Mengapa Harga Makanan Di Airport Terlampau Mahal?
Tular beberapa hari yang lalu seorang netizen terkejut melihat harga makanan yang dinikmatinya di lapangan terbang KLIA Terminal 1. Walaupun harga barang meningkat tidak bermaksud makanan perlu dijual dengan harga tidak munasabah.
Individu tersebut berkongsi kisahnya ketika menikmati makanan di KLIA. Dia membeli 2 bungkus nasi lemak serta 2 cawan air kopi dan terkejut melihat resitnya dengan jumlah harga RM106.95.
Tambahan pula, dia merasakan makanan yang dimakan tidak padan dengan harga. Bayangkan sendiri kualiti nasi lemak yang boleh didapati di gerai berharga RM31.55 sepinggan, siapa sahaja tidak kecewa.
Photo from Nav Nair
Kemudian, individu tersebut meluahkan perasaan marah dengan mengatakan seperti berikut, "KLIA, pihak korang tidak awasi harga makanan? 2 pinggan nasi lemak berjumlah RM63.10,
Saya faham harga lapangan terbang atau untuk makanan mewah tetapi ini sudah melampau. Hanya ayam goreng, ikan bilis, nasi dan sambal di dalam kotak sahaja. Saya boleh terima jika makanan tersebut dihidang secara premium namun berbaloi ke harga sebegini?,"
Photo from Nav Nair
Disebabkan hal itu, mengapa makanan yang dihidangkan di lapangan terbang boleh mencecah harga tidak munasabah. Apakah faktor disebaliknya?
Pihak Pengurusan Mana Yang Bertanggungjawab Tentang Perkara Ini?
Photo from Malay Mail
Perkara pertama untuk memahami tentang isu ini ialah perlu mengetahui pihak pengurusan mana yang bertanggungjawab menetapkan harga. Kebanyakkan restoran lapangan terbang dimiliki oleh pemilik perniagaan.
Mereka akan menyewa ruang dari lapangan terbang dan mereka boleh tetapkan harga makanan. Daripada rumusan ini, pemilik perniagaan boleh menetapkan harga sesuka hati pada apa-apa produk yang dijual di restorannya.
Walau bagaimanapun, lapangan terbang juga mempunyai sekatan ke atas harga makanan untuk syarikat beroperasi di bawah mereka. Ini dipanggil 'harga jalanan' untuk memastikan tiada kedai meletakkan harga terlampau mahal.
Photo from Malaysia Asia
Menurut theParkingSpot, kerana kos operasi perniagaan terlampau mahal seperti sewa, yuran menyebabkan mereka perlu letakkan harga tinggi untuk makanan. Ini untuk memastikan keuntungan dapat dijanakan.
Ada Beza Harga Sewa Lapangan Terbang Berbanding Luar?
Photo from Explore Malaysia
theParkingSpot juga menyatakan sewa lapangan terbang berbeza daripada sewa rumah kedai di luar. Antaranya seperti vendor perlu menyerahkan permintaan Request for Proposals (RFP) untuk menerangkan tujuan operasi.
Kemudian, ada pihak bertanggungjawab untuk memilih vendor berdasarkan keperluan dan keutamaan perniagaan mereka. Seterusnya, perniagaan akan menerima cadangan daripada lapangan terbang untuk perjanjian pajakan.
Ini bermaksud harga sewa bulanan ditambah dengan komisen jualan. Menurut beberapa netizen, ada yang mengatakan harga sewa di KLIA bermula serendah RM600 untuk meletakkan mesin air.
Photo from klia2.info
Namun, ini semua khabar angin sahaja. Jika korang berminat untuk beroperasi di KLIA terminal 1 atau 2, korang perlu rujuk kepada pihak pengurusan rasmi mereka.
Kos Tersembunyi Menjadi Faktor Harga Makanan?
Photo from IG | malaysiaairports
Haa.. selain daripada perlu membayar sewa, setiap makanan dan bekalan perlu dihantar ke lapangan terbang perlu melalui fasa keselamatan. Ini mempengaruhi kos operasi meningkat kerana bayaran servisnya lebih tinggi berbanding di luar.
Selain itu, lapangan terbang sentiasa dibanjiri orang ramai. Aktiviti pejalan kaki yang tinggi menyebabkan ramai melihatnya potensi untuk mendapatkan hasil duit banyak dengan pulangan lumayan.
Oleh itu, ada segelintir pihak akan tetapkan harga produk lebih tinggi supaya dapat memperolehi hasil berjuta-juta. Tambahan pula, kos tersembunyi seperti ruangan tempat letak kereta perkerja yang terhad mempengaruhi kos operasi.
Kena Pandai Berjimat Ketika Di Lapangan Terbang!
Photo from The Star
Haa.. ini merupakan antara faktor mengapa harga makanan boleh jadi mahal menurut theParkingSpot. Untuk mereka yang sering terbang ke sana ke sini, mereka selalunya akan elak makan.
Bagi mereka yang buat kali pertama ingin bercuti ke luar negara, min sarankan korang makan terlebih dahulu! Atau boleh sediakan bekalanan makanan ringan untuk memenuhi perut ketika menunggu kapal terbang berlepas.
Sebelum nak menyinggah ke mana-mana kedai, lihat dahulu menu untuk ketahui harga. Jika korang rasa harganya setimpal, barulah pesan untuk makan kalau tidak. Cari sahaja kedai lain yang menawarkan harga lebih berbaloi.
Tidak salah untuk korang lakukan pilihan lebih bijak sebagai seorang pelanggan. Justeru itu, apabila berada di sini korang perlu pandai dalam menguruskan duit dan perbelanjaan makanan supaya dapat elak daripada tercekik melihat bil makanan!
Mungkin korang suka: