download Jom Explore app
5 Ciptaan Popular Hasil Air Tangan Orang Malaysia

5 Ciptaan Popular Hasil Air Tangan Orang Malaysia

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 25 Mar 2024
Digital Editor

Sebenarnya negara kita bukan sahaja kaya dengan warisan budaya malah banyak invoasi menakjubkan berjaya tercipta dari hasil tangan orang Malaysia. Penemuan ini telah memberikan sumbangan besar kepada dunia dalam pelbagai bidang.

Ciptaan ini telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan seharian di seluruh dunia. Mungkin korang tak perasan atau tengah guna setiap hari tanpa mengetahui kisah asal-usulnya dilahirkan di negara kita.

Ini dapat membangkitkan semangat bangga serta cinta kepada pencapaian negara. Agak-agak korang boleh teka apa ciptaan tersebut yang telah memberi impak serta memperkaya kehidupan manusia?

Negara kita pun terkenal dengan pelbagai ciptaa mengubah duniaPhoto from Edu Advisor

Ini 5 ciptaan hasil air tangan orang Malaysia tempatan kita bermula dengan.

Flash Drive

Tipu korang tak pernah guna pendrive kan?Photo from Britannica

Jun 2001, Datuk Phua Khien Seng mengambil keputusan untuk melakukan penyelidikan tentang teknologi flash memory ketika tahun ketiga beliau belajar kejuruteraan elektrik. Semua ini berlaku setelah menubuhkan syarikatnya (Phison Eelctronics Corp) setahun lalu.

Tanpa penyelidikan ini, sudah tentu kita akan mengalami banyak masalah untuk menyimpan file dalam komputer peribadi. Bayangkan tak wujudnya flash drive, bagaimana kita nak transfer movie sesama kawan macam zaman belajar dulu.

Menariknya flash drive ditakrifkan sebagai peranti storan data untuk menggunakan memori denyar (flash memory) dengan muka USB bersepadu. Membuatkan korang senang untuk cabut dan pasang, boleh ditulis dan memiliki saiz mesra-poket (kecil) pulak tu.

Ciptaa ini telah memudahkan kita untuk menyimpan dan memindah fail Photo from Rise Malaysia

Lebih ringan daripada floppy disk dan vcd membolehkan kita bawa ia ke mana-mana sahaja. Sehingga harini hampir semua orang dalam populasi dunia menggunakannya menyebabkan berjaya mencapai hasil jualan sehingga USD1.3 bilion (RM4.7 bilion)

Nehemiah Walls

Setiap kali korang memandu mesti perasan dinding bentuk ini kan?Photo from Nehemiah Group

Rasanya korang mesti perasan dinding berbentuk ini ketika memandu di dalam negara tidak kisah di mana sekalipun. Ini bukan hiasan semata-mata malah merupakan hasil ciptaan seorang juruter malaysia bernama.

Ir. Dr Nehemiah Lee Chee Hai merupakan genius sebalik ciptaan cemerlang bernama Nehemiah Walls. Semuanya bermula pada tahun 80-an, Nehemiah berkerja di Syarikat Bumi Bertetulang dan ketika menjalani ijazah Sarjannya.

Dinding Nehemiah telah membantu mengurangkan kos pembinaanPhoto from Blog Jalan Raya Malaysia

Dia mengambil keputusan untuk menyelidik reka bentuk dan konsep pembinaan. Ini telah menyebabkan dia berjaya cipta sistem untuk mencipta sebuah tembok penahan. Keunikkan ciptaanya ialah sejenis sistem tanah bertulang yang menggabungkan keluli dan blok konkrit.

Digunakkan di seluruh duniaPhoto from The Rakyat Post

Ini dapat menjimatkan kos, masa dan bertahan lebih lama jika dibandingkan dengan jenis dinding lain. Disebabkan itu Nehemiah Wall digunakan di seluruh dunia seperti Singapura, Australia, Hong Kong

Water Dispenser

Contoh water dispenser yang kita selalu jumpaPhoto from Itsaso Marketing Sdn Bhd

Walaupun sekarang hampir semua rumah mempunyai Dispensir ais sendiri untuk memberikan minuman bersih. Ada juga orang menggunakan Water Dispenser yang memproses kumbahan mentah menjadi air bersih dengan kaedah reverse osmosis.

Ini dapat mengurangkan sisa kepada hampir sifar bersih. Daripada Pulau Pinang, Ooi Seng Chye datang ke Kuala Lumpur berkerja di Wong Engineering Bhd, sebuah syarikat bursa saham Kuala Lumpur sebagai pengurus pembelian.

Dia berjaya mencipta water dispenser dan memperoleh pembiayaan Cradle bernilai RM150,000. Ini membuatkan dia berjaya mengeluarkan 500 RO Water Dispenser untuk kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya di bawah jenama Good Drink.

Adanya water dispenser kita boleh nikmati air minuman bersih tanpa sisa kumanPhoto from Harvard Health

Sesiapa pernah mencubanya?

Toothbrush Holder

Haa.. ciptaan mudah ini berjaya digunakan satu duniaPhoto from Temu

Walaupun nampak seperti mudah tetapi telah memudahkan hidup semua orang dalam dunia. Gook Yock Tee mencipta pemegang berus gigi untuk mengekalkan kebersihannya tanpa bersusah payah.

Menariknya kebanyakkan mempunyai reka bentuk yang comel. Ciptaannya menampilkan ciri seperti mudah dibuka dan ditutup dengan pengunaan satu butang sahaja. Ia berjaya dari segi komersial serta menerima banyak anugerah reka bentuk.

Kejayaan yang diterima dari tempatan dan antarabangsa telah menyebakan ciptaan sekecil ini terkenal di satu dunia. Nampak gayanya kadang kala kita perlu menyelesaikan masalah paling mduah dalam kehidupan seseorang sahaja.

Lytro Camera

Ini rupa Lytro Camera yang dilancarkan tahun 2012 (generasi pertama)Photo from PremiumBeat

Menjadi popular sekitar tahun 2012-2014, kamera Lytro ialah kamera medan cahay membolehkan korang memilih titik fokus dalam foto. Memiliki bentuk yang memudahkan kita untuk membawa ke mana-mana berjaya mendapat populariti.

Ren Ng merupakan pencipta di sebalik produk ini. Dia belajar segalanya tentang optik dan kamera serta pernah berkerja dengan profesor kejuruteraan elektrik dan mekanikal dalam mencipta kamera.

Bermula dengan sebuah idea untuk menggunakan teknologi medan cahaya pada kamera dalam pakej bersaiz padat. Ren meneruskan penyelidikan untuk menghasilkan kamera yang boleh digunakan oleh orang ramai.

Ren Ng bersama ciptaannya Lytro CameraPhoto from The Business Journals

Ia berjaya dikeluarkan pada tahun 2012 dengan generasi pertama untuk membangunkan industri digital dengan ciptaan lebih inovatif.

Tak Sangka Ciptaan Ini Hasil Air Tangan Orang Malaysia

Bagaimana perasan korang selepas membaca? Adakah korang mendapat inspirasi untuk menghasilkan sesuatu untuk mengubah dunia bagi mengharumkan nama negara seperti mereka yang sudah berjaya.

Walau bagaimanapun kita patut berterima kasih kepada mereka kerana tanpa ciptaan ini. Mungkin kita tak dapat hidup dengan selesa pada masa kini.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok