download Jom Explore app
Subsidi BUDI MADANI: Cara Memohon dan Kriteria Kelayakan

Subsidi BUDI MADANI: Cara Memohon dan Kriteria Kelayakan

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 11 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

BUDI MADANI ialah peruntukan subsidi disasarkan yang ditubuhkan oleh Kerajaan negara. Memetik semula Belanjawan 2024 yang diumukan untuk menyasarkan semula subsidi bahan api untuk mengekang aktiviti penyeleudupan.

Sehubungan dengan itu ia juga dapat membantu golongan yang layak mendapati subsidi. Oleh itu untuk memastikan rakyat terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan untuk memastikan saluran subsidi diagihkan kepada individu yang betul.

Kenderaan pengangkutan darat seperti lori akan terus mendapat subsidi untuk mengawal harga barang. Selain itu, individu terpilih akan diberikan bantuan tunai sebanyak RM200 bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Kategori Layak Menerima BUDI MADANI Dan Kriteria Kelayakan

Terdapat tiga kategori penerima subsidi iaitu Budi Individu dan Budi Agri - Komoditi. Manakala ini kriteria untuk kategori tersebut:

BUDI Individu

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Memiliki kenderaa diesel persendirian berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun
  • Kenderaam memiliki cukai jalan aktif
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan hendaklah RM100,000 dan ke bawah
  • Setiap permohonan diterima akan disemak silang dengan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk kecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu pendapatan tinggi (T20)

BUDI Agri - Komoditi

  • Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi berkaitan. Di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
  • Pemohon ialah petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif. Dalam hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan Rm300,000

Tambahan pula, bawah semua kategori tersebut penerima akan terima sebanyak RM200 sebulan. Seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Hari ini, 30,000 pemilik kereta diesel akan menerima bantuan tersebut buat kali pertama menurut BERNAMA.

Di samping itu, BUDI MADANI tidak ada tarikh tutup. Ini memastikan semua yang layak boleh mohon bantuan individu atau agri-komoditi.

Cara Memohon Subsidi BUDI MADANI

Untuk lakukan permohonan senang sahaja. Korang boleh layari laman web rasmi di sini, yang telah dibuka sejak 28 Mei 2024 serta berlangsung sepanjang tahun. Permohonan yang dibuat dan lulus sebelum 3 Jun.

Pemohon akan terima subsidi pertama menjelang pertengahan Jun. Bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan. Tambahan pula, permohonan selepas 3 Jun akan menerima subsidi pertama dalam tempoh dua minggu.

Seterusnya secara bulanan dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan. Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut secara tunai di setiap cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

Selain itu, korang juga boleh menghubungi nombor 1-800-88-2747/03-88824566 untuk dapatkan sebarang maklumat tambahan. Akhir sekali lihat rajah di bawah yang min sertakan untuk lihat langkah permohonan.

Langkah 1

1. Log Masuk Laman BUDI MADANIPhoto from JomExplore

Langkah 2

Klik Permohonan BUDI Mengikut Kategori KenderaanPhoto from JomExplore

Langkah 3

Isi Maklumat PeribadiPhoto from JomExplore

Langkah 4

Isi Butiran Kenderaan Anda & Pilih Individu/PerniagaanPhoto from JomExplore

Langkah 5

Sahkan Permohonan AndaPhoto from JomExplore

Langkah 6

Tahniah Anda Berjaya, Boleh Semak Status Di SiniPhoto from JomExplore

Haa.. macam mana senang sahaja kan?

 

Korang Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok