download Jom Explore app
Teh Firdaus: Pereka Tempatan Bagi Busana Dayang Anisha

Teh Firdaus: Pereka Tempatan Bagi Busana Dayang Anisha

Lifestyle Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 11 Jan 2024
Digital Editor

Majlis Perkahwinan Putera Raja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen bersama Dayang Anisha Rosnah Adam menjadi tumpuan utama ramai. Pasangan sama cucuk ini telah memilih pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus bagi mencipta busana pakaian untuk Dayang Anisha.

Istiadat Perkahwinan Diraja yang telah diumumkan sejak bulan 10 tahun lepas telah menarik perhatian ramai kerana dapat melihat Putera Raja Brunei disatukan bersama pilihan pasangannya.

Pengiran Muda Abdul Mateen bukan nama yang asing, beliau mempunyai pengikut yang ramai rata-rata jatuh cinta melihat rauk wajah cukup tampan. Istiadat Perkahwinan Diraja akan berlangsung selama 10 hari.

Pasangan yang sama cucuk ini menarik perhatian semua orangPhoto from IG | tmski

Sebelum bermulanya majlis perkahwinan kita dapat menyaksikan kecantikkan bakal pengantin, Dayang Anisha di majlis khatam Al-Quran pada 3 Januari yang lalu. Menariknya apabila pakaian yang dipakai adalah hasil rekaan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus.

Dayang Anisha kelihatan sungguh menawan ditambah pula dengan senyuman manis menghidupkan busana kurung moden itu. Menggunakan kain songket Brunei berwarna putih dipenuhi dengan motif bunga penuh sangat sesuai untuk bakal pengantin ini.

Pakaian yang direka oleh Teh Firdaus, pereka tempatan amat menawanPhoto from Nona

Tambahan pula, hiasan seperti sulaman manik menambah elemen yang halus kepada keseleruhan kecantikkan baju di bahagian hujung baju serta lengan. Pandai betul Teh Firdaus ini reka pakaian busana, siapakah disebalik namanya?

Merupakan Graduan UiTM Seri Iskandar, Perak

Seorang graduan UiTM Seri Iskandar Perak menjadi salah satu alumni yang berjayaPhoto from LinkedIn | Teh Firdaus

Haa.. siapa sangka rupa-rupanya Firdaus merupakan pelajar lulusan kursus Rekaan Fesyen daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak! Dia adalah salah satu daripada beratus alumni yang telah berjaya mengharumkan nama dalam industri tempatan.

Maklumlah, UiTM Seri Iskandar telah melahirkan ramai pereka fesyen tempatan yang berjaya. Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka cukup terkenal dalam melatih pelajar untuk berjaya dalam industri kreatif.

Pelajar graduan kelulusan Seni Reka Fesyen dapat menunjukkan kreativitinya dalam busana pakaianPhoto from Teh Firdaus

Patutlah rekaan Firdaus sungguh menawan! Kepakarannya dapat dilihat pada pakaian yang dipakai oleh Dayang Anisha. Firdaus turut mempunyai jenamanya sendiri telah menghasilkan beberapa pakaian untuk artist tempatan jugak tau.

Sebelum memulakan kariernya, Firdaus telah mempamerkan kreativitinya pada tahun 2013 di Diploma Fashion Show. Mengambil inspirasi daripada seni Silat Gayung, 3 pakaian yang dipersembahkan mempunyai siluet moden bersama sentuhan halus.

Rekaan pakaian Firdaus mempunyai kehalusan yang tiada bandinganPhoto from Teh Firdaus

Oleh itu tak terkejutlah bila kita melihat pakaian Dayang Anisha dipenuhi sentuhan-sentuhan halus menghidupkan baju kurung moden itu.

Perasaan Yang Tak Dapat Digambarkan

Manis sungguh senyuman Dayang Anisha memakai busana Teh FirdausPhoto from IG | tehfridaus

Dalam perkongsian yang ditulis oleh Firdaus di platform Instagram berkata, "Rasa bertuah dapat memainkan peranan dalam perkahwinan Diraja Brunei. Lihat kecantikkan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa-Kalebic,

Dalam persalinan baju kurung tenunan Brunei semasa acara Khatam Quran beliau. Selain itu, laman web Prestige telah memilih Firdaus sebagai salah seorang pereka fesyen yang korang patut ambil untuk mencipta busana perkahwinan yang sempurna.

Menurut Prestige, "Untuk busana rekaan yang effortless serta mudah, pastikan anda tumpu perhatian kepada Teh Firdaus. Dia turut mempunyai beberapa pilihan ready-to-wear yang menakjubkan.

Setiap aspek baju kurung ini mempunyai butiran yang sungguh menarikPhoto from IG | tehfirdaus

Anda boleh percaya kepada kemahirannya dalam menghasilkan busana pakaian majlis perkahwinan yang anda idamkan. Lagipun, selebriti tempatan seperti Mira Filzah adalah antara kliennya,".

Pereka Fesyen Tempatan Generasi Baru

Koleksi ready-to-wear Teh Firdaus menunjukkan kepakaran siluetnyaPhoto from Teh Firdaus

Negara kita memang tidak tumpah dalam menghasilkan individu yang sungguh kreatif. Nama Teh Firdaus telah melonjak sejak menunjukkan busana pakaiannya di majlis khatam tersebut.

Siapa sangka keluarga Diraja Brunei memilih pereka fesyen tempatan untuk menghasilkan busana yang pasti akan diingati ramai. Walaupun daripada pandangan mata kasar, rekaannya sangat mudah.

Aspek butiran dan kehalusan menjadi keutaam Firdaus untuk menghidupkan setiap pakaian yang direka. Penggunaan siluet moden dapat meningkatkan kecantikkan figura badan si pemakai.

Sesiapa yang memakai pakaiannya pasti cantik macam seorang puteriPhoto from Teh Firdaus

Rasanya sesiapa sahaja yang menyarung pasti akan menjadi cantik persis seperti seorang puteri.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok