Mesti Cuba! 5 Restoran Korea di Sekitar Kuala Lumpur
Kebelakangan ini, makanan Korea semakin menjadi feveret ramai dek kerana populariti Hallyu Wave. Senang cerita, ramai yang terikut-ikut nak makan makanan Korea kerana nak ikut oppa atau noona kesayangan mereka di dalam Kpop atau Kdrama.
Ya, antara salah satu budaya korea atau Korean Culture yang semakin digemari ramai adalah makanan Korea mereka. Namun, masalah utama yang dihadapi oleh penggemar ini adalah untuk mencari makanan yang halal atau pun muslim-friendly.
Antara hidangan Korea yang popular tentunya Kimchi Jigae, Jajangmyeon, Tteok-bokki, Kimbab dan juga Ramyeon. Kat mana nak dapatkan makanan-makanan ini di sekitar Kuala Lumpur?
Jom, kita lihat senarai restoran Korea yang anda boleh lawati dan muslim-friendly!
?Sweetree
Jika anda merancang untuk ke restoran ini, pastikan anda pergi dengan perut yang betul-betul kosong kerana saiz hidangan di sini sangat lah besar dan juga dengan hidangan sampingan (banchan) yang sangat banyak. Memang tak cukup satu meja!
Selain itu, anda juga boleh memilih sama ada mahukan BBQ atau masakan korea yang autentik. Dua-dua memang berbaloi! Rata-rata pelanggan yang datang ke sini memang sangat puas hati dan pasti akan datang lagi dengan rakan-rakan.
Yang paling best, pemilik restoran ini adalah warga korea dan sangat peramah. Psstt, jika anda bernasib baik, anda akan dapat free-gift sekali tau!
? L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
⏰ Buka setiap hari (11.30 AM- 9 PM
?B-Station
Jika anda mengidam nak rasa masakan Korea yang autentik, anda boleh ke B-Station yang terletak di Ampang. Restoran ini sangat comel dengan dekorasi berwarna putih. Anda pun akan rasa tenang bila menjamu selera di sini.
Selain itu, saiz hidangan di sini juga agak besar, jadi sekiranya anda berkunjung dengan rakan-rakan, lebih elok jika anda berkongsi makanan anda.
? 68000 Selangor, Ampang Jaya, C14, Ground floor 1, Jalan Ampang Utama 1/1
⏰ Setiap hari (11.30 AM - 10 PM)
?SeoulNami Korean BBQ
Restoran ini pernah viral di laman TikTok kerana harganya yang berpatutan. Pastikan anda datang awal kerana selalunya orang akan mula beratur untuk menikmati hidangan di sini.
Antara menu BBQ yang ada di sini adalah Ayam Hot Pepper, Ayam Honey Butter, Ayam Ganjang dan Ayam Salted dan sembilan pilihan untuk hidangan sampingan. Restoran ini memang best kalau datang beramai-ramai dengan rakan-rakan.
? F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (11 AM - 10 PM)
?Kung Jung Korean Restaurant
Siapa yang teringin nak menikmati hidangan autentik BBQ berserta pemandangan KLCC, anda boleh lah ke Kung Jung Korean Restaurant. Antara hidangan popular mereka adalah Yook Hye atau daging tartare, Saeng Dung Sim Gui atau daging sirloin dan banyak lagi.
Sudah berada di Malaysia lebih 20 tahun, keinginan untuk merasa daging BBQ asli Korea Selatan pasti dapat dipenuhi!
? Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana (formerly known as PNB Darby Park, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
⏰Buka setiap hari (11 AM - 2 PM, 5.30 PM - 9.30 PM)
?Koryo-Won
Restoran ini juga sangat popular dengan masakan korea mereka yang autentik. Rata-rata pengunjung yang pernah merasai makanan di sini mengatakan bahawa rasanya sama dengan hidangan yang mereka nikmati di negeri Hallyu itu.
Mempunyai pelbagai hidangan Korea Selatan standard seperti Kimchi Jigae, Soondubu Jigae hinggalah ke luar biasa seperti Hae Mool Jeon Gol (Sup Makanan Laut Pedas) dan lain-lain.
? Suria KLCC ( Tingkat 4) & Fahreinheit 88
⏰11 AM - 10 PM
Anda mungkin suka: