download Jom Explore app
4 Negara Ini Hanya Hantar Seorang Atlet Sahaja

4 Negara Ini Hanya Hantar Seorang Atlet Sahaja

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 02 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Debaran adrenalin kian terasa menyaksikan atlet negara berusaha meraih emas sejak beberapa hari lalu di Olimpik Paris 2024.

Untuk edisi yang ke-33 kali ini menyaksikan sebanyak 184 buah negara menghantar wakil menjadikan jumlah atlet seramai 10,500 orang. Daripada jumlah itu, negara kita telah menghantar seramai 26 wakil untuk bertanding dalam pelbagai acara.

Acara apa paling anda suka tengok?Photo from NBC Universal

Menariknya jumlah ini sama dengan negara Peru. Seterusnya negara yang menghantar atlet paling ramai ialah Amerika Syarikat (594 orang), Perancis (572 orang) dan Australia (460 orang).

Negara Amerika Syarikat yang membawa atlet paling ramai untuk acara tahun iniPhoto from Reuters

Jika dibandingkan dengan negara kita memang besar perbezaannya. Namun tahukah anda terdapat beberapa negara yang hanya hantar seorang atlet sahaja untuk mewakili negara mereka.

Negara kita berjaya hantar 26 atlet, itu pun sudah banyak jika dibandingkan dengan 4 negara iniPhoto from IG | Jomexploremy

Siapakah mereka?

Winzar Kakiouea (Nauru)

Mewakili negara Nauru, Winzar Kakiouea akan bertanding dalam acara pecut 100mPhoto from IG | qsacbrisbane

Memetik laporan dari CBS News, ada empat buah negara yang hantar seorang wakil ke Olimpik Paris 2024. Negara pertama ialah Nauru dengan atlet yang bernama Winzar Kakiouea dalam acara pecut 100 meter lelaki.

Jika ini kali pertama anda dengar nama negara ini jangan risau, anda bukan seorang. Nauru merupakan antara negara paling kurang dilawati oleh pelancong kerana ia adalah negara ketiga terkecil dunia mengikut keluasan kawasan darat.

Nauru merupakan negara ketiga paling kecil dalam duniaPhoto from Travel Destination

Dengan keluasan hanya 21 kilometer persegi negara pulau ini terletak di Pasifik Tengah. Penemuan fosfat di Nauru menjadikan ia negara terkaya per kapita satu ketika dulu.

Akibat bergantung pada sumber phosphate sahaja, ekonomi Nauru merosot setelah sumber habis diterokaiPhoto from Getty Images

Walau bagaimanapun akibat bergantung pada satu sumber sahaja, dengan cepat Nauru mengalami kemerosotan ekonomi.

Shaun Gill (Belize)

Shaun Gill juga akan bertanding dalam acara pecut mewakili BelizePhoto from Daily Online News

Belize ialah sebuah negara kecil di Amerika Tengah berkongsi sempadan dengan El Savador, Guatemala, Mexico. Ia terkenal dengan kawasan pergunungan, terumbu karang kedua terbesar dia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Memegang bendera negara dengan penuh bersemangat!Photo from Breaking Belize News

Namun negara ini hanya hantar seorang atlet sahaja yang bernama Shaun Gill untuk acara pecut 100 meter lelaki. Shaun ditemani Chief of Mission, Giovanni Alamilla dan Presiden Persatuan Atlet Belize.

Ali Idow Hassan (Somalia)

Ini penampilan kedua bagi Ali setelah bertanding di Olimpik TokyoPhoto from Hiraan Online

Ali Idow Hassan sudah terpilih untuk kali kedua mewakili negaranya di Olimpik Paris 2024 dalam acara larian 800 meter. Mewakili Somalia, negara yang terletak di Afrika mempunyai garis pantai terpanjang untuk benua itu.

Ali mencatatkan prestasi terbaik peribadi dalam acara 1500m di Tokyo. Dia berjaya menduduki tempat kesepuluh dalam saringan dalam masa 3.43:96. Selain itu, dia juga bertanding dalam acara 800m pada Kejohanan Afrika 2022.

Romano Püntener (Liechtensein)

Walaupun telah melalui pembedahan tidak melemahkan semangat untuk bertanding mewakili negaraPhoto from Radsport

Baru berusia 20 tahun dan mewakili negaranya dalam acara berbasikal bukit. Walaupun dia berjaya mendapat kedudukan ke-28, atlet ini pernah melalui pembedahan di bahu kanan tidak mematahkan semangat untuk bertanding.

Menurut Romano dia merasakan tahun ini ialah prestasi terbaik Photo from Bluewin

Katanya, "Ini merupakan perlumbaan terbaik saya. Saya bangga dengan diri saya,"

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok