100 Ribu Penonton Berkumpul Untuk Melihat Seorang Lagenda
Sudah 37 tahun berlalu Jalan Chow Kit dibanjiri lebih daripada 100 ribu orang menantikan persembahan daripada arwah Sudirman. Beliau diangkat menjadi seorang ikon setelah melakukan konsert jalanan terbesar di ibu kota yang dikenang sehingga masa kini.
Dato Sudirman Haji Arshad, lebih mesra dikenali sebagai 'Sudirman' bukan nama asing dalam negara. Beliau merupakan seorang penyanyi lagenda memulakan kariernya apabila menjuarai Bintang RTM pada bulan Ogos 1976.
Diberi gelaran seperti 'Penghibur Nombor 1 Asia' dari negeri Pahang, 'Penghibur Milik Masyarakat', 'Seniman Rakyat' dan 'Elvis Malaysia'. Nama beliau masih dikenang oleh peminat setianya walaupun telah lama meninggalkan kita.
Beliau telah menghiburkan hati peminat dengan semulajadi sejak menunjukkan minat terhadap bidang muzik pada usia muda. Beliau bukan sahaja boleh menyanyi, malah boleh menulis lagu, mengarang buku, melukis, berniaga, melakon dan seorang peguam pulak tu.
Photo from Media Hiburan
16 tahun kariernya dalam industri muzik kita. Beliau telah merakamakan sebanyak 15 studio album yang telah merangkul banyak anugerah tempatan dan antarabangsa. Namun, persembahannya di Jalan Chow Kit pada tahun 1984 menjadikan arwah seorang ikon dalam industri seni negara.
Korang masih ingat kisah persembahan di Jalan Chow Kit?
Konsert Jalanan di Jalan Chow Kit?
Photo from arshad blogspot
14 April 1986 merupakan hari berkerja bagi penduduk di ibu kota Kuala Lumpur. Suasana Jalan Chow Kit dibanjiri dengan bunyi ramai orang berjalan untuk menjalankan rutin harian mereka.
Sepanjang laluan sempit dipenuhi dengan kedai, penniaga kecil, bengkel mekanik, kelab malam dan hotel menjadi tumpuan penduduk ibu kota. Bagi mereka, hari tersebut adalah hari berkerja biasa.
Sebelum jam 8 malam, polis sudah menutup jalan untuk memberikan ruang kepada kru untuk mendirikan pentas dan menyediakan peralatan di tengah jalan. Semua orang dapat melihat dan memahami bahawa ada persembahan akan dilakukan di jalan Chow Kit.
Menurut Jenny Chin, pengarah muzikal Sudirman. "Pada masa itu saya tidak rasa konsert ini begitu besar impaknya. Tetapi bila difikirkan semula, kami mencipta sejarah. Soundcheck kami pun dah macam persembahan langsung," katanya.
Bukan senang untuk melakukan konsert jalan yang perlu mendapat banyak pelepasan serta permit daripada polis. Sudirman tetap berkeras dan tekad untuk mengadakan konsert tersebut.
Photo from Jabatan Penerangan Malaysia
Jam menghampir pukul 8 malam. Lebih daripada 100,000 peminat mula membanjiri jalanan. Walaupun jalan ini sempit tidak mematahkan beberapa peminat yang memanjat pokok, papan tanda. Ada juga berdiri di atas bangunan berhampiran untuk menyaksikan sebuah persembahan.
Mereka tahu apa yang bakal mereka saksikan adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Menjadi Sebuah Ikon Industri Muzik
Photo from Jabatan Penerang Malaysia
Pukul 9 malam, seorang penyanyi diturunkan dan mendarat di atas pentas dengan bantuan lift bomba. Semua orang yang menyaksikannya kenal beliau siapa dan mulakan persembahan dengan lagu "Chow Kit Road".
Sorakan yang boleh didengar menggegarkan bandar KL kerana begitu kuat. Kru muzik menghadapi masalah apabila mereka sendiri tidak dapat mendengar bunyi peralatan muzik mereka yang ditelan dengan sorakan.
Seorang penonton yang ada pada waktu itu kenang kembali pengalamannya berkata, "Ibarat seluruh Malaysia hadir sebagai satu keluarga. Semua orang berkumpul untuk melihat Sudirman melakukan persembahan,"
Photo from Jabatan Penerang Malaysia
Nyanyian lagu pertama tamat. Beliau terus mempersembahkan lagu seterusnya seperti "Apa Khabar Orang Kampung", "Kenali Malaysia Cintai Malaysia" dengan sorakan dariapda peminat.
Sebelum mengakhiri malam persembahan dengan lagu "Pertemuan Abadi". Beliau mengambil bendera negara dan membalut dirinya dengan penuh semangat patriotik menjadikan persembahan lagenda.
Tiada Lagi Penggantinya Sehingga Kini
Photo from Free Malaysia Today
Arwah Sudirman jatuh sakit pada tahun 1991 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 22 Februari 1992 berusia 37 tahun. Malaysia kehilangan seorang ikon yang tidak dapat digantikkan sampai bila-bila.
Walaupun sekarang kita dapat lihat semakin banyak lambakkan penyanyi baru turut mempunyai bakat. Mereka masih tidak dapat menandingi atau mencapai status lagenda seperti Sudirman.
Nescaya kita dapat melihat seorang sepertinya lagi. Penonton yang melihat persembahan di Jalan Chow Kit ketika itu terpukau dengan bagaimana beliau dapat mempersembahkan lagu yang dapat menyatukan semua orang menjadi satu.
Photo from Sinar Daily
Beliau turut menyanyikan lagu Cina, India dan Inggeris menyentuh hati mereka. Tiada lagi seorang penyanyi yang dapat menghiburkan semua orang dan masih mempunyai sikap rendah diri.
Akan dikenang sampai bila-bila, perginya masih dirindui.
Mungkin korang suka: