Kerajaan Bali Naikkan Cukai Pelancongan 5X Ganda?!
Tak lama lagi pelancong yang berhasrat untuk bercuti ke Bali perlu membayar cukai pelancongan negara dengan angka sangat tinggi. Inisiatif ini dilakukan untuk membendung kes kelakuan tidak senonoh yang menganggu penduduk tempatan.
Diumumkan oleh Majlis Perundangan Wilayah Bali baru-baru ini, mereka mencadangkan kenaikan cukai pelancongan daripada RM42 kepada RM236 untuk mencegah kemasukan pelancong dari satu dunia.
Seperti kita sudah maklum, Bali merupakan antara destinasi wajib untuk orang semua orang menyinggah sekali dalam hidup mereka. Cukup terkenal, ibarat syurga dan merupakan pulau sangat indah.
Photo from MakeMy-Trip
Adakah kenaikan ini wajar dilakukan? Ini segalanya korang perlu tahu.
Pelancong Patut Hormati Norma Dan Budaya Rakyat Tempatan
Photo from Indonesia Travel
Selaku Ketua Majlis Perundangan Wilayah Bali, Kresna Budi berkata tentang perkara ini. "Mereka (pelancong) yang melawat daerah ini sepatutnya menghormati norma dan budaya rakyat tempatan,
Di Bali. Bukan semudah serta sewenang-wenangnya melanggar undang-undang sesuka hati," katanya. Tambahan pula, dia juga mencadangkan cukai yang diterima dibelanjakan melalui saluran betul.
Contohnya menubuhkan unit polis pelancongan untuk menyelesaikan apa sahaja isu yang berkaitan dengan ini.
Photo from Klook
Sebelum Ini, Penguatkuasa Tak Lepas Tangan..
Photo from Klook
Cuba lihat berita berkaitan dengan Bali, mesti ada kisah tentang pelancong biadap! Selain itu ada juga video viral di media sosial rakyat tempatan bergaduh dengan pelawat dari luar negara.
Tidak dinafikan, tindakan segelintir pelawat telah merosakkan ketenteraman warga tempatan. Bayangkan sahaja, mereka berani melanggar undang-undang seperti menunggang motosikal sewa secara melulu.
Photo from X | miyabellsoz
Campur dengan jumlah penguatkuasa yang tidak cukup untuk selesaikan semua isu. Ia menjadi sebuah resepi untuk memusnahkan dahulunya lokasi pelancongan yang indah menjadi neraka dunia.
Disebabkan itu, tindakan Kresna Budi untuk tubuhkan unit polis dianggap wajar. Unit ini dapat memastikan pelawat menjaga tingkah laku dan tidak menganggu penduduk tempatan.
Photo from Club Med
Sebab Harga Murah, Ramai Rasa Boleh Buat Suka Hati
Photo from Swedish Nomad
Ramai pelancong gemar pergi ke Bali kerana harga yang sangat murah berbanding tempat lain. Oleh itu, mereka merasakan mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja kerana beranggapan membantu ekonomi tempatan.
Jadi tidak perlu risau melakukan kesalahan apabila bercuti di Bali. Cadangan untuk menaikkan cukai pelancongan sebanyak 5 kali ganda mungkin dapat membentuk mereka untuk lebih bertanggungjawab.
Sepak Orang Tempatan, Ganggu Tempat Suci & Macam-Macam
Photo from Brendan van Son Photography
Pada tahun 2019 pernah viral video dikongsi oleh pengguna @denpasar_info. Video tular melihat aksi pelancong warga Australia menendang penunggang skuter dan menyerang sebuah kereta ketika di Bali.
Pelawat tersebut telah mengakibatkan penunggang skuter cedera dengan menendang ketika berada atas skuter. Kemudian, dia juga menyerang sebuah kereta yang berada dalam perjalanan.
Tidak habis disitu, dia turut memecahkan kaca di kedai serbaneka Circle-K dan Restoran Wahana sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa. Sehubungan dengan itu, seorang pasangan melakukan aksi tidak senonoh.
Photo from Klook
Sambil berjenaka, menggunakan air suci kuil membersihkan punggung tanpa segan silu. Aksi tersebut telah menyinggung penduduk warga tempatan yang merasakan tiada tindakan berat dikenakan pada pelancong seperti ini.
Kalau Berlaku Di Negara Kita, Rasanya Bagaimana?
Photo from Xavier and Koh Partnership
Justeru, adakah perkara sebegini wajar dilakukan supaya pelawat luar dapat menghormati undang, budaya dan warga tempatan? Jika berlaku di negara kita, sudah tentu perkara sama akan dilakukan.
Apakah pendapat anda semua tentang ini?
Mungkin korang suka: