download Jom Explore app
Detik Bersejarah Dalam Badminton Malaysia Sukar Dilupai

Detik Bersejarah Dalam Badminton Malaysia Sukar Dilupai

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 16 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Dikatakan dicipta sekitar tahun 1873 di Gloucestershire, England. Badminton merupakan antara sukan paling popular dalam negara kita sehingga berjaya melahirkan atlet yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Badminton Association Malaysia (BAM) telah ditubuhkan pada tahun 1934. Hari ini, BAM diiktiraf oleh Badminton World Federation (BWF) bersama Badminton Asia (BA) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sukan badminton yang dicipta di England sangat popular di negara kitaPhoto from The Star

Sehubungan dengan itu, jom imbas kembali semula beberapa peristiwa penting yang telah mengharumkan nama negara kita.

Sejarah Permulaan Dengan Kejayaan Pada Peringkat Awal

Wong Peng Soon telah melahirkan ramai generasi pemain badminton di negara kitaPhoto from Singapore Book of Records

Sejak persatuan ini ditubuhkan. Populariti sukan ini meningkat dengan cepat dalam negara, Malaysia pada waktu itu telah mula mengukuhkan diri sebagai kuasa yang menggerunkan dalam pertandingan antarabangsa.

Salah satu kejayaan terawal datang pada 1949, Wong Peng Soon berjaya menang Kejohanan Terbuka Seluruh England. Ia merupakan salah satu gelaran paling prestij dan berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan ini.

Ia juga telah memberi inspirasi kepada pelapis generasi pemain seterusnya.

Kegemilangan Piala Thomas

Piala Thomas yang pernah dijuarai oleh negara kita beberapa kaliPhoto from New Straits Times

Piala Thomas sering disebut sebagai Kejohanan Berpasukan Lelaki Dunia. Ia merupakan antara kejohanan penting dalam sukan ini dan negara kita berjaya menang Piala Thomas sebanyak 5 kali bermula pada tahun 1949.

Kemudian turut menang pada tahun 1952, 1955 mengukuhkan kedudukan negara dalam Badminton. Namun, kemenangan Piala Thomas 1992 kekal sebagai salah satu pencapaian paling terkenal oleh negara kita.

Barisan pemain di Piala Thomas pada tahun 1992 memegang piala kemenanganPhoto from News Straits Times

Dipimpin oleh adik beradik Sidek yang terkenal iaitu Jalani, Razif, Rashid dan Rahman bersama Foo Kok Keong dan Cheah Soon Kit. Malaysia mengalahkan Indonesia untuk merebut gelaran yang diidamkan.

Kemenangan yang cukup manis kerana telah berjaya menamatkan kemarau selama 25 tahun sejak kemenangan terakhir pada 1967.

Sebuah kemenangan yang sehingga ke hari ini masih diingati ramaiPhoto from News Straits Times

Adik Beradik Sidek: Ikon Badminton Malaysia

Adik beradik Sidek sangat popular sehingga mempunyai siri kartun yang diminati oleh budak kecilPhoto from Export Oversea Academy

Hampir seluruh warga Malaysia cukup kenal dengan adik-beradik Sidek. Bapa mereka, Sidek Abdullah Kamar telah berjaya melatih dan memupuk bakat mereka sejak kecil. Impak adik-beradik terhadap sukan ini sangat mendalam.

Melalui gaya permainan mereka yang inovatif, mereka berjaya mencapai kejayaan. Tambahan pula, Jalani dan Razif Sidek terkenal dengan skill bermain dalam acara beregu!

Adik beradik Sidek cukup terkenal dengan kemahiran yang dilatih sejak kecilPhoto from Berita Harian

Terlalu banyak kemenangan yang berjaya dirangkul oleh adik-beradik ini. Antaranya seperti Terbuka Seluruh England yang berprestij pada 1982 dan telah memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk mula memilih raket dan berusaha mencapai kecemerlangan.

Mereka juga mempunyai gerakan dipanggil 'Sidek Serve' yang diharamkan dalam perlawananPhoto from Berita Harian

Kemunculan Lee Chong Wei, Hero Negara

Datuk Lee Chong Wei merupakan antara pemain paling hebat pernah bertanding di pentas duniaPhoto from Olympic-Games-2024

Lee Chong Wei boleh dikatakan pemain badminton paling ikonik dalam negara kita. Kerjayanya ditandai dengan pelbagai pujian dan mengejar kecemerlangan tanpa henti.

Bermula pada awal tahun 2000-an, dia menjadi terkenal dengan kemahirannya yang luar biasa serta sifat azam yang tidak kenal erti putus asa. Antara pencapaian Lee Chong Wei ialah seperti berikut:

  • Juara All England Open (2010, 2012, 2014, 2017)
  • 3 Pingat Perak di Olimpik (2008, 2012, 2016)

Beliau telah berjaya menang 3 pingat perak di sukan Olimpik Photo from Discover KL

Tambahan pula, tidak boleh dilupakan beliau turut berhadapan dengan pemain antarabangsa. Pemain seperti Lin Dan dan Chen Long menjadi persaing sengit dalam karier beliau ketika mempamerkan kecemerlangannya di gelanggang.

Pelapis Generasi Seterusnya Menempa Nama Antarabangsa

Generasi pemain seterusnya seperti Aaron dan Soh Wooi juga berjaya harumkan nama negaraPhoto from Lifestyle Asia

Selepas Lee Chong Wei bersara daripada sukan badminton, beberapa pemain 'generasi baru' muncul bagi mengharumkan nama negara. Antara yang sering disebut, pasangan beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Kemenangan mereka pada Kejohanan Dunia BWF 2022 di Tokyo berjaya membawa balik emas pertama dalam kategori beregu lelaki. Mereka menewaskan beregu dari Indonesia Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.

Selain itu pasangan ini turut menjuarai pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2019, menandakan masa depan cerah untuk badminton Malaysia.

Juara emas ketika bertanding di Tokyo 2022Photo from Yonex

Masa Hadapan Sukan Badminton Dalam Negara

Populariti badminton tidak akan pudar dalam negara seperti bola sepakPhoto from theSun

Kejayaan yang berjaya dicapai oleh setiap pemain badminton negara ialah sesuatu yang patut kita bangga. Bukan senang untuk kita melahirkan pemain yang sungguh berbakat serta mampu bersaing di antarabangsa.

Daripada perintis awal seperti Wong Peng Soon sehingga bintang moden seperti Lee Chong Wei. Hari ini, generasi baru seperti Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Lee Zii Jia serta ramai lagi mempunyai peluang untuk membawa nama negara ke fasa baru.

Warisan sukan ini pasti akan memberi inspirasi kepada generai seterusnya bakal melahirkan lebih ramai pemain cemerlang. Tambahan pula, mungkin tahun ini kita berpeluang untuk berjaya bawa balik emas Sukan Olimpik ke negara kita.

Gerakan 'smash' yang cukup sinonim dalam sukan badmintonPhoto from News Straits Times

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok