Bersukan Pada Waktu Malam Boleh Bunuh Kita Secara Senyap?
Oleh kerana kesibukkan gaya hidup orang muda kini menyebabkan mereka selalu mengalami kesuntukan masa untuk bersenam. Lalu, kebanyakkannya mengambil keputusan untuk bersukan pada waktu malam. Namun tular di platform X, ramai netizen menyatakan perkara ini hanya mengundang maut secara senyap.
Semuanya bermula dengan satu video yang dinaik muat oleh seorang pengguna di platform X menunjukkan beberapa orang bersukan pada waktu malam. Lalu pemilik video meminta pandangan orang ramai tentang perkara ini.
Terdapat beberapa segilintir netizen mengeluarkan pendapat kurang bersetuju melakukan aktiviti lasak pada waktu malam. Ini kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia kerana melakukan sesuatu yang tidak kena pada masa kitaran badan.
Ini bermaksud kita secara fitrahnya pada waktu pagi ke petang badan kita disesuaikan untuk melakukan kerja, tugasan atau kekal aktif. Manakala pada waktu malam pula lebih disarankan untuk berehat dan elak melakukan sebarang aktiviti.
Namun ada pula netizen yang kurang setuju kerana mereka merasakan hanya waktu itu sahaja membolehkan melakukan sebarang aktiviti fizikal. Ini bertujuan bagi mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Photo from Wild Running
Persoalannya adakah bersenam pada waktu malam dapat menyebabkan kesihatan kita jadi lebih bahaya atau hanya mitos semata-mata?
Waktu Malam Ni Sesuai Ke Tidak Untuk Bersenam?
Photo from healthline
Daripada satu video tercetusnya perbincangan antara netizen menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat. Namun perkara ini telah dijawab oleh seorang doktor pakar yang bernama Imelda Bachin di akaun Facebook miliknya.
Menurutnya, di negara kita terdapat banyak acara sukan. Antaranya acara full marathon (42.2 km) yang bermula pada pukul 8 malam. Ada juga bermula pukul 12 malam, 2 pagi dan 4 pagi pun ada pulak tu.
Kalau kita mengikuti acara-acara sukan yang berlangsung dalam negara. Kebanyakkan perlawanan bola sepak, pertandingan badminton, sepak takraw diadakan pada waktu malam. Ini kerana negara kita pada waktu siang terlalu panas untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal secara terbuka.
Kebanyakkan atlet negara banyak melakukan latihan sukan pada awal pagi, lewat petang atau waktu malam. Pada bulan puasa pulan, latihan akan bermula selepas habisnya waktu terawikh.
Ini berbeza kalau kita bandingkan dengan negara 4 musim dan negara sejuk. Pada musim sejuk waktu siang masanya pendek dan waktu malam pula panjang. Contohnya subuh pukul 8:30 pagi dan maghrib pukul 3:30 petang.
Photo from Harian Metro
Kesannya adalah ramai orang akan bersenam sebelum atau selepas waktu merkerja berkerja, maka bersenam pada waktu malam.
Bahaya Tau Boleh Kena Cardiac Arrest!
Photo from Cardio Metabolic
Kebanyakkan netizen yang tidak bersetuju tentang bersenam pada waktu malam bersependapat bahawa badan kita melawan fitrah. Kemudian, turut meluahkan pengalaman kenalan mereka meninggal secara senyap atau serangan sakit jantung.
Ada juga menceritakan puncanya terjadi cardiac arrest kerana jantung kita tak mampu menahan beban. Dr Imelda berkata bila kita bersukan secara intensif, badan kita membakar lemak badan untuk menghasilkan tenaga baru.
Ini akan menyebabkan suhu badan akan naik lalu menyebabkan lemak badan akan mula terbakar. Badan akan mula terasa panas dan diturunkan ke tahap normal melalui proses berpeluh.
Bila mula berpeluk banyak sangat dan tidak digantikkan semula dengan baik oleh kerana kekurangan air badan secukupnya. Jumlah darah dalam badan akan mula mengurang dan menjadi pekat.
Untuk memastikan prestasi badan kekal optimum, oksigen perlu disampaikan kepada otot dengan kadar pantas. Jantung kita akan mengepam darah dengan laju dan nadi kita turut menjadi laju semasa tempoh bersenam.
Photo from Aditya Birla
Bila jumlah darah berkurang macam min kata, denyutan nadi akan jadi lebih pantas, jantung akan pam darah dengan lebih laju untuk memastikan pengaliran darah kekal optimum. Sebab itu kita akan terasa berdegup dengan sangat kencang.
Tiada Masalah Pun Nak Bersukan Waktu Malam
Photo from Biostrap
Dr Imelda turut menekan bahawa tiada kemudaratan untuk bersenam pada waktu malam. Masalah yang sering kita dengar tentang kematian akibat bersukan pada waktu malam mungkin datang daripada pelbagai faktor serta teori.
Adakah individu tersebut mengamalkan gaya hidup yang sihat? atau sekadar bermain bola sepak waktu itu sahaja setelah beberapa tahun tidak turun padang? Haa.. perkara ini sering ditanyakan dalam perbincangan ini.
Tambahan dari Dr Imelda adalah ada kemudaratan jika kita tidak bersenam langsung. Lalu korang boleh ambil perkara ini with a grain of salt bermaksud ambil segala teori dan pendapat serta kajian korang boleh jumpa.
Jangan percaya bulat-bulat tanpa mengalami situasi yang sama. Min sentiasa sarankan korang untuk cuba kekalkan gaya hidup lebih sihat, kalau tidak melalui senaman buatlah dengan gaya pemakanan.
Kesihatan kita adalah harta yang paling mahal dalam hidup kita. Kalau dah tau diri kita tidak aktif, jangan pergi seksa diri pergi lari marathon secara tiba-tiba itu menyebabkan jantung kita tiba tiba meletup.