3 Nombor Plate Termahal Dalam Negara Dimiliki Oleh Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar adalah pemilik plat nombor kenderaan paling mahal dalam negara kita. Plat bersiri "GOLD 1" ialah keluaran edisi khas dengan bidaan menang sebanyak RM1.5 juta.
Pembelian terbaru ini merupakan hanya salah satu daripada pelbagai koleksi nombor plat khas yang dimiliki oleh baginda. Tahun lepas bulan Jun 2023, baginda telah membida sebanyak RM1.2 juta untuk memiliki nombor plat "FF1".
Dengan ini menandakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk nombor plat kenderaan dalam negara. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kerajaan Perseketuan setelah Menteri Pengangkutan Anthony Loke menghadap baginda di Istana Negara.
Gambar yang min sertakan melihat Anthony Lok menyampaikan plat GOLD 1 kepada Sultan Ibrahim. Siri plat "GOLD" telah dilancarkan sempena ulang tahu wilayah persekutuan dengan gelaran golden jubilee.
Photo from IG | officialsultanibrahim
Tambahan pula siri edisi khas ini dibida dari 1 hingga 5 Februari tahun ini, bidaan permulaan untuk plat nombor satu digit ialah RM20,000.
10 Nombor Plat Kenderaan Paling Mahal Dalam Negara
Photo from Astro Awani
Selain daripada plat edisi GOLD 1 ada banyak lagi nombor plat paling mahal dalam negara kita. Min senaraikan 10 nombor paling mahal termasuk nilai bidaannya seperti berikut:
- GOLD 1 (RM1.5 Juta)
- FF1 (RM1.2 Juta)
- Malaysia1 (RM1.1 Juta)
- V1 (RM990,000)
- FF8 (RM950,000)
- FF9 (RM 899,800)
- V9 (RM899,800)
- V8 (RM880,000)
- V7 (RM877,800)
- F1 (RM836,660)
Mengapa Plat Nombor Kereta Boleh Jadi Mahal?
Photo from Carlist
Perkara pertama yang bermain dalam fikiran korang mesti kenapa plat nombor boleh jadi mahal? Bagaimana ia dinilai, apakah kriteria atau syarat untuk meletakkan sesuatu nilai tinggi pada nombor tersebut.
Haa.. menurut iMoney nombor plat kenderaan boleh jadi mahal kerana 2 faktor sahaja. Iannya bergantung kepada kombinasi huruf serta nombornya kerana bagi sesetengah individu kombinasi 2 benda ni dapat memberi maksud bermakna.
Contohnya kebanyakkan orang akan membeli plat mengikut nombor tarkh lahir, tarikh ulang tahun. Ada juga akan memilih sesuatu nombor mengikut sesuatu peristiwa yang telah mengubah kehidupannya.
Disebabkan itu tidak terkejut ada orang sanggup mengeluarkan jumlah wang banyak untuk memiliki kombinasi tertentu.
Tambahan Kriteria Untuk Menaikkan Nilai Nombor
Photo from Iluminasi
Oleh kerana harga nilai terikat kepada 2 faktor min baru sebut, ada juga beberapa tambahan kriteria untuk menentukan ia mahal atau tidak. Tidak semua kombinasi serta nombor akan membuatkan plat tersebut bernilai.
Kalau macamtu syaratnya memang hampir semua kenderaan dalam negara takda nombor pendaftaran. Antara kriteria tersebut adalah seperti berikut:
Kombinasi
- Satu huruf dan nombor (F1)
- Dua huruf dan nombor (AR15)
- Huruf dan nombor berulang (XX22)
- Tiga huruf serta nombor (JVL1)
Tambahan pula Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan harga serta kategori kepada nombor yang ingin dijual. Harga tempahan nombor siri kenderaan bermula semurah RM300 sehingga RM20,000 mengikut kategori.
Kategori tersebut menurut JPJ seperti berikut:
- Bernilai utama: Antara 1 hingga 10 (Minimum RM20,000)
- Menarik: Berganda atau berulang sehingga empat digit (Minumum RM3,000)
- Popular: Senang diingati atau beriarama (Minimum RM800)
- Semasa: Tiada dalam kategori di atas (Minimum RM300)
Justeru itu apabila korang membeli kenderaan buat kali pertama boleh cuba nasib untuk membida beberapa kombinasi nombor menarik. Atau beli kombinasi yang bermakna dalam kehidupan korang.
Photo from AutoBuzz
Paling mudah mengambil nombor tarikh lahir orang paling disayangi. Jika kombinasi tersebut bernilai dapatkan semula keuntungan dengan menjualnya seperti pelakon Azhar Sulaiman yang mahu menjual nombor pendaftarannya, MAF14 (MAFIA) dengan harga RM1.85 juta.
Mungkin korang suka: