Jual Kopi Atas Motosikal Menarik Perhatian Ramai
Cuaca panas setiap hari membuatkan ramai mencari penjual ais krim di Orchard Road, Singapura. Tetapi selain daripada ais krim menyejukkan ada mencari motosikal jual kopi mudah alih yang menyegarkan?
Dibuka pada bulan Mac tahun ini menjual kopi artisanal. Calibrate Coffee menghidangkan minumannya daripada kereta sisi yang diubahsuai kepada sebuah motosikal untuk memberi rasa kafein menyejukkan menghilangkan rasa dahaga.
Huang Wei Jie memulakan perniagaan kopinya secara sampingan sambil bekerja sepenuh masa sebagai pekerja sosial. Graduan National University of Singapore (NUS) belajar membuat kopi enam tahun lalu ketika berkerja sambilan sebagai barista.
Photo from IG | raycheeryeoh
Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran ketika beroperasi. Dia berusaha untuk memastikan pelanggangnya gembira menikmati secawan kopi yang dihidangkan atas motosikalnya menarik perhatian ramai.
Bagaimana Tercetus Idea Menjual Kopi
Photo from IG | Calibrate Coffee
Menurut Huang dia berkata, "Saya suka motosikal, saya suka kopi dan pergi mengembara. Dari situ saya mendapat idea untuk menggabungkan perkara yang suka bersama. Maka tercetus idea untuk mencipta kopi istimewa kepada masyarakat"
Tujuan utama dalam perniagaannya ialah untuk membuatkan kopi lebih mudah diakses. Maka tidak mengejutkan kos operasi perniagaan kopi lebih rendah berbanding kos operasi sebuah kedai.
Kos modal untuk memiliki kereta sisi di motosikal jauh amat menjimatkan. Bagaimanapun, Huang berkata untuk mendapatkan kebenaran khas untuk menjual minumanya dari kereta sisi mengambil masa tiga tahun untuk diluluskan oleh pihak berkuasa.
Photo from IG | Calibrate Coffee
Tambahan pula, Huang perlu mendapat kebenaran dari pemilik tanah untuk meletak motosikal miliknya. Seterusnya, dia sering mencari kawasan tumpuan ramai melakukan aktiviti berjalan kaki, melepak dan sebagainya.
Motosikalnya Menambah Kepada Keunikkan Kopi
Photo from IG | Calibrate Coffee
Huang mengeluarkan sebanyak S$30,000 (RM100,000) untuk memperoleh dan mengubah suai kereta sisi ke motosikalnya. Ia direka bentuk dengan kerjasama syarikat reka bentuk Bare Metal Co. dan Two Wheel Project.
Motosikal berwarna perak mempunyai ruang kerja muat-muat untuk segala peralatan kopinya. Seperti pembuat espreso La Marzocco yang diimport dari Itali, paying dengan logo Calibrate Coffee untuk melindung peralatannya.
Photo from IG | Calibrate Coffee
Huang juga mengambil ilham daripada pakcik aiskrim sering lalu di rumahnya. Rasanya setiap kanak-kank suka melihat pakcik aiskrim dan menjadi perkara biasa di Singapura dan di negara kita juga.
Photo from IG | Calibrate Coffee
Walaupun kereta sisinya nampak lebih mewah. Huang tidak menganggap dirinya sebagai versi moden jika dibandingkan dengan penjual aiskrim. Dia hanya meneruskan legasi yang dicipta oleh pakcik aiskrim katanya.
Mencari & Menggunakan Biji Kopi Sendiri
Photo from IG | Calibrate Coffee
Apa yang membuatkan perniagaan Huang menarik bukan sahaja caranya menghasilkan kopi di atas moto. Dia juga mengambil berat tentang segala bahan digunakan untuk mencipta secawan kopi sempurna.
Bermula dengan pemilihan biji kopi. Huang ingin membawa masuk biji kopi berbeza daripada kafe-kafe di Singapura guna, kini dia menggunakan biji Kopi Humble Origins Roasters diimport dari Shan Hills Myanmar.
Keputusan untuk membawa masuk biji kopi kerana ingin membantu orang Myanmar. Menggunakan adunan istimewa terdiri daripada Natural (kacang diproses kering) dari Kampung Ga Naing Yar, Washed (kacang diproses basah) daripada Moe Htet.
Photo from IG | raycheeryeoh
Akhir sekali kacang dirawat Madu daripada Kumpulan Pengeluar Kopi Wanita Amayar yang diketuai oleh wanita. Semua ini dapat dirasai dengan setiap hirupan.
Menu Kopi Yang Boleh Dinikmati
Photo from IG | Calibrate Coffee
Dekat Calibrate Coffee ada enam pilihan popular boleh korang cuba. Kopi hitam/putih, air coklat, mocha, matcha dan dirty matcha dan korang boleh minta semua minuman menggunakan susu oat dengan membayar S$1.
Menurut Huang, ramai pelanggan memilih kopi putih ais yang membuatkan perniagaannya sangat laris. Tambahan pula, dia cadangkan minuman kopi hitam ais untuk menikmati profil rasa biji kopi dengan baik.
Kalau korang singgah ke Singapura dan ingin menikmati kopi Huang. Korang boleh follow media sosial Calibrate Coffee untuk melihat di mana dia bawa motosikalnya.
Mungkin korang suka: