download Jom Explore app
Mariana Trench, Titik Paling Dalam Di Dunia

Mariana Trench, Titik Paling Dalam Di Dunia

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Geografi bumi dipenuhi dengan pelbagai benda luar biasa daripada gunung, lembah, air terjun dan macam-macam lagi. Namun iannya kecil jika dibandingkan dengan Mariana Trench, titik paling dalam dunia.

Marian Trench ialah sebuah jurang yang luas di bawah ombak Lautan Pasifik barat. Ia kekal sebagai sebuah misteri menarik minat seluruh saintis, penjelajah dan pengembara yang ingin mengetahui apa yang ada di dalamnya.

Terletak di antara Hawaii, Filipina berdekatan dengan pulau Guam, trench ini menjunam dengan kedalaman melebihi 36,000 kaki (10,972 meter). Sinaran matahari tidak dapat menembus kegelapannya dengan tekanan air cukup kuat masih menjadi rumah kepada beberapa spesis kehidupan.

Rupa luaran Mariana TrenchPhoto from EasemyTrip

Diberi nama sempena Kepuluan Mariana berdekatan, trench mempunyai panjang sejauh 2,550 kilometer. Ia mengukiar parutan panjang di dasar laut dengan sebahagian besar masih belum diterokai menunggu beberapa orang yang berani mencabarnya.

Pertama Kali Ditemui Pada Tahun 1875

HMS Challenger melakukan ekspedisi Challenger berjaya menemui tempat niPhoto from Royal Museums Greenwich

Mariana Trench pertama kali ditemui pada tahun 1875 ketika ekspedisi Challenger, sempena kapal HMS Challenger. Ketika penemuannya, mereka menggunakan tali pemberat untuk mengukur kedalaman trench dan direkodkan pada 8,183 m.

Beberapa dekad kemudian, bacaan lebih tepat dapat dilakukan oleh misi Challenger II pada tahun 1951. Menggunakan alat bunyi bergema, mereka dapat merekod baca sedalam 10,899 m di kawasan Challenger Deep.

Bila teknologi semakin maju, bacaan menjadi lebih tepat dan kita dapat lihat dengan jelas bagaimana rupa tempat tersebut secara visual. Gabungan pembunyi gema sonar dan multibeam bersama kamera dapat memberikan banyak informasi lebih terperinci.

Kemajuan teknologi membantu kita untuk mengambil lebih banyak gambar Mariana TrenchPhoto from Shutterstock

Jacques Piccard dan Don Walsh ialah manusia pertama turun ke dalam trench tersebut dalam bathyscaphe (sejenis kapal selam) bernama Trieste. Ia boleh bergerak dengan sendiri dan boleh mencapai kedalaman lebih besar berbanding kapal selam.

Cabaran Menerokai Titik Paling Dalam Bumi

Bukan senang untuk turun sedalam itu tau! Tekanan kuat ibarat 700 kapal terbang korang perlu angkatPhoto from BBC

Bahagian titik paling dalam dikenali sebagai Challenger Deep. Apa yang membuatkan menerokai sepenuhnya Mariana Trench ialah tekanan yang dikenakan oleh berat air mencapai sehingga 15,750 paun setiap inci persegi.

Sebagai perumpaan, ibarat korang cuba angkat 700 buah kapal terbang. Tekanan terlampau kuat mampu memusnahkan apa-apa sahaja objek yang melangkah masuk ke dalamya mencabar segala pengetahuan manusia tentang dunia semula jadi.

Lebih menakutkan boleh meletup dari dalam bila tekanan terlampau kuatPhoto from USA today

Walaupun tekanan air melampau menjadi halangan untuk menerokainya. Ia tidak bermakna manusia akan berputus asa kerana itu sahaja, malah ada beberapa individu yang cuba mencabar tempat ini.

Hanya 3 Orang Sahaja Pernah Sampai Ke Challenger Deep

Jacques Piccard and Navy Lt. Don Walsh menjadi orang pertama yang menerokai Challenger Deep, bahagian paling dalamPhoto from U.S Naval Institute

Menariknya bilangan orang yang pernah mendaki ke puncak Gunung Everest lebih ramai berbanding menyelam ke Challenger Deep. Sehingga kini, hanya 3 orang yang pernah menerokai bahagian ini.

Ekspedisi pertama berlaku pada tahun 1960 dari Jacques Piccard macam min cerita tadi. Mereka berjaya meneroka selama 20 minit sahaja sebelum tekanan air melampau mula menggangu misi.

Kedatangan mereka juga mengakibatkan banyak habuk dari dasar laut menyukarkan proses ambil gambar. Individu seterusnya muncul selepas 50 tahun kemudian pada 2012. Direktor filem terkenal, James Cameron secara solo menyelam dengan kapal yang direka sendiri.

Pengarah filem terkenal, James Cameron membina kapal selamnya sendiri untuk meneroka Challenger DeepPhoto from The New York Times

Cameron berjaya bertahan selama 3 jam mengambil video, gambar dan pelbagai visual ketika itu. Kemudian, tekanan air telah merosakan peralatannya seperti bateri, sonar dan alatan bantuan sehingga tidak berfungsi.

Kapal selam membolehkan Cameron meneroka selama 3 jamPhoto from deep sea

Sekaligus membuatkan Cameron sukar untuk bergerak. Namun, ia memberi peluang untuk kita melihat apa yang ada di dalamnya.

Kenapa Kita Nak Terokai Mariana Trench?

Dengan meneroka Mariana Trench kita boleh memahami geologi bumiPhoto from Vocal Media

Tujuan utama kenapa kita terokai Marian Trench ialah untuk memahami Bumi. Ramai pakar kaji setuju tempat ini ialah petunjuk untuk kita fahami proses geologi Bumi seperti aktiviti Tektonik melihat Plat Pasifik memaksa Plat Mariana duduk di bawah.

Dalam kata mudah, bayangkan batu besar panjang paksa yang lebih kecil duduk di bawahnya. Aktiviti ini mewujudkan parit dalam lautan dan gunung berapi. Aktiviti kajian yang dijalankan dapat membantu kita memahmi planet dengan lebih mendalam.

Tambahan pula, Mariana Trench mempunyai nilai saintifik yann penting juga tau! Ia dapat bantu kita melihat potensi untuk bertahan dan hidup dalam keadaan ekstrem seperti di angkasa lepas, bulan dan planet lain.

Setiap bahagian kedalaman laut mempunyai habitat berbezaPhoto from Animals

Yang kita tahu bukan sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu dengan mengkaji kawasan ini, saintis berharap kita dapat memahami banyak perkara untuk membantu kemajuan manusia.

Mariana Trench Menyimpan Segala Rahsia

Menyimpan banyak rahsia bumi, Mariana Trench mencabar limitasi manusiaPhoto from BBC

Walaupun terletak di lokasi terpencil dan kawasan yang tidak mesra. Mariana Trench mempunyai daya tarikan sangat kuat untuk para penyelidik dan peneroka berlumba untuk menjadi orang pertama mendapat rahsianya.

Justeru itu, ia menjadi salah satu penemuan yang cukup hebat membantu kita untuk mengenali Bumi lebih mendalam. Kalau diberi peluang, korang nak tak lihat apa yang ada disitu?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok