download Jom Explore app
5 Syarikat Paling Kaya Dalam Sejarah Dunia

5 Syarikat Paling Kaya Dalam Sejarah Dunia

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 17 Jan 2024
Digital Editor

Zaman sekarang rata-rata generasi muda berlumba untuk berkerja dengan syarikat terkemuka kerana ingin memiliki gaji yang tinggi. Sebab itu semakin ramai mula mengambil tahu tentang beberapa syarikat kaya untuk merebut peluang perkerjaan. Oleh itu jom tengok 5 syarikat paling kaya dalam sejarah!

Kewujudan sebuah syarikat sudah ada sejak zaman kesultanan melayu lagi. Bukan satu dua malah ada beberapa syarikat sudah ditubuhkan untuk mengaut keuntungan dalam beberapa buah industri.

Ini juga telah memberikan dan membuka peluang untuk ramai orang mula berkerja dalam industri. Kena ingat sebelum ini kebanyakkan orang mempunyai kepakaran dalam pertanian dan beberapa orang sahaja mahir dalam seni pertukangan.

Memandangkan pada August 19, 2020 syarikat gergasi terkemuka Apple telah mencapai nilai sebanyak $3 Trillion (RM 14 trillion). Mereka menjadi syarikat awam pertama yang mencapai status ini.

Haa.. korang bayangkan sendiri betapa banyak wang yang mereka dapat hasilkan. Duit itu sahaja sudah cukup untuk keturunan korang hidup sampai penghujung nyawa sekalipun tau nak habiskan pun bukan main susah pulak tu.

Steve Wozniak salah satu pengasas Apple menjadikan dirinya sangat kayaPhoto from Inc. Magazine

Tetapi ini tidak dapat menjatuhkan lagi yang duduk di tangga pertama. Baca sampai habis untuk ketahui semuanya dan siap sedia untuk hantar resume korang! (kalau masih wujud ya)

5. Apple

Steve Jobs (kanan) dan Steve Wozniak (kiri) mengasaskan Apple yang diminati ramai hariniPhoto from Britannica

Sejarah teknologi dunia berubah apabila pada tahun 1976, Apple telah dicipta melalui kerjasama Steve Jobs, berkerja dalam industri pemasaran dan Steve Wozniak, seorang genius bab komputer. Duo dapat menikmati kejayaan pada permulaannya dengan ciptaan Apple I serta Macintosh.

Sekitar tahun 1997, Steve Jobs kembali semula ke Apple untuk fokus kepada kepakaran mereka iaitu menghasilkan komputer untuk penggunaan harian berbanding individu pakar teknologi. Dia mula menghasilkan produk untuk menarik perhatian beberapa kelompok kumpulan.

Contohnya, iMac digunakan dalam kelas belajar, Macbook serta Macbook Pro untuk mereka yang berkerja di luar pejabat. Kemudian Apple menghasilkan iPod yang mampu menyimpan lagu kegemaran dalam poket seluar kita. Seterusnya, ciptaan paling digemari ramai iaitu iPhone yang berjaya mengubah industri teknologi membawa kepada era baru.

Idea Apple untuk hasilkan sebuah eko sistem telah berjayaPhoto from Medium

Usaha untuk menghasilkan sebuah sistem teknologi tidak terhenti di situ dengan penghasilan iPad, iTunes dan App Store. Pada Ogos 2018, Apple berjaya menjadi syarikat paling bernilai apabila mencecah $1 trillion (RM4.7 trillion).

4. Standard Oil

Standard Oil merupakan salah satu syarikat yang berjaya monopoli banyak industriPhoto from Britannica

Diasaskan oleh John D. Rockefeller pada tahun 1870 di Ohio, Amerika Syarikat. Ia menjadi kilang penapisan minyak terbesar dunia dalam masa beberapa tahun dan jika diselaraskan untuk inflasi. Pada tahun 1905, nilai Standard Oil sudah capai lebih dari $1 trillion.

John D. berjaya mengawal 90 peratus hasil minyak dalam Amerika Syarikat ketika awal abad ke-20. Minyak banyak digunakan ketika waktu ini sebagai sumber cahaya (sebelum wujudnya elektrik untuk guna secara meluas).

Apabila wujudnya kereta minyak digunakan pula secara meluas. John D. menjadi ketua dalam dua industri besar sehingga tahun 1911 apabila Standard Oil dimansuhkan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat kerana monopoli secara haram.

Akibat monopoli, Standard Oil telah dimansuhkan, gambar menunjukkan gambaran monopoliPhoto from History on the Net

Standard Oil dipisahkan menjadi 34 entiti dan setiap share jadi lebih bernilai daripada Standard Oil menjadikan John D terlampau kaya yang tidak boleh dibayang. Nak tau betapa kayanya dia? Pada tahun 1913, dia sahaja berjaya mencapai 2% daripada seluruh keuntungan negara Amerika Syarikat iaitu $400 billion (RM1.8 trillion).

Nak tau apa nasib 34 entiti tersebut? Antaranya sudah bergabung dan masih wujud sehingga ke harini. Mungkin korang pernah dengar Exxon-Mobil?

3. Aramco Oil

Aramco Oil adalah antara pengeluar minyak terbesar dalam dunia tauPhoto from Oil & Gas Middle East

Masih wujud sehingga harini, Saudi Aramco adalah antara pengeluar minyak terbesar dalam dunia. Selaraskan untuk inflasi pada waktu puncaknya syarikat ni bernilai sebanyak $4.1 trillion (RM19.3 trillion).

Apabila minyak telah dijumpai di Bahrain pada tahun 1932, Kerajaan Saudia menerima bidaan daripada Standard Oil untuk mencari minyak di tanah Saudi Arabia. Kemudian, TexasOilCo membeli 50% hak milik syarikat tersebut.

Dalam tempoh 5 tahun minyak tak dapat ditemukan dan syarikat telah membelanjakan wang dengan banyak. Nasib mula berubah apabila minyak dapat ditemui di Dhahran pada tahun 1938 dan dengan pantas proses mengeluarkan berjalan.

Mereka mengubah nama syarikat menjadi Arabian American Oil Co (Aramco) dan terpaksa berkongsi keuntungan dengan kerajaan Saudi pada tahun 1950. Ini menyebabkan setiap keuntungan daripada penghasilan minyak dikaut oleh kerajaan tersebut.

Selain daripada minyak kini Aramco menjadi penaja untuk Formula 1Photo from Formula One World Championship Limited - Formula 1

Pada tahun 1980 pula, Kerajaan Saudi berjaya mengawal keseluruhan Aramco.

2. The Mississippi Company & The South Sea Company

Gambaran John Law dalam usaha untuk menaikkan nilai syarikatnyaPhoto from Mississippi History Now

Kisah ini panjang sedikit tetapi min akan singkatkan untuk korang mudah faham. Pada awal tahun 1700s, Mississippi Company antara yang paling kaya dan terkenal kalau korang tinggal di Perancis pada waktu itu.

Seorang pakar ekonomi, John Law telah menyakinkan raja France Louis XIV untuk membenarkan dia untuk mengendalikan Banque Generale Privee (General Private Bank) pada tahun 1716. Melalui ini Law telah membiayai Mississippi Conpany untuk berdagang bersama Amerika Syarikat.

Dalam masa dua tahun sahaja Law berjaya membeli beberapa syarikat perkapalan untuk menghasilkan sebuah monopoli dalam industri perdagangan dunia. Untuk memastikan operasinya berjaya pada tahun 1720 Mississippi Conpany diikat bersama Banque Generale untuk hasilkan Banque Royale.

Law memastikan nilai syarikatnya naik secara mendadak dengan menjanjikan pulangan yang lumayan. Operasi ini berjaya walaupun buat sementara sahaja sebelum keuntungannya jatuh rugi bertahan selama 4 tahun sahaja.

Pada waktu yang sama sebuah syarikat di Inggeris bernama South Sea Company telah mendengar hasil kejayaan John Law. Mereka mengambil keputusan untuk melakukan kaedah yang sama dengan memastikan penguasan berdagang di kawasa Amerika Selatan.

Pada waktu itu, perkapalan dan perdagangan mempunyai saingan sengitPhoto from Britannica

Seperti John Law, mereka menastikan nilai syarikat naik secara mendadak untuk dapatkan pulangan yang sungguh lumayan. Ini telah menghasilkan sebuah gelumbung yang menunggu masa untuk pecah dan akhirnya pecah menyebabkan kerugian yang tak dapat ditanggung.

1. Dutch East India Company

Syarikat VOC berjaya menjadi paling kaya dalam sejarah kerana penguasaan di industri maritimPhoto from Medium

Syarikat ini mungkin korang pernah dengar sejak bangku persekolahan lagi. Lebih dikenali melalui singkatan VOC (Vereenigde Oostindische Compagnie), Dutch East India Company dikatakan nilainya sudah mencecah sebanyak $7.8 trillion (RM 36.7 trillion) menjadikan paling kaya dalam sejarah.

Ditubuhkan pada tahun 1602 mereka berjaya menjadi syarikat global selama 400 tahun sebelum semua orang melakukannya. Pada asalnya adalah syarikat perkapalan dengan monopoli selama 21 tahun dalam perdagangan rempah ratus.

Kemudian mereka mula mengembangkan daripada perdangangan kepada penghasilan dan penjualan. Tetapi masih memegang monopoli dalam industri perkapalan paling besar pada waktu itu lebih daripada 100 tahun.

Diasaskan oleh Johan van OldenbarneveltPhoto from Mutual Art

Kejayaan ini tidak bermakna tiada berlakunya sebarang masalah. Seperti kita tahu, VOC cukup terkenal dengan pengambilan hamba, menjajah negara terutama di Indonesia serta mengawal bahagian laut dengan kapal mereka.

Kebolehan mereka menguasai industri perkapalan membezakan mereka dari yang lainPhoto from Around Amsterdam

VOC telah melahirkan idea syarikat global yang kita dapat lihat sekarang kerana orang Eropah ingin mendapatkan rempah dan kain daripada orang Asia. Namun, orang Asia pula melihat pulangan mereka dapat seperti besi tidak terlalu berharga pada waktu itu. Keuntungan VOC terhasil daripada pengawalan perdagangan antara Asia dan Eropah dan sekitar 1620 ke 1630, VOC membelanjakan keuntungan untuk membesarkan potensi mereka.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok