Berusia 100 Tahun, Rumah Kayu Ini Masih Teguh!
Dibina seawal tahun 1910, Rumah Penghulu Abu Seman kekal sebagai sebuah rumah Melayu tradisional paling tua dalam negara kita. Ia merupakan cerminan warisan sejarah dan budaya yang semakin lama dilupakan.
Menurut sumber, ia dibina secara berperingkat antara tahun 1910 sehingga 1930-an. Pemilik asal merupakan ketua kampung di Kedah, Badan Warisan Malaysia (BWM) menyedari nilai kepentingan rumah ini.
Photo from Youtube | Projek Solo
Mengambil keputusan untuk pindahkan ke Kuala Lumpur untuk melakukan projek pemulihan serta pemuliharaan. Bukan senang untuk kita lihat sebuah seni bina kayu tradisional Melayu terletak di tengah bandar masa kini.
Sejarah Rumah Penghulu Abu Seman
Photo from Badan Warisan Malaysia
Mukim Bagan Semak didakwa merupakan nama pemilik asal kediaman ini terletak di kampung Sungai Kechil, Bandar Baharu, Kedah.
Menurut Pustakawan, Ida Laila berkata, "rumah ini dibina sekitar 1910 melalui beberapa fasa sebelum dibeli oleh Penghulu Abu Seman pada 1924. Rumah ini turut diubah suai dan diperbesarkan.
Photo from Jack Denham
Dengan menambah bahagian di ruang tengah, beranda dan balai pada 1930. Pengubahsuaian itu sesuai dengan fungsinya untuk menyambut tetamu yang datang untuk bertemu," katanya.
Ida turut menambah, "Selepas Penghulu Abu Seman meninggal dunia. Rumah ini dimiliki oleh anaknya pula bernama Ibrahim, sayangnya selepas pemergian Ibrahim pula rumah ini berada dalam keadaan terbiar dan tidak terurus," tambah Ida
Photo from estung
Perjalanan 400 KM Dari Kedah Ke Kuala Lumpur
Photo from Badan Warisan Malaysia
BWM bertanggungjawab dalam proses pemulihan semula kediaman ini. Oleh itu Rumah Abu Seman dibawa berpindah ke Kuala Lumpur melalui jarak sejauh 400 kilometer (km) dari tapak asalnya.
Sebelum ini ia berada dalam keadaan sunyi dengan bunyi cengkerik dan unggas hutan memenuhi ruang tamunya. Kini, ia berada di tengah pusat bandar dalam segi tiga emas pusat bandaraya menjadi sebuah tarikan.
Motif Tradisional Memberikan Ketenangan Tiada Bandingan
Photo from Raja Badri
Dikelilingi oleh arus pemodenan, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam badan kediaman ini. Rasa ketenangan dapat dirasi dalam diri seperti anda kembali semula ke zaman kegemilangannya.
Walaupun sudah lanjut usianya, anda dapat lihat setiap peralatan, perkakas berada dalam kediaman. Memberikan pengalaman yang susah untuk jumpa semula pada zaman sekarang.
Photo from Raja Badri
Selain itu, motif tradisional berada di setiap sudut bukan sahaja hiasan. Ia berfungsi sebagai pengaliran udara untuk menyejukkan rumah secara semula jadi. Pencemaran bunyi dari luar tidak kedengaran setelah berada di dalam.
Penggunaan kayu berkualiti seperti cengal, meranti dan balau menjadi faktor mengapa struktur bangunan masih kukuh. BWM juga menyapu minyak enjin supaya kayu tidak dimakan oleh serangga.
Photo from Viator
Nikmati Kecantikan Seni Bina Tradisional Melayu
Photo from Badan Warisan Malaysia
Kalau tanya generasi sekarang, ramai antara mereka tidak pernah melihat warisan seni budaya Melayu tradisional. Lebih menyedihkan ada yang tidak pernah tidur dalam rumah kampung kayu.
Perkara sebegitu semakin dilupakan taktala Malaysia memasuki arus pemodenan. Disebabkan itu, jika anda ingin melihat bagaimana rupa sebenar seni bina tradisional Melayu, singgah ke kediaman ini.
Photo from Santosh Kumar
Antara tarikan yang ada di sini ialah seperti berikut:
- Terdapat sesi lawatan berpandu selama 30 minit melihat Rumah Penghulu Abu Seman
- Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari 11 pagi sehingga 3 petang
- Bayaran RM10 (seorang) dikenakan
- Sekitar kawasan mempunyai 50 jenis spesies tanaman yang berkait dengan sejarah budaya Melayu
- Bahagian yang boleh anda lihat dalam kediaman ini ialah Rumah Ibu, kediaman tengah, bilik tidur, selang, beranda, balai, dapur, bilik mandi dan loteng
Tambahan pula, Rumah Penghulu Abu Seman tidak terletak jauh daripada tumpuan pelancong seperti Pavillion Bukit Bintang. Anda juga tidak perlu memandu kereta kerana terdapat stesen MRT Conlay yang tidak jauh dari lokasi.
Photo from MRT Corp
📍 Badan Warisan Malaysia, 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Isnin - Sabtu (Ahad tutup) (11 am - 3 pm)
Mungkin korang suka: