Batu Caves Berada Tempat Ke-10 Lokasi Mencabar Fizikal!
Batu Caves ialah antara mercu tanda yang paling dikenali dalam negara kita. 272 anak tangga yang dihiasi dengan pelbagai warna sentiasa berjaya menarik perhatian seluruh dunia dengan kecantikannya.
Namun korang tahu tak ia memperoleh tempat ke 10 sebagai antara mercu tanda paling mencabar secara fizikal dalam dunia? Perkara ini baru sahaja diumumkan dalam satu laporan oleh The Independent.
Photo from Headout
Manakala kajian dilakukan oleh PureGym menyusun senarai mercu tanda menggunakan beberapa faktor. Antaranya seperti bilangan langkah diperlukan untuk mendaki, suhu purata kawasan, jumlah perubahan ketinggian semasa mendaki untuk dapatkan keputusan.
Mendaki 272 Anak Tangga Untuk Sampai Ke Puncak
Photo from Malaysia
Selain daripada anak tangga berwarna yang menarik perhatian. Terdapat sebuah patung gergasi Murugan yang dicat emas diperbuat daripada konkrit bertetulang dengan ketinggian 42.7 meter.
Berbalik kepada kajian dilakukan oleh PureGym, mereka telah senaraikan 25 mercu tanda yang mencabar. Batu Caves pula berjaya dapat tempat ke-10 di dunia dengan skor fizikal 40 daripada 100.
Tambahan pula, Batu Caves juga mendapat markah 100 dari segi perubahan ketinggian bersama suhu purata 32.4 Celsius.
Photo from ReserveDaily
Kata mereka, "tiga faktor ini digunakan untuk dapatkan keputusan skor indeks akhir daripada 100. Ia untuk mendedahkan sekaligus mercu tanda yang paling mencabar dalam dunia dari segi fizikal.
Selain itu, masih dapat memberikan pengalaman budaya yang sukar untuk dilupakan. Semakin tinggi skor, semakin banyak kudrat usaha fizikal yang diperlukan oleh tubuh badan kita," jelas kenyataan oleh PureGym dalam kajian mereka.
Photo from Walk Over The World
Siapa Yang Berjaya Raih Tempat No 1?
Photo from Visit Norway
Sehubungan dengan itu, Florli Stairs Norway berjaya meraih tempat pertama sebagai mercu tanda paling fizikal. Perkara yang paling menakjubkan tentang lokasi ini adalah ia mempunyai 4,444 anak tangga untuk daki.
Terdapat perbezaan sebanyak 4,172 anak tangga berbanding Batu Caves. Ia menjadi tarikan pelancong dan mendapat skor sebanyak 76! Seterusnya lokasi ini juga menjadi tapak tangga kayu terpanjang di dunia.
Jumlah pendakian ialah 740 m dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk sampai ke puncaknya! Jangan risau, hadiah korang adalah pemandangan Lysefjord yang menakjubkan.
Photo from Visit Norway
Menurut seorang pelancong yang telah mendaki lokasi ini bernama, Karen menceritakan pengalamanya. Menurutnya "Anda perlu berada dalam bentuk fizikal sangat baik serta mempunyai peralatan yang sesuai serta makanan dan air mencukupi.
Kami menghabiskan dua jam menaiki tangga dan agak memenatkan. Anak tangga agak curam di beberapa tempat dan bukan tempat untuk pergi jika anda seorang yang gayat. Ambil perhatian, lokasi ini hanya boleh naik dan perlu turun semula menggunakan laluan lain," kata Karen.
Ada Pelancong Suka Mencabar Diri Ketika Bercuti
Photo from IG | colorado_travel
Menurut ketua pegawai pemasaran di PureGym, Stephen Rowe berkata "Majoriti pelancong bila bercuti akan pilih R&R seperti pantai, tepi kolam seperti mana disuruh oleh doktor mereka.
Tetapi ada pelancong suka mencabar diri mencabar sesuatu yang baru. Mereka ingin keluar dari zon selesa dan ingin cuba mendaki sesuatu. Terdapat banyak mercu tanda pelancongan yang mengagumkan di seluruh dunia.
Dan kami sangat bertuah dapat melawati. Hadiah kami pula ialah pemandangan yang menakjubkkan selepas proses mendaki yang sukar!" katanya. Di samping itu, tempat kedua jatuh kepada Manitou Incline, Amerika Syarikat (63).
Photo from Heritage Daily
Istana Poenari, Romania (58) mendapat tempat ke-3 yang merupakan tapak vampire sudah berabad lamanya. Diberikan gelaran 'Dracula's Castle' dengan 1,480 anak tangga untuk pelancong daki ketika melawat Pergunungan Carpathian.
Seterusnya, Konpira-san Shrine, Jepun (50) mendapat tempat ke-4 dan Arthur's Seat, Scotland (48) berada di tempat ke-5. Diikuti Sigiriya, Sri Lanka (46), Parl Guell, Sepanyol, (43), Petra Monastery, Jordan (41), Castle of the Moors, Portugal (41) dan Batu Caves, Malaysia (40).
Justeru itu, kalau ingin cuba mencabar diri. Apa kata korang cuba singgah ke beberapa mercu tanda ini? Boleh mula di Batu Caves dahulu.
Photo from TravelAwaits
Mungkin korang suka: