Wow! Celup Tepung Viral Kini Di Shah Alam, Pelbagai Variasi Makanan Di sini
Kalau dengar celup tepung mesti teringat suasana di Terengganu, kini di Shah Alam juga ada, yang di namakan sebagai Mameen Celup Tepung. Tempat di mana anda boleh mendapatkan makanan yang bersalut dengan tepung dan menggorengnya dalam minyak yang panas.
Disini anda semua dapat rasa sendiri seafood celup tepung fresh dari kuali. Bukan yang dah sejuk ya. Kualiti seperti di Pantai Penarik Terengganu. Paling best serdak tepung nya yang rangup, dicicah pula dengan sos colek manis-manis pedas yang dimasak sendiri. Memang padu !
Harga mereka serendah RM 7.00 je tau, Selain dari makanan bergoreng mereka juga menyediakan pelbagai menu lain seperti Set Nasi Dulang, Keropok Lekor, Ayam Penyet, Tomyam, Nasi Goreng dan Pelbagai lagi yang menyelerakan.
Selain dari makanan yang menyelerakan, mereka juga menyediakan minuman yang memang persis di terengganu iaitu Teh Ais Madu Padu.
Tapi kedai ini memang menyediakan menu yang berkonsepkan pantai timur yang tidak perlu kita ke sana jika kita mengidam untuk makan. Restoran Celup Tepung ini telah beroperasi disini lebih setahun dengan kedudukan betul-betul di tepi jalan utama Jalan Kebun Tambahan dan berhadapan Mr.Diy & Pasaraya MU.
Anda mungkin suka: