download Jom Explore app
Jangan Tak Tahu, Ini Dia 5 Pekerjaan Yang Ada Kelebihan Bekerja Sambil Melancong

Jangan Tak Tahu, Ini Dia 5 Pekerjaan Yang Ada Kelebihan Bekerja Sambil Melancong

Lifestyle
By Nurul Khaleeda on 10 Jan 2023
Digital Editor

Setiap orang mempunyai pekerjaan idaman masing-masing. Ada yang dari kecil sudah menanam cita-cita untuk bergelar seorang guru, doktor, peguam, anggota polis, bomba dan banyak lagi. 

Namun begitu, ada juga yang bercita-cita untuk bekerja sambil melancong. Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya ada pekerjaan di mana anda boleh bekerja sambil melancong di negara lain. 

Antara pekerjaan yang popular pastinya sebagai juruterbang atau pun pramugari. Bagaimanapun, untuk mendapatkan kerjaya seperti ini bukan lah mudah kerana ada spesifikasi tertentu. 

Jangan risau, kalau anda nak tahu ada beberapa pekerjaan lain yang membolehkan anda untuk bekerja sambil melancong tau!

?Au Pair

Senang cerita, au pair ini adalah nama lain bagi pengasuh. Kerjaya ini memerlukan anda untuk mengikut majikan ke negara yang mereka duduki dan mengasuh anak mereka. 

Anda akan di bayar gaji, dapat penginapan dan makanan percuma. Selalunya pekerjaan ini dikhususkan buat para wanita. 

?Guru Bahasa Inggeris

Ya, dengan mengajar Bahasa Inggeris anda boleh bekerja sambil melancong di negara orang. Namun begitu, anda perlu mempunyai kelayakan dan juga latar belakang yang bagus. 

Pekerjaan ini tidak didatangkan dengan penginapan oleh itu, pastikan anda mempunyai simpanan yang cukup untuk berpindah ke negara tersebut. 

?Kerja di atas kapal persiaran

Skop kerja lebih kurang sama sebagai pramugari cuma ia mengikut jawatan anda lah. Yang penting, sambil menikmati ‘percutian mewah’ di atas kapal persiaran, anda juga boleh berjalan-jalan di kawasan kapal berlabuh. 

Apa yang best, kerjaya ini didatangkan dengan penginapan dan makanann. Duit gaji boleh lah enjoy! 

?Pemandu Pelancong

Best tau kerja sebagai pemandu pelancong ini. Anda boleh berkongsi keunikan sesuatu tempat itu dan bertemu dengan pelbagai jenis orang. Cuma, anda perlu rajin buat kajian mengenai tempat yang ingin dilawati. 

Selain itu, selalunya kos penginapan, makanan, pengangkutan dan kapal terbang (jika ada) semuanya termasuk di dalam bayaran pemandu pelancong, jadi dikira anda bekerja sambil melancong jugalah kan? 

?Sukarelawan

Ramai yang tahu bahawa anda boleh melawat negara orang sebagai sukarelawan. Walaupun ‘gaji’ yang diterima biasa-biasa sahaja namun begitu anda telah melakukan satu kebaikan. Itu yang penting. 

Terdapat banyak program sukarelawan yang anda boleh sertai melibatkan dalam dan luar negara! 

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok