Bantal Berbau Hapak Dan Tompok Jelas Kelihatan? Kena Tukar Tu
Ahh lena sungguh min dibuai mimpi sejak tukar bantal baru di rumah. Maklumlah bantal lama sudah mula mengeluarkan bau hapak, bentuknya pun semakin menipis sehingga sakit leher selepas bangun tidur dan tak lupa peta dunia pun semakin jelas kelihatan.
Haa.. bantal kesayangan korang di rumah tu bagaimana rupanya? Adakah sama seperti min katakan sehingga pelbagai lakaran peta jelas kelihatan atau masih lagi wangi, berbentuk dan sedap untuk tidur.
Tak ramai orang sedar betapa pentingnya tentang kebersihan bantal dan mengapa perlu ditukar. Mereka ambil perkara ini sambil lewa dan hanya menukar bila sudah terkoyak atau jelas kotornya.
Bantal berkait rapat dengan kesihatan kita kerana digunakan setiap hari dan perlu dikekalkan bersih. Sebelum ini min tekankan panduan cari bantal yang bersesuaian dan kepentingan mendapat kualiti tidur secukupnya
Photo from Pinterest
Kalini min nak fokus kepada pentingnya menukar bantal tidur lebih kerap!
Bantal Perlu Ditukar Setiap 2-3 Tahun!
Photo from Pinterest
Seperti kita sudah tahu, bantal ialah perkara asas dan paling penting untuk mendapatkan tidur yang nyenak. Bila dah penat seharian berkerja, bantal yang empuk akan memudahkan proses kita lena dibuai mimpi.
Disebabkan itu baketeria dan kuman senang membiak kerana diguna pakai setiap hari. Untuk pastikan kebersihan dan keselesaan di tahap optimum, kita perlu tukar setiap 2-3 tahun dan kena rajin membersihkannya.
Ada juga segelintir yang tidak basuh dan hanya menukar sarungnya sahaja. Menurut kajian, penggantian bantal harus dijadikan satu rutin untuk jaga kebersihan. Kotoran yang ada tidak kelihatan selagi kita tidak tanggalkan sarungnya.
Photo from mStar
Walaupun korang dah beli pelbagai sarung baru. Bahagian dalamnya masih lagi kotor dan menjadi lokasi sesuai untuk kuman mula merebak dan membiak jika kita tidak gantikkan atau bersihkan.
Selain itu, baik jenama murah atau mahal kesemuanya tidak mampu bertahan sehingga seribu tahun. Selang beberapa minggu ia akan mengeluarkan bau hapak, kotoran akan muncul dan bakteria pun membiak.
Photo from Pinterest
Ini akan jejaskan kualiti tidur dan membuatkan tidur dalam keadaan sangat tidak selesa sampai kejang leher setiap kali bangun.
Bakteria & Kuman Suka Berkumpul Di Tempat Tidur
Photo from Pinterest
Persekitaran tempat tidur perlu dijaga dengan baik. Bakteria dan kuman memang suka melekat dan membiak di sini kerana dapat menikmati sel kulit mati kita terutama di ruang panas dan lembap.
Apabila korang menggunakan bantal yang sama sejak kecil. Bau badan akan mula melekat padanya dan hasilkan bau busuk yang menjadi kegemaran kita. Selain itu, peluh, air liur, minyak dan sel kulit akan berkumpul di bantal kegemaran.
Seterusnya kajian di Universiti Manchester mendapati bahawa 16 jenis cendawan boleh membiak apabila tidak ditukar dalam jangka masa lama. Bahkan pelbagai mikro organisma turut berkongsi tanah dengan cendawan tersebut.
Photo from Pinterest
Demikianlah jangan takut untuk berpisah dengan yang lama kerana versi baru jauh lebih selesa dan baik.
Tanda-Tanda Korang Perlu Tukar Bantal Dengan Segera
Photo from Pinterest
Perhatikan tanda-tanda ini setiap kali korang guna bantal kesayangan seperti:
- Setiap kali bangun tidur terasa sakit, kejang otot di leher, bahu dan kepala
- Alahan seperti mata, hidung berair dan gatal mula muncul
- Warna bantal berubah dari putih ke gelap dan dipenuhi dengan tompok jelas kelihatan
- Bentuk mula berubah dan baunya tidak hilang selepas mencuci
- Secara tiba tiba jerawat naik dengan kadar tinggi
Photo from hellodoktrer
Haa.. kalau tanda-tanda ni mula terasa maka jawapanya kena tukar dengan segera sebelum terlambat. Pilih yang bersesuaian dan berkualiti tinggi supaya pengalaman tidur bertambah baik berbanding sebelum ini.
Mudah Sahaja Nak Jaga Dan Bersihkan Ikut Tips Ni
Photo from ERA
Nak jaga dan bersihkan pun tidak susah. Sekurang-kurangnya jadikan rutin bersihkan dua kali setahun dan dijemur di bawah cuaca panas terik supaya dapat kering sepenuhnya tidak meninggalkan kesan lembap.
Pastikan sebelum korang mencuci lihat panduan di tag informasi yang ada. Setiap jenis bantal ada cara betul dan cara salah untuk dibersihkan, baca dan ikut seperti diarahkan supaya tak cepat rosak.
Kemudian kerap menepuk bantal supaya bentuknya dapat dikembalikan semula. Ini juga dapat membuang habuk melekat dan memastikan keadaan bersih dapat dikekalkan. Jemur di bawah matahari untuk membunuh bakteria dan kuman.
Photo from Pinterest
Senang sahaja rutin untuk pastikan persekitaran kita kekal bersih?
Mungkin korang suka: