Singgah Selera Jaya 223, Nikmati Nasi Lemak Panas Pada Waktu Malam
Kalau tanya penduduk Petaling Jaya (PJ) kedai mana yang jual nasi lemak sedap. Majoriti akan bawa korang ke Gerai Selera Jaya 223 yang dibuka sehingga lewat malam menghidangkan aneka lauk bersama nasi panas menghidupkan suasana malam.
Menjadi sebuah hotspot bagi penduduk sekitar kawasan memenuhi hampir setiap hari. Scene yang sama korang akan nampak, beratur panjang, meja penuh dengan pelanggan menikmati bermacam-macam makanan tempatan.
Di sini korang kena pilih nak warna apa, biru atau merah? Haa.. maksudnya untuk yang baru pertama kali datang ialah gerai mana korang nak cuba. Kerana ada 2 gerai sering menjadi sebutan.
Photo from Big Kuala Lumpur
Iaitu Nasi Lemak Yatie dan Suri Nasi Lemak Panas. Walaupun menjual makanan yang sama tapi profil rasanya cukup berbeza membuatkan pengalaman makan lebih menarik berbanding tempat lain.
Chop Biru atau Chop Merah?
Photo from Mamapp
Bagi orang PJ mereka akan panggil gerai ini sebagai 'Chop Biru' atau 'Chop Merah'. Kerana mereka menggunakan dakwat berwarna ditanda pada bungkusan nasi memberitahu maklumat perniagaan (nama kedai contohnya).
Dakwat merah merujuk ke gerai Nasi Lemak Yatie, manakala dakwat biru Suri Nasi Lemak Panas. Dua gerai ini amat sinonim dengan Gerai Selera Jaya 223 kerana mengambil serius terhadap makanan yang dijual.
Mereka tidak bermain dengan nasi dihidangkan kepada pelanggan. Walaupun bersaiz kecil bila korang buka sahaja bungkusan itu, bau santan harum dan aroma panas akan memenuhi meja makan.
Photo from Best Restaurant Eat
Menurut pelanggan tetap, rasa antara 2 gerai sangat berbeza. Perbezaanya ialah seperti berikut:
- Chop Merah: Sambal sedikit manis
- Chop Biru: Sambal lebih pedas
Haa.. boleh pilih antara salah satu atau cuba kedua-duanya untuk ketahui mana tepat dengan citarasa.
Ayam Goreng Berempah Panas Pembuka Selera!
Photo from YS Wong
Dah buat pilihan nak cuba bungkusan dakwat mana? Kalau sudah sila beratur sebelum semakin panjang sehingga ke larut malam. Sebab kenapa mereka sanggup beratur ialah untuk menjadi orang pertama memilih ayam goreng berempah yang sangat terkenal.
Diperap menggunakan rempah ratus resipi sendiri menjadi padanan tebaik untuk menikmati nasi korang di Gerai Selera Jaya 223. Bahagian pilihan utama mestilah peha yang mempunyai isi lembut, berjus serta tidak muak.
Photo from Dodo Ki
Kalau terlepas tidak mengapa, bahagian lain pun sedap juga. Contohnya, bahagian isi pun sedap, kulitnya yang ranggup keemasan bersama rasa rempah sehingga ke setiap bahagian memberikan kepuasan sepenuhnya.
Berbaloi betul selepas beratur tadi. Selain itu, aneka lauk seperti sambal pun ada. Pilih sahaja lauk yang diminati untuk dipadankan bersama nasi, kalau tak cukup tambah sebungkus lagi.
Photo from Siang Boon
Tak Kenyang Lagi? Takpa, Selera Jaya 223 Ada Banyak Makanan
Photo from Abu Bakar Abu
Eh tak kenyang lagi selepas dah bantai 3 bungkus nasi lemak? Takpa min faham. Bungkusannya pun bersaiz kecil, waktu malam pula seronok dapat lepak bersama kawan berkongsi makanan panas.
Oleh itu ada banyak lagi makanan boleh dicuba di Gerai Selera Jaya 223. Antaranya seperti laksa, sup ayam atau kambing dan macam-macam lagi. Jangan risau, ramai perkerja akan beri menu makanan setelah dapat meja waktu makan nanti.
Photo from Sally Abas
Menjadi pilihan ramai seperti Penang Laksa. Kuahnya tidak terlalu masam macam Asam Laksa dengan kuahnya pekat penuh dengan isi ikan. Rasanya puas untuk dijadikan pembuka selera atau pelengkap hidangan.
Tambahan pula, kalau kurang gemar laksa boleh cuba sup mamak. 3 pilihan utama ialah ayam, kambing dan daging boleh makan begitu sahaja atau bersama nasi lemak. Selain itu, gerai sup tersebut turut menyediakan aneka goreng-goreng.
Photo from Mahathir Shah
Sedap, Berbaloi & Sangat Memuaskan
Photo from G Cong
Rata-rata pelanggan tetap di Gerai Selera Jaya 223 sudah mengetahui betapa puasnya nasi lemak panas dijual di sini. Seperti kita tahu, PJ cukup terkenal dengan pelbagai lokasi nasi lemak yang popular.
Tetapi di sini, korang bukan sahaja dapat nikmati makanan sedap malah harganya juga sangat berbaloi. Aroma wangi dan rasa lemak sudah cukup untuk buat sesiapa sahaja lemah setelah membaunya.
Tambahan pula dengan pelbagai lauk untuk dipilih, nikmat sungguh malam korang. Namun, datang awal untuk elak daripada menunggu giliran terlalu lama untuk mendapatkan meja makan.
Photo from Food Love
Kerana ia dibuka sehingga lewat malam dan ramai pelanggan akan membanjiri pada jam berikutnya.
📍 Medan Selera Jaya, 223, Jalan 51a/223, Seksyen 51a, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia 46100
⏰ 5 pm - 11 pm
Mungkin korang suka: