Ingat Ais Krim Ubat Batuk Pelik? Ini 5 Perisa Lagi Pelik!
Menjadi pencuci mulut kegemaran majoriti tidak kisah tua atau muda. Ais krim memang sukar untuk menimbulkan kontroversi berbanding makanan dan minuman yang lain.
Namun sebuah jenama tempatan telah tular kerana menghasilkan produk dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (lebih dikenali sebagai Cap Ibu dan Anak).
Photo from Inside Scoop
Kombinasi yang sangat pelik telah viral dengan cepat membuatkan ramai berminat untuk mencubanya. Tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pantas menghentikan penjualannya.
Kata mereka, "Di bawah Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan,"
Photo from Inside Scoop
Sehubungan dengan isu ini, min nak senaraikan 5 perisa ais krim yang pelik di seluruh Asia.
Ais Krim Kicap - Thailand
Photo from BK Magazine
Kicap memang sedap makan bersama nasi, dijadikan sambal atau sebagai bahan masakan. Maka jenama Thai ini ingin menunjukkan fleksibiliti produk mereka yang sentiasa dijual di kedai runcit.
Dengan bantuan Deksomboon di Bangkok, mereka menawarkan ais krim kicap. Dihidangkan bersama kicap pekat untuk memberi rasa lebih mendalam dan berbeza daripada perisa yang biasa dinikmati.
Photo from The Smart Tourist
Jika anda berminat nak cuba (kenapa??) singgah ke Licky Chan, KL untuk merasai perisa fior di latte.
Perisa Nori Coklat Putih - Singapura
Photo from MiddleClass.SG
Antara jenama ais krim disayang oleh warga Singapura, Tom's Palette. Mereka tidak asing dengan menghasilkan gabungan rasa unik dan menarik perhatian juga. Di sini ada beberapa barisan perisa edisi terhad dikeluarkan secara konsisten.
Photo from Lemon8
Sebelum ini, mereka pernah mengeluarkan perisa miso putih dan cili dan nasi lemak. Tetapi yang paling baru ialah nori coklat putih dan Parmigiano Reggiano.
Nori ialah rumpai laut manakala, Parmiagiano Reggiano ialah keju mewah dan bagaimana dengan rasanya? Haa.. mungkin anda kena pergi rasa sendiri.
Photo from Small Potatoes
Gelato Sos Ikan - Vietnam
Photo from Tasting Table
Asalnya dihasilkan sempena April Fool 2017, Ralf's Artisan Gelato di Ho Chi Minh City, Vietnam menjual perisa ini sehingga tahun 2020. Untuk tambahan konteks, sos ikan sangat penting dalam masakan Vietnam.
Menurut pelanggan yang telah mencuba, rasanya seperti sos ikan tulen. Tidak kedekut dari segi rasa kerana ia sangat masin! Namun majoriti yang mencubanya mengatakan ia adalah perisa yang sedap.
Photo from Japanese Pantry
Selain itu kedai ini turut menghasilkan perisa pho (seperti mee tarik) tetapi sudah lama berhenti menghasilkan perisa unik. Kini fokus mereka ialah menghasilkan perisa tradisional yang kita selalu makan.
Ais Krim Berwarna Hitam Dari Dakwat Sotong - Jepun
Photo from Reddit
Jepun cukup sinonim dengan pelbagai makanan pelik pernah dicipta oleh mereka. Walaupun dilihat sebagai sebuah negara moden kelas pertama, ini tidak menghalang mereka untuk jadi kreatif.
Makanan berasaskan dakwat sotong sudah biasa dilihat di restoran mewah. Tetapi bila anda cipta perisa ais krim menggunakan bahan ini, ia bukan sahaja mendapat sambutan di media sosial beberapa tahun lalu.
Photo from Tatler Asia
Ia juga telah mempopularkan makanan laut di Jepun. Hasil ciptaan Mario Doll Hokkaido, mereka masih menjual perisa hitam ini untuk memuaskan sambutan dari pelanggan.
Acar Ubi Bit - Malaysia
Photo from Malaysian Flavours
Kalau anda teringin nak cuba ais krim dengan pelbagai perisa unik, menarik, kreatif dan sedikit pelik. Licky Chan ialah destinasi utama anda dengan pilihan seperti young buck, fior di latte, midnight in kyoto dan monkey business.
Photo from The Yum List
Di sini bukan untuk mereka yang suka perisa vanila yang membosankan. Licky Chan menampikan perisa menu yang menyegarkan untuk memberikan pengalaman baru makan ais krim.
Maka tercetus idea untuk menghasilkan pencuci mulut menggunakan acar ubi bit. Kombinasi lada merah jambu, yogur dan sayur akar ubi bit, anda pasti menyesal tidak dapat cuba perisa ubat batuk tersebut.
Photo from Tatler
Mungkin korang suka: