Betul Tak, “Nak Makan Mana?” Ialah Soalan Paling Susah!
Min nak tanya apakah soalan paling susah anda perlu jawab setiap hari dalam kehidupan anda? Adakah soalan ujian akhir di Universiti atau "Nak makan kat mana harini?"
Anda setuju atau tidak dengan min bahawa soalan itu ialah paling susah dalam hidup seharian kita. Perkara ini lebih jelas jika anda seorang wanita sering menghadapi maslaah dengan perkara ini.
Photo from FB | upin & ipin
Tidak kisah keluar dengan keluarga, rakan atau pasangan. Memang boleh menjadi satu masalah besar terutama bila perut dah mula berbunyi kan?
Tetapi anda tahu tak masalah ini berkait rapat dengan psikologi manusia tau. Tak percaya? Aiman, seorang pakar psikologi klinikal menjelaskan perkara ini dikenali sebagai "The Paradox of Choice" (POC).
Photo from X
Apa Kena Mengena Nak Makan Dengan POC?
Photo from Ohbulan
Menurut Aiman dalam perkongsian di platform X, POC merujuk kepada situasi di mana terlalu banyak pilihan menyebabkan kesukaran untuk kita melakukan satu keputusan.
"Tetapi lebih banyak pilihan, lagi bagus lah kan?" kata anda. Betul secara logiknya lebih banyak, lebih seronok kita nak buat pilihan mengikut apa yang kita suka tetapi realitinya tidak.
Photo from Malay Mail
Aiman memberi contoh, "Dulu kita nak tengok TV cuma ada beberapa saluran seperti TV1, Tv2, Tv3, 8TV dan Channel 9. Hidup pun rasa lebih ringkas dan mudah.
Sekarang ada beratus-ratus saluran seperti HyppTV, iFlix, Astro dan sebagainya. Akhirnya kita tetap pilih saluran yang sama, inilah yang dinamakan POC,"
Dalam POC, Ada 3 Konsep Berkait Dengan "Nak Makan Mana?"
Photo from Tenor
Aiman turut menjelaskan bahawa Barry Schwartz telah menggariskan 3 konsep mudah untuk memahami istilah POC.
Konsep Pertama, Kelumpuhan Minda Untuk Buat Pilihan
Photo from KL foodie
"Dalam satu eksperimen di pusat beli-belah, terdapat satu gerai menjual 24 jenis jelly. Pelanggan bebas mencuba dan memilih,
Keesokan harinya, gerai sama menjual hanya 6 perisa jelly. Hasilnya, jualan meningkat 10 kali ganda. Inilah berlakunya inner mind paralysis (kelumpuhan minda) disebabkan terlalu banyak pilihan (24 perisa).
Photo from FB | llaollao Philippines
Pelanggan tidak dapat pilih yang terbaik dan akhirnya memutuskan untuk tidak membeli. Mereka lebih mudah jika pilihan terhad," jelas Aiman.
Berbalik kepada soal makan, bila ditanya minda kita akan bayangkan pelbagai kedai yang ada sehingga berlakunya kelumpuhan minda. Bila tak dapat buat keputusan, kita akan pergi ke kedai yang sama, perasan tak?
Bila Terlalu Banyak Makanan, Ia Melemahkan Keputusan Kita
Photo from mStar
Untuk konsep kedua Aiman berkata, "bila ditanya ciri pasangan yang kita inginkan. Ramai memberi kriteria seperti tinggi, lawa, comel, baik dan banyak lagi. Namun bila kita bertemu seorang yang kita suka.
Walaupun dia memenuhi 3 daripada 10 kriteria yang kita cari. Akhirnya kita tetap memilihnya. Ini kerana kita akan kembali kepad 2-3 kriteria asas dan dominan yang kita inginkan.
Photo from Utusan Malaysia
Selebihnya kita maafkan sahaja," tambah Aiman.
"Bila tanya nak makan mana, kita ada beberapa kriteria kita suka seperti sedap, layanan mesra, cepat siap, murah dan sebagainya. Ini kerana ingin memuaskan kriteria yang sangat spesifik.
Photo from Paku & Pontianak
Dalam kepala pula terbayang 4-5 makanan. Akhirnya kita tetapi pergi yang sama," jelas Aiman.
Takut Tersalah Pilih Menimbulkan Rasa Tidak Puas Hati
Photo from Restaurant Dominic
Manusia secara naluri taknak rasa rugi dan perkara ini sangat jelas apabila sedang memilih. Contohnya, "Kita pergi ke Kedai A, tapi makanan dekat kedai B ada yang lebih sedap dari A"
"Kita makan kat sini sebab layanan mesra. Tapi kedai lain lebih murah sedikit walaupun makan beramai-ramai," tambah Aiman.
Photo from Utusan
Justeru itu kita memang susah nak jumpa kedai yang sempura memenuhi setiap keinginan kita. Aiman turut berkata, "kalau dah jumpa kedai (almost perfect) biasanya kita akan jadi pelanggan tetap.
Siap beritahu orang lain walaupun tidak dibayar,"
Photo from Harian Metro
Apa Solusi Boleh Dilakukan Untuk Jawab Masalah Ini?
Photo from SirapLimau
Aiman turut mencadangkan beberapa solusi untuk masalah sering dihadapi. Ia mungkin berguna terutama para lelaki yang sukar untuk jawab soalan pasangan, "nak makan apa harini?"
Photo from Kereta Sewa Airport Penang
Menurutnya seperti berikut:
- Senaraikan 3 kriteria utama seperti, murah, sedap dan senang
- Pilih kedai yang menepati kriteria tersebut
- Kena faham bahawa tiada pilihan sempurna. Terima seadanya dan bersyukur dengan apa yang ada.
Photo from Timeout
Aiman turut menambah, tidak perlu serabut dan amalkan konsep less is more.