeffersons" dan "Taxi". Legasi, resipinya, nama dan biskut beliau akan kekal diteruskan walaupun pemiliknya sudah pun berlalu pergi.

Paling penting biskut ciptaanya beliau memberi untuk menikmati rasanyaPhoto from Lazada

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok