Kenapa Yang Di-Pertuan Agong Ada Di Ringgit Malaysia?
Cuba keluarkan wang kertas Ringgit Malaysia (RM) korang dan perasan tak ada satu ciri yang sama? Setiap kertas mempunyai muka yang sama iaitu Yang Di-Pertuan Agong kita yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Persoalannya mengapa diletakkan muka baginda?
Walaupun sekarang semakin ramai malas menggunakan wang kertas untuk kegunaan seharian. Ada banyak sangat perkara, sejarah dan keunikkan kita boleh pelajari tentang sistem wang negara kita.
Setiap negara mempunyai sistem mereka tersendiri. Menariknya wang kertas perlu melambangkan negara tersebut melalui pelbagai aspek sama ada abstrak, objek atau budaya bagi memberi suntikan identiti.
Untuk kita pula penampilan seorang lelaki memakai penutup kepala tersusun dengan megah dan indah. Ia dikenali sebagai 'tengkolok' dan amat sinonim dalam pakaian tradisional orang Melayu.
Photo from iluminasi
Tambahan pula kita setiap hari melihat mukanya dan menyebut namanya kadang kala. Persoalannya mengapa diletakkan muka baginda?
Simbol Kedaulataan Negara Malaysia
Photo from Nona
Nama penuh baginda ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Namanya sentiasa ada di setiap Ringgit Malaysia yang dicetak bersama tandatangan yang kekal kedudukannya.
Semenjak di-institusikan pada 1967. Muka Tuanku Abdul Rahman ialah wajah yang sering kita lihat tanpa sedar. Menurut penyeledikan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), penggunaan potret YDPA pertama mewakili sistem beraja dan kedaulataan negara.
Photo from Warisan Permaisuri
Ia selaras dengan peraturan sistem raja bergilir Malaysia. Jawatan YDPA melalui pemilihan dan pelantikan selama 5 tahun dengan raja akan melepaskan tugasannya kepada raja Melayu seterusnya selepas tamat penggalnya.
Fakta Ringkas Tentang YDPA Pertama Malaysia
Photo from FB | Budak Melayu Nusa Antara
Walaupun berkongsi nama dengan Perdana Menteri kita yang pertama. Baginda telah memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum ini dan telah dipilih sebagai YDPA atau Raja Tertinggi Tanah Melayu pertama pada 3 Ogos 1957.
Baginda secara rasmi ditabalkan sebagai Raja pada 4 Septermber 1957 selepas kemerdekaan negara. Maka kemunculan Baginda pada wang kertas tempatan mewakili simbol Raja berpelembagaan dan pemerintahan.
Photo from Sinar Daily
Rakyat pula akan dapat wujudkan rasa perpaduan. Selain itu, pakaian baginda ialah pakaian adat Melayu Diraja, tengkoloknya dihiasi dengan bulan sabit dan bintang 11 mata untuk mewakili Persekutuan Tanah Melayu dan turut ada pada bendera Jalur Gemilang.
Kisah Tentang Ringgit Malaysia Pula
Photo from The Malaysian Reserv
Tadi min terangkan kenapa ada muka Baginda pada wang kertas kita. Bahagian ni pula min selitkan sedikit beberapa fakta menarik tentang sistem wang kertas yang kita pakai sehingga harini.
Pernah juga duit kita pernah menghampiri nilai sama dengan dolar Singapura dalam pertukaran mata wang tau. Bukan itu sahaja, waktu penjajahan Portugis, syiling perak Sepanyol banyak digunakan.
Photo from Wikimedia Commons
Duit syiling waktu ini mudah rapuh dan tidak teratur bentuknya memberi ciri khas. Orang melayu kita bagi panggilan "ringgit" membawa maksud bergerigi dan diambill sebagai nama rasmi mata wang negara.
Pernah Juga Dipanggil Dolar?
Photo from Bank Negara Malaysia
Kalau tanya orang lama mereka pernah sebut mata wang sebagai dolar. Contoh, 10 dolar merujuk kepada RM10. Namun, kalau ikut konteks sekarang dengar seperti tak masuk akal tetapi sebenarnya betul tau.
Ini kerana tahun 1967, Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura ingin keluarkan mata wang sendiri. Mereka nak beri nama dolar untuk menggantikan Dolar Malaya dan Borneo British.
Dengan kehadiran nama mata wang baru. Tiga negara ini nak tanda tangani perjanjian pertukaran mata wang supaya dolar mereka boleh ditukar dengan nilai yang sama. Walau bagaimanapun, negara kita tarik diri.
Photo from Bank Negara Malaysia
Daripada penjanjian tersebut pada tahun 1973. Selang dua tahun seterusnya, nama rasmi kita jadilah ringgi dan sen (duit syiling).
Negeri Kelantan Cuba Hasilkan Wang Sendiri
Photo from Harga Emas
Fakta paling menarik min simpan pada penghujung. Pada tahun 2006, negeri Kelantan telah menghasilkan duit syiling sendiri menggunakan emas. Kerajaan negeri mendakwa syiling emas selaras dengan amalam Rasulullah S.A.W.
Ini kerana sistem mata wang semasa terlibat dengan riba. Syiling emas ini dipanggil dinar dan harus digunakan untuk gantikkan RM kita, walau bagaimanapun pihak berkuasa Agama Islam di Kelantan mengatakan dinar tersebut sebagai mata wang sah.
Sebab kerajaan negeri tidak memiliki kuasa untuk ubah mata wang untuk kegunaan sendiri.
Mungkin korang suka: