Capati Cicah Kuah Kambing Power Ada Di Jalan Duta Rupanya!
Medan selera merupakan lombong emas untuk mencari gerai yang menjual makanan yang menyelerakan. Contohnya seperti gerai ini yang sentiasa sesak dipenuhi ramai dengan menghidangkan capati bersama kari kambing berbaloi untuk korang cuba.
Walaupun kawasan ini agak sesak serta padat dengan ramai orang. Pusat Penjaja Jalan Duta yang berdekatan dengan bangunan kerajaan dipenuhi dengan ramai pelanggan untuk makan tengah hari di sini.
Gerai tersebut dikenali sebagai Duta Beriani & Duta Capati berjaya menarik pelanggan melalui makanan yang dijual. Namun, kena datang pada waktu betul takut terlalu ramai orang sehingga tidak selesa.
Photo from IG | havehalalwithtravel
Selain itu menu mudah seperti ini sahaja dapat menarik ramai pelanggan setiap tau. Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pun pernah berkata, "capati dia power"," Haa.. kalau begitu tengah hari dapat capati macam sedap kan?
Siap Masuk Jalan-Jalan Cari Makan Pulak Tu!
Photo from Afif
Capati merupakan salah satu makanan yang tidak terlalu popular dalam negara kita. Sebaliknya di negara India ia dianggap sebagai makanan ruji termasuk Nepal, Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka juga.
Kalau di negara kita pula orang tempatan lebih gemar roti canai berbanding capati. Sesiapa yang tak pernah cuba ia lebih kurang sama menggunakan bahan mudah seperti tepung gandum, air dan garam sahaja.
Ia juga wajib menggunakan griddle rata untuk menghasilkan tekstur lembut serta kenyal membezakannya daripada roti canai tau. Gerai ini pula akan sentiasa menyediakan panas-panas untuk memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Photo from Pok Deng
Menurut pemilik gerai yang menceritakan pengalaman hidupnya dia telah berkerja di pelbagai restoran untuk menimba pengalaman. Tambahan pula dia juga pernah bekerja di kedai mamak untuk menghasilkan resipinya sendiri.
Ketika ditemu bual dalam episdo Jalan-Jalan Cari Makan. Melalui pengalamanya dia berjaya menghasilkan resipi doh lembut serta gebu yang digemari ramai.
Nikmat Makan Cicah Bersama Kuah Kari
Photo from Muhammad Azam
Pilihan ramai adalah capati cicah bersama kari kambing. Mereka menghasilkannya sepanjang hari dan jika sudah habis apabila korang sampai. Mereka akan hasilkan doh baru dan masak mengikut pesanan.
Tekstur yang terhasil daripada griddle adalah ranggup garing di kedua-dua belah bahagian. Apabila dikoyakkan korang akan terkejut betapa lembut, gebu serta kenyal dapat membuka selera makan.
Capati yang terhasil pula sangat nipis mungkin menjadi faktor kenapa boleh jadi ranggup. Selain itu, ia mudah untuk menyerap setiap rempah, rasa kuah kari kambing tersebut. Kalau tak minat kambing ada kari ayam jugak tau!
Photo from Azman Abdullah
Isi kambing yang lembut menjadi padanan sempurna bersama capati pilihan korang. Gaulkan bersaam kuah kari itu dan gulung capati untuk merasakan pengalaman makanan yang sempurna.
Dah Puas Makan Capati, Makan Beriani Pula
Photo from IG | fitrixfauzi
Kalau korang masih lapar selepas pukul 10:30 pagi gerai ini akan menyediakan nasi beriani segar dan panas. Ia boleh dimakan dengan beberapa lauk yang turut digemari oleh pelanggan di sini.
Pilihan lauk popular seperti ayam masak merah, dalca, acar dan juga ayam goreng. Kalau rasa masih tak cukup dua pilihan kari tersebut pun boleh dinikmati bersama nasi beriani korang tau.
Rasa ayam masak merah tidak terlalu pedas. Isinya lembut dan dimasak sempurna sedap untuk digaulkan dengan nasi. Kemudian, ayam goreng di sini sangat ranggup dan mempunyai warna yang sangat menggiurkan pulak tu.
Min dah berjaya buat korang terasa lapar belum? Gerai ini terletak dalam medan selera dan ada dua bahagian untuk korang beratur. Satu untuk capati dan satu untuk beriani, beratur salah satu untuk cuba makanan yang dijual.
Harganya juga tidak terlalu mahal dan masih berbaloi untuk korang cuba. Nasi beriani bersama ayam masak merah bermula dengan harga RM11. Kalau nak kari kambing harganya RM15.
Photo from Muhammad Fawzy
Kalau dah runsing tak tau nak makan apa waktu tengah hari. Singgah ke jalan duta dan nikmati makanan menyelerakan di Duta Beriani & Duta Capati.
📍Duta Beriani Duta Capati, Gerai no.41, Pusat Penjaja Jalan Duta, Jalan Duta, Kuala Lumpur
⏰ 6:30 am - 2:00 pm (Tutup pada Sabtu & Ahad)
📞 013-3711316