download Jom Explore app
Apa Peranan & Fungsi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Apa Peranan & Fungsi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ialah individu paling terkenal dan ditunggu oleh orang Malaysia pada bulan Ramadhan dan Syawal. Beliau ialah memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang ramai tak tahu fungsi dan juga peranannya.

Walaupun muncul sekejap sahaja di televisyen. Syed Danial memberikan kesan kepada seluruh orang islam dalam negara kerana pengumumannya menandakan kedatangan Ramdhan dan Aidilfitri.

Orang tempatan turut berlumba untuk meneka warna baju melayu apa yang akan dipakai ketika memberikan pengumuman itu. Begitu sekali popularitinya tetapi macam min kata tak ramai orang tahu betapa besarnya jawatan dipegang.

Korang dapat cam tak siapa lelaki memakai baju hitam tersebutPhoto from mStar

Apa maksud sebenar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini min?

Sejarah Ringkas Terhasilnya Jawatan Ini

Gambar Hiasan Raja-raja Melayu menandatangani suratPhoto from Berita Harian

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja diwujudkan pada tahun 1948 mengikut kehedak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Ia telah menggantikan pemerintahan Malayan Union sebelum ini.

Jawatan ini menjadi Setiausaha kepada Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan dan pertama kali mesyuarat diadakan pada 18 Februari 1948. Sembilan Sultan ditugaskan membincang dan menasihati Persuruhjaya Tinggi British menyelaraskan pentadbiran seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Selepas kemerdekaan negara pejabat ini terus wujud. Dua orang Gabenor (sekarang dipanggil Yang di-Pertua Negeri) untuk negeri Pulau Pinang dan Melaka menjadi ahli Majlis Raja menurut peruntukan Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian 16 September 1963, Sabah dan Sarawak turut menganggotai majlis ini.

Pejabat sekarang ditadbir urus oleh 15 anggota. Dua anggota Pengurusan terdiri daripada Penyimpan Mohor Besar Raja, dilantik menurut Jadual Lima Perlembagaan Persekutuan selaku Ketua Jabatan.

Cop Mohor masih diteruskan sehingga sekarangPhoto from Life After People Fanon

Ia juga dibantu oleh seorang Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja serta tiga belas pegawai atau staf dilantik oleh Kerajaan.

Peranan & Fungsi Pejabat Ini

Cop Mohor melambangkan kedautaln kuasa paling agung dalam negaraPhoto from Warisan

Apa yang korang perlu faham ialah Mohon Besar melambangkan kuasa dan hak institutsi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana terhasil dari sebuah badan paling agung dalam negara kita.

Surat yang dicop dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan serta kuasa termasuk kedaulatan surat cara tersebut. Ia juga berfungsi membuktikan keaslian sesuatu surat tersebut.

Disebabkan ada kesan terapan daripada Mohor Besar, ia akan ubah tekstur kertas. Oleh itu, cap mohor dapat bertahan lebih lama daripada cap biasa yang menggunakan dakwat pada permukaan surat cara.

Ini rupa Cop Mohor tersebut kalau korang nak tahuPhoto from Warisan Pemaisuri

Surat yang perlukan cop Mohor Besar seperti berikut:

  • Surat cara memuatkan keputusan pemilihan YDPA dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang dihantar kepada Yang Di-Pertua Dewan Negara, Yang Di-Pertua Dewn Rakyat dan Perdana Menteri
  • Surat lantikan Raja sebagai Seri Paduka Banginda YDPA atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan YDPA
  • Surat pelantikan seperti termaktub dalam Perlembangan Persekutuan

Rupa Cap Mohor Tersebut

Dikelilingi oleh jata sembilan negeriPhoto from mrr_blackwhite

Terdapat dua Mohor Besar disimpan oleh Pejabat ini. Mohor Besar pertama berukuran 51cm panjang, 22 cm lebar, 52cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala yang kedua pula berukuran 51cm panjang, 14cm lebar, 35.5cm tinggi dan seberat 38kg.

Yang kedua lebih mudah dibawa ke luar pejabat kerana jauh lebih ringan. Menariknya mohor ini mengandungi sembila jata kerajaan Negeri Melayu serta tertulis perkataan Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu dalam tulisan jawi.

Sehingga ke harini corak digunakan telah wujud sejak 31 Ogos 1948. Tambahan pula mohor besar dibuat di England pada tahun 1949.

Biodata Tan Sri Syed Daniel

Haa.. resume Tan Sri Syed pun bukan biasa-biasaPhoto from Berita Harian

Tan Sri Syed Danieal dilahrikan pada 30 November 1944 dan membesar di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai dan melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehinga tamat bangku persekolahan.

Kemudian dia melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaya pada 1967. Setelah itu, beliau menyambung pengajian akademiknya di Universiti Wisconsin terletak di Amerika Syarikat.

Untuk memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, seseorang perlu menjadi pengawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau bersara. Sebelum itu, Syed Danial pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selama 32 tahun dalam pelbagai kementerian, agensi serta jabatan kerajaan.

Selepas bersara pada 2002, Syed Danial dilantik untuk jadi Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara sehingga 2004. Beliau memegang jawatan penyimpan mohor sejak Januari 10, 2011.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok