download Jom Explore app
Patut Ke Tidak Buka Tingkap Semasa Musim Panas?

Patut Ke Tidak Buka Tingkap Semasa Musim Panas?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 30 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Musim panas kemarau berpanjangan sedang melanda negara. Bahangnya dapat terasa terutama pada waktu tengah hari apabila matahari berada di waktu puncaknya.

Maka mestilah kita ingin membuka tingkap untuk beri angin luar masuk ke dalam rumah kan? Tujuannya supaya rumah terasa sejuk dan kurang bahang.

Bersiap sedia ingat minum air lebih dan elak berada di bawah matahari masa musim panas niPhoto from mStar

Walaupun perkara itu dapat berikan udara segar. Ia juga boleh membawa kepada peningkatan tahap kelembapan dan pencemaran menjadi ancaman pada kesihatan kita.

Jadi sebenarnya patut ke tidak kita buka tingkap semasa musim panas ini? Ini nasihat dari pakar.

Bila panas buka tingkap? Tapi pakar kata salah cemana ni..Photo from Harian Metro

Lihat Persekitaran Anda Terlebih Dahulu

Bagaimana persekitaran rumah anda? Nilai daripada situ dahuluPhoto from Vocket

Membuka atau biarkan tingkap tertutup pada musim panas bergantung pada pelbagai faktor. Antaranya seperti iklim, suhu, tahap kelembapan dan pilihan peribadi.

Memadangkan Malaysia negara yang beriklim panas dan lembap. Ia dinasihatkan lebih baik untuk kita biarkan sahaja tingkap ditutup dan bergantung pada kipas atau penghawa dingin untuk mengekalkan persekitaran dalaman yang selesa.

Jika cuaca luar panas dan lembap, tak berguna pun anda biarkan tingkap terbukaPhoto from Harian Metro

Membuka tingkap di kawasan panas dan lembap akan meningkatkan kelembapan dan menjadikan rumah kita lebih panas.

Jangan Lupa Untuk Periksa Suhu

Periksa suhu dalam rumah dapat membantu anda melawan panas lebih senangPhoto from Lifestyle Asia

Antara cara terbaik untuk mengawal rasa bahang dalam rumah ialah melihat suhu dalaman rumah anda. Contohnya, pada waktu tengah hari biarkan tingkap tertutup berbanding waktu malam yang suhu lebih sejuk di luar.

Ini dapat menghalang haba tambahan daripada masuk ke dalam rumah anda. Bila matahari terbenam dan sebelum naik ia masa paling sesuai untuk membuka tingkap untuk dapatkan udara segar dan sejuk.

Bila matahari tengah puncak macam ni, tidak sesuai untuk buka tingkapPhoto from Berita Harian

Menurut Andrew Mayer, pengasas Swell Energy berkata "Beli termometer digital untuk periksa suhu dalam rumah. Jika cuaca luar lebih panas, tutup tingkap untuk perangkap udara sejuk.

Sebaliknya bila bahagian dalam yang panas, buka tingkap untuk angin sejuk masuk,"

Tahap Kelembapan Pun Jadi Punca Panas

Umum ketahui cuaca negara yang lembap menyebabkan kita rasa bahang ituPhoto from Save on Energy

Bila terasa bahang naluri kita untuk buka tingkap memang tinggi tapi memadangkan persekitaran yang sangat lembap, ini hanya menggalakkan pertumbuhan kulat.

Menurut Corinne Segura, perunding Green Buildings Material berkata, "Tahap kelembapan tidak boleh melebihi 50%-60%. Ini akan menyumbang kepada pertumbuhan kulat yang tidak kelihatan.

Gambaran terbaik mengapa kita perlu kawal tahap kelembapan Photo from NOAA SciJInks

Menjadi punca kepada alahan dan masalah pernafasan. Untuk kurangkan tahap lembap, boleh pertimbangkan dehumidifier yang tugasnya untuk mengubah suai kelembapan dalam ruang rumah.

Bila kurang rasa lembap, maka makin cepat peluh kita kering dan kurang sikit rasa bahang.

Dehumidifier dapat bantu kurangkan tahap kelembapan sekaligus mengurangkan suhu rumah Photo from Sky Heating & Air Conditioning

Pentingnya Ada Kipas Dan Penghawa Dingin

Penghawa dingin memang penting untuk mengawal suhu panas dalam rumahPhoto from K&S heating and air conditioning repair

Umum mengetahui untuk rasa sejuk memang wajib guna penghawa dingin dan kipas. Ia boleh dikatakan cara terbaik untuk kurangkan suhu di rumah kita berbanding kaedah lain.

Tetapi untuk memanfaatkan sepenuhnya peralatan ini, jangan lupa untuk tutup tingkap semasa ia berjalan. Tiada gunanya bila kita guna penghawa dingin, kipas dan sebagainya jika tingkap terbuka.

Manakala kipas pula membantu untuk mengalirkan udaraPhoto from The Spruce

Kipas sangat membantu terutama pada waktu pagi dan maghrib (bila matahari terbenam). Bila digabungkan dengan waktu terbaik untuk buka tingkap, anda boleh nikmati udara sejuk melalui dalam rumah.

Pasang Bidai Dan Langsir Sangat Membantu

Tingkap anda takda bidai? Cuba pasang sangat membantuPhoto from Family Handyman

Selain daripada mengharapkan kipas dan penghawa dingin yang akan meningkatkan bil elektrik. Apa kata anda pasang bidai dan langsir di tingkap rumah.

Menurut NHS mereka mengesyorkan agar bilik yang menghadap matahari ditutup dengan tirai, terutama antara jam 11 pagi hingga 4 petang. Selain itu, langsir, dan filem tingkap juga sangat membantu untuk pantul semula haba matahari.

Selain bidai, langsir blackout dapat kurangkan sinaran matahari masuk ke dalam rumahPhoto from Ikea

Langsir blackout bukan sahaja dapat melindung malah mengurangkan lagi haba. Mereka menyediakan perlindungan tambahan dan mengelakkan haba keluar dari bilik pada waktu malam.

Tambahan pula, sinaran matahari yang panas tidak dapat masuk ke dalam bilik. Sekaligus mengurangkan rasa panas dalam rumah anda.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok